Novel ini mengisahkan persahabatan antara Hartini dan Satiah, seorang pelajar Orang Asli, setelah Hartini pindah ke kampung Orang Asli. Satiah tinggal bersama keluarga Hartini kerana masalah keluarga. Ketika Satiah jatuh sakit, bapanya enggan rawat di hospital tetapi akhirnya bersetuju. Hartini merasa sedih berpisah dengan Satiah sewaktu cuti sekolah.
1 of 7
Downloaded 80 times
More Related Content
Cempaka putih untukmu
1. Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan keakraban dan keikhlasan dalam persahabatan antara dua kaum iaitu
Hartini (orang Melayu) dan Satiah (orang Asli). Hartini telah mengikut ayahnya Encik Hasrul berpindah ke
sebuah perkampungan orang asli iaitu Kampung Kuala Batu di Jerantut, Pahang. Hartini bersekolah di
Sekolah Menengah Kuala Batu dan telah berkenalan dengan beberapa orang rakan baharunya seperti
Satiah, Mijod, Ineng, Sinda, Ambok dan Meramu. Satiah merupakan rakan karibnya. Satiah seorang
murid yang pendiam kerana latar belakang dan masalah peribadinya. Justeru keluarga Hartini mengambil
keputusan untuk mengambil Satiah sebagai anak angkat mereka. Lalu, Satiah tinggal bersama keluarga
Encik Hasrul dan Puan Sarah. Hubungan dan persahabatan antara dua keluarga semakin erat. Namun
pada suatu hari Satiah didapati pengsan. Satiah telah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan
Satiah menghidap penyakit barah paru-paru yang kronik. Encik Hasrul mencadangkan supaya Satiah
dirawat di hospital, tetapi hal ini mendapat bantahan daripada ayah Satiah, Pak Morit yang masih kuat
berpegang kepada rawatan tradisional. Penyakit Satiah masih tidak menampakkan apa-apa perubahan
sehinggalah tiba hari keputusan peperiksaan PMR diumumkan. Satiah merupakan calon tunggal yang
berjaya memperoleh keputusan 8A tetapi pada masa yang sama dia terpaksa bertarung dengan
kesakitan. Akhirnya Pak Morit akur dan bersetuju agar Satiah dirawat di hospital. Keadaan Satiah
beransur pulih tetapi mereka terpaksa berpisah kerana mereka berdua akan melanjutkan pelajaran di
sekolah berasrama yang berasingan. Pelbagai dugaan telah Hartini lalui di sekolah baharu, antaranya dia
telah dimasukkan ke dalam lokap kerana difitnah oleh Junainah yang mengedarkan pil ecstasy. Semua
dugaan berjaya diatasi dengan bantuan Encik Hasrul. Hartini dan Satiah berpeluang bertemu kembali
sewaktu cuti persekolahan. Namun pertemuan mereka merupakan pertemuan terakhir apabila Satiah
telah kembali kerahmatullah. Hartini telah membaca catatan Satiah dan sebelum kembali ke asrama dia
telah menanam sepohon cempaka putih di pusara Satiah sebagai tanda kasihnya dan memenuhi
permintaan Satiah.
Sinopsis Bab
Bab 1 Akur Akan Perintah
Berita kenaikan pangkat Encik Hasrul disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira oleh
Encik Hasrul dan keluarga. Walau bagaimanapun Encik Hasrul sekeluarga terpaksa berpindah ke
tempat baharu. Encik Hasrul diarah bertugas di daerah pedalaman masyarakat Orang Asli di Pahang.
Pertukaran ini menyebabkan semua ahli keluarganya merungut kerana bimbang tidak dapat
menyesuaikan diri tinggal di kawasan luar bandar. Encik Hasrul tetap tenang menerima rungutan
daripada isteri dan anak-anaknya. Berita pertukaran Encik Hasrul juga tersebar luas di kawasan
perumahan mereka. Jiran-jiran mula bertanya tentang hal tersebut. Encik Hasrul berangkat ke Jerantut
untuk membuat tinjauan tentang rumah baharu mereka. Encik Hasrul berpuas hati dengan keadaan
rumah baharu mereka . Mereka akan berpindah dalam masa seminggu lagi. Perpindahan awal ini untuk
menguruskan persekolahan anak-anak dan juga agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
setempat.
Bab 2 Tersalah Duga
2. Keluarga Encik Hasrul berpindah ke Jerantut pada awal pagi. Rumah mereka dibiarkan kosong
tanpa penyewa. Ramai rakan ayah dan ibu Hartini yang datang berkunjung ke rumah untuk memberikan
ucapan selamat jalan. Akhirnya, Encik Hasrul sekeluarga selamat sampai ke Kampung Kuala Batu kira-
kira jam 5.00 petang. Masyarakat di Kampung Kuala Batu menyambut kedatangan Encik Hasrul
sekeluarga dengan meriah. Encik Hasrul melayani penduduk kampung dengan mesra dan ceria
walaupun beliau keletihan. Encik Hasrul dan keluarga berpuas hati dengan keadaan rumah baharu
mereka yang agak selesa. Pada malam itu, anak-anak Encik Hasrul tidur dalam keletihan. Keesokan
harinya, Hartini bangun dengan satu perasaan yang berbeza. Dia sungguh damai kerana dapat
menghirup udara segar pada pagi itu. Dia berasa seronok mendengar muzik alam yang begitu asli.
Hartini tidak menduga keadaan di pedalaman ini begitu indah. Jalan raya yang bertar dengan baik dan
kampung tersebut dilengkapi dengan kemudahan asas. Keadaan rumah masyarakat Orang Asli juga
telah berubah.
Bab 3 Sekolah Baharu Kawan Baharu
Hartini mula bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Batu dan dia dimasukkan ke Tingkatan Tiga
Teratai. Cikgu Malik, guru Tingkatan Tiga Teratai memperkenalkan Hartini kepada murid-murid dalam
Tingkatan Tiga Teratai. Murid- murid Tingkatan Tiga Teratai menyambut baik kedatangan Hartini.
Mereka berkenalan dengan rasa senang hati. Hartini berasa geli hati apabila mendengar nama rakan-
rakan barunya yang pelik. Hartini mendapati tidak banyak perbezaan antara kelasnya yang dahulu
dengan kelas baharunya. Kelas ini bersih dan susunan kerusi mejanya tersusun rapi. Hiasan kelas juga
menarik. Perbezaan yang ketara adalah dari segi penampilan murid-murid. Baju, kasut dan beg sekolah
mereka agak lusuh. Hal ini mungkin disebabkan kemiskinan. Selain itu, cara belajar mereka juga
berlainan. Murid-murid di sini tekun mendengar pengajaran guru dan sangat menghormati guru-guru.
Pada waktu rehat, Hartini berbual-bual dengan Ineng, Ambok, Satiah dan Sinda. Hartini mengajak rakan-
rakannya mengulang kaji bersama-sama. Rakan-rakan Hartini agak keberatan apabila Hartini
mencadangkan mereka mengulang kaji di rumahnya. Mereka bimbang bapa mereka tidak memberi
kebenaran. Hartini meminta mereka memujuk bapa masing-masing. Satiah menyatakan bahawa
bapanya tidak suka dia bercampur dengan orang lain selepas waktu persekolahan. Bapanya akan
memukul Satiah jika ada rakan-rakannya yang datang ke rumah. Hartini berasa simpati terhadap Satiah.
Masalah Satiah ini mengganggu fikiran Hartini. Dia ingin Satiah belajar bersama-sama mereka kerana
Satiah bijak dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Hartini menceritakan masalah Satiah kepada ibunya.
Ibunya memahami keadaan tersebut dan bercadang untuk berkunjung ke rumah Satiah tetapi Hartini
melarang kerana bimbang Satiah akan dipukul oleh bapanya.
Bab 4 Masalah Satiah
Hartini berasa beban yang ditanggung menjadi ringan setelah bercerita kepada ibunya tentang
masalah Satiah. Ibunya memanjangkan berita itu kepada ayah Hartini dan ayahnya berjanji akan
menziarah keluarga Satiah dengan alasan atas urusan kerjanya. Keesokan harinya, Hartini ke sekolah
dan dia tidak sabar memberitahu hal tersebut kepada rakan-rakannya. Hartini mencari Satiah dan
mendapati Satiah tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut. Aton, jiran Satiah menyatakan bahawa
Satiah tidak hadir ke sekolah kerana demam. Hartini ingin menziarahi Satiah tetapi dilarang oleh Ambok.
Akhirnya mereka bersetuju menunggu berita daripada ayah Hartini yang akan menziarahi keluarga
Satiah. Pada petang itu, ayah Hartini memaklumkan bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan Pak Morit
kerana Pak Morit ke hutan untuk mencari ramuan ubat-ubatan untuk Satiah. Hartini terkejut dengan
tindakan Pak Morit yang hanya memberi daun dan akar kayu untuk mengubati penyakit Satiah. Ayahnya
menjelaskan bahawa masyarakat Orang Asli masih mengamalkan perubatan tradisional. Setelah dua
hari, Satiah masih tidak hadir ke sekolah. Hartini segera mencari Aton untuk bertanya khabar Satiah.
Aton memberitahu bahawa Satiah sudah beransur pulih. Semasa waktu rehat, Cikgu Malik berjumpa
dengan Hartini dan memaklumkan hasratnya untuk melantik Hartini asebagai ketua Kelab Komputer.
3. Pada mulanya, Hartini agak keberatan menerima jawatan tersebut tetapi setelah dipujuk oleh Cikgu
Malik, Hartini bersetuju. Ayah Hartini menyambut baik berita pelantikan Hartini dan berharap Hartini dapat
belajar tentang komputer dengan lebih mendalam. Hartini bertanyakan perkembangan Satiah kepada
ayahnya. Ayahnya memberitahu sebab-sebab Pak Morit melarang anaknya bergaul dengan orang lain.
Hal ini kerana peristiwa hitam yang telah menimpa anak perempuannya yang pernah belajar di Jerantut.
Ayah Hartini telah meminta kebenaran daripada Pak Morit supaya membenarkan anaknya Satiah belajar
bersama dengan Hartini dan rakan-rakannya di rumahnya nanti. Ayah Hartini juga menjamin
keselamatan Satiah dan akan bertanggungjawab terhadap Satiah. Akhirnya Pak Morit bersetuju
membenarkan Satiah belajar bersama-sama Hartini dan dia juga bersetuju menyerahkan Satiah sebagai
anak angkat Encik Hasrul.
Bab 5 Ahli Baharu Keluarga Kami
Pak Morit dan Mak Sukin datang ke rumah Encik Hasrul untuk menghantar Satiah. Ibu Hartini
menjamu keluarga Pak Morit dengan hidangan makan tengah hari yang istimewa. Mulai hari itu, Hartini
dan Satiah menjadi rakan belajar yang akrab. Satiah seorang yang ringan tulang. Dia sering membantu
ibu Hartini di dapur walaupun dihalang. Semua ahli keluarga Hartini menyayangi Satiah. Hubungan
antara keluarga Encik Hasrul dengan Pak Morit juga semakin erat. Peperiksaan akan bermula tidak lama
lagi. Ayah Hartini menasihati mereka berdua supaya bersedia menghadapi peperiksaan. Pada suatu hari,
sewaktu Hartini dan Satiah mengulangkaji bersama-sama. Hartini berasa mengantuk dan ingin tidur
sebentar. Dia meminta Satiah mengejutkannya. Hartini tersedar daripada tidur dan dia ternampak Satiah
tidur tertiarap di atas katil. Hartini cuba mengejutkan Satiah tetapi tiada tindak balas dari Satiah. Hartini
membalikkan badan Satiah dan mendapati ada kesan tompokan darah pada bantal. Hartini memberitahu
ibu bapanya. Pak Morit dimaklumkan tentang perkara tersebut. Pak Morit menjelaskan bahawa mereka
sudah biasa dengan penyakit Satiah dan dia telah membawa Satiah berubat dengan dukun. Menurut
dukun, Satiah terlangkah benda kotor dan dia perlu dihantar ke satu tempat untuk membuang benda
yang ada di dalam tubuhnya. Ayah Hartini mencadangkan agar Hartini dibawa ke hospital tetapi dilarang
oleh Pak Morit dengan alasan dukun yang mengubati Satiah tidak mengizinkan. Ayah Hartini memujuk
Pak Morit agar bersetuju dengan cadangannya apabila keadaan kesihatan Satiah semakin merosot.
Akhirnya Pak Morit bersetuju dan Satiah dibawa ke hospital.
Bab 6 Senyuman Satiah Mulai Tawar
Satiah mendapat rawatan awal daripada pihak hospital. Dia dibenarkan pulang pada malam itu.
Pihak hospital telah mengambil contoh darah, air kencing dan kahak Satiah untuk dihantar ke Makmal
Kaji Penyakit. Pada malam itu, Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumah Encik Hasrul. Kira-kira jam
3 pagi, Satiah mengaduh perlahan. Hartini terjaga dan membancuhkan segelas susu untuk Satiah.
Keesokan hari, rakan-rakan di sekolah sibuk bertanya tentang Satiah. Sinda mengajak rakan-rakan
menziarahi Satiah yang sedang sakit di rumah Hartini. Pada petang itu, rakan-rakan sekelas Hartini
datang melawat Satiah bersama-sama Cikgu Malik dan Cikgu Anis. Ibu Hartini dan Mak Sukin menjamu
mereka dengan cempedak goreng dan kopi O. Ayah Hartini berjanji akan mengadakan kenduri besar-
besaran sekiranya mereka semua lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti. Janji Encik Hasrul
menjadi pembakar semangat dalam dada murid-murid Tingkatan Tiga Teratai.
Bab 7 Perpisahan Sementara
Peperiksaan telah selesai. Satiah dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan sihat. Encik
Hasrul dan Pak Morit telah membawa Satiah ke hospital unutk rawatan lanjut namun doktor belum dapat
4. mengesan punca sebenar penyakit Satiah. Cuti sekolah bermula, Hartini mengikut neneknya pulang ke
Johor. Hartini akan mengikuti kelas komputer di sana. Sebelum berangkat, Hartini berpesan kepada
Satiah agar selalu datang melawat ibunya dan menjaga bilik mereka. Hartini berasa sedih berpisah
dengan Satiah. Satiah menitiskan air mata sebelum berpisah. Semasa berada di rumah nenek, Hartini
selalu terkenangkan ibunya dan Satiah. Nenek memujuk Hartini dan berjanji akan menghantar Hartini
pulang ke Jerantut selepas tamat kelas komputernya. Nenek meluahkan perasaan sunyinya kerana
tinggal seorang diri. Anak bongsu nenek kini tinggal bersama abangnya di Ipoh. Nenek menghantarnya
ke sana kerana dia terlibat dalam masalah sosial. Keesokan hari, Hartini dan nenek ke Bandar Pontian
untuk mendaftarkan Hartini ke kelas komputer. Nenek menasihati Hartini agar bijak memilih kawan.
Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak dengan Mak Leha yang baru pulang dari balai polis
kerana anak lelakinya terlibat dalam penyalahgunaan najis dadah. Nenek menasihati Mak Leha agar
bersabar.
Bab 8 Berita Yang Membimbangkan
Setelah selesai menduduki ujian komputer, Hartini dan nenek berangkat ke Jerantut. Ibu Hartini
riang menyambut kepulangan Hartini dan nenek. Setelah saling bertanya khabar, Hartini menuju ke
biliknya. Dia mendapati biliknya kemas dan rapi. Ibunya memberitahu bahawa Satiah yang telah
mengemaskan bilik tersebut. Ibunya juga menceritakan bahawa Satiah disahkan menghidap barah paru-
paru. Hartini terkejut apabila mendengar berita itu. Hartini terus menuju ke rumah Satiah. Dia pasti
Satiah memerlukannya pada saat itu. Satiah menyambut kedatangan Hartini dengan senyuman yang
tawar dan hambar. Hartini menangis melihat keadaan Satiah. Dia menangis semahu-mahunya, begitu
juga Satiah. Satiah memohon maaf kerana tidak memberitahu Hartini tentang penyakitnya kerana
bimbang akan mengganggu pelajaran dan cuti Hartini di Johor. Hartini menasihati Satiah agar tidak
berputus asa dan Satiah mesti menguatkan semangatnya untuk melawan penyakit itu. Satiah
memberitahu Hartini bahawa bapanya tidak bersetuju dengan cara perubatan moden malah dia
menyesal kerana membenarkan Satiah dibawa ke hospital dulu. Mak Sukin menyuruh Satiah bersabar
dan dia berjanji akan memujuk bapa Satiah supaya membenarkan Satiah berubat di hospital.
Bab 9 - Kerana Adat dan Pantang Larang
Sejak hari itu, Hartini berasa tidak tenang. Peristiwa Mak Sukin datang mengadu tentang
pendirian suaminya kepada ibu Hartini turut menganggu fikiran Hartini. Hartini berasa tidak berdaya
untuk membantu kerana ayahnya sendiri tidak dapat memujuk Pak Morit. Namun Hartini bertekad untuk
mencuba memujuk Pak Morit. Pada keesokan hari, Hartini menziarahi Satiah. Dia membawa kuih
kegemaran Satiah iaitu bingka jagung. Sewaktu Hartini sampai di rumah Satiah, Pak Morit berada di
rumah. Hartini memberitahu Mak Sukin tentang hasratnya ingin memujuk Pak Morit. Mak Sukin dan
Satiah membantah tindakan Hartini tetapi Hartini tetap ingin mencuba. Hartini cuba untuk menerangkan
keadaan Satiah kepada Pak Morit tetapi Pak Morit tetap berkeras dengan pendiriannya. Pak Morit tidak
mempedulikan rayuan dan tangisan Hartini. Hartini berasa sedih dan kecewa kerana usahanya memujuk
Pak Morit gagal. Hartini pulang ke rumah dan memeluk ayahnya sambil menangis teresak-esak. Hartini
menceritakan peristiwa yang berlaku dan ibunya menasihatinya agar berhati-hati menangani masalah
ini. Ibu Hartini bimbang jika Pak Morit memutuskan hubungan antara dua keluarga ini. Pada keesokan
hari, Hartini menziarahi Satiah seperti biasa tetapi Satiah tiada di rumah kerana Pak Morit telah
membawa Satiah berubat di Kampung Langsat.
Bab 10 Keruhnya Air yang Tenang
5. Hubungan antara keluarga Satiah dan keluarga Hartini semakin renggang. Mak Sukin berasa
kesal dengan sikap suaminya yang semakin dingin terhadap keluarga Encik Hasrul. Encik Hasrul dan
keluarga tidak menghiraukan sikap Pak Morit mereka tetap menziarahi Satiah. Hartini berasa hari-hari
yang dilaluinya sudah tawar dan hambar. Dia hanya merasakan hubungannya dengan Satiah sahaja
yang tetap utuh. Hartini cuba memberi sokongan dan semangat kepada Satiah. Kini Satiah sudah boleh
bangun dan berjalan sendiri. Satiah terpaksa mematuhi pantang larang dukun yang melarangnya
memijak tanah selama beberapa hari. Hartini memberitahu Satiah bahawa keputusan peperiksaan akan
diumumkan pada esok hari. Hartini mengajak Satiah ke sekolah untuk mengambil keputusan
peperiksaan namun Satiah pasti bapanya tidak membenarkannya pergi ke sekolah.
Bab 11- Berita Gembira Di Sambut Duka
Sewaktu keputusan PMR diumumkan, Hartini, Ineng dan rakan-rakannya ke sekolah untuk
mengambil keputusan masing-masing. Satiah tidak hadir untuk mengambil keputusan PMR kerana
keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Jam 11.00 pagi, Cikgu Malik kembali ke sekolah
bersama keputusan PMR yang diambil dari bandar. Keputusan PMR tidak ditampalkan di papan notis
untuk mengelakkan kesesakan. Setiap murid mengambil keputusan masing-masing di bilik Cikgu Malik.
Satiah mendapat keputusan terbaik iaitu 8A. Hartini menduduki tempat kedua dengan memperolah 7A
1B. Rakan-rakan yang lain juga memperoleh keputusan yang cemerlang dan membanggakan pihak
sekolah. Pak Morit yang hadir untuk mengambil keputusan Satiah pulang tergesa-gesa setelah
dimaklumkan oleh anaknya Akob tentang Satiah yang kembali diserang penyakitnya. Apabila Hartini
mengetahuinya, dia juga tergesa-gesa ke sana dan meminta rakan-rakannya memberitahu ibu bapanya
di rumah. Kedegilan Pak Morit untuk mengubati Satiah dengan cara tradisional akhirnya terlerai setelah
Encik Hasrul dan Hartini merayu sehabis mungkin demi masa hadapan Satiah yang cemerlang dalam
pelajaran. Keadaan Satiah yang semakin kritikal dengan darah yang membuak-buak keluar dari mulutnya
juga menyedarkan Pak Morit akan ketidakberkesanan perubatan tradisional itu. Akhirnya Satiah dibawa
ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Bab 12 - Kuntum yang Hampir Layu
Kecanggihan peralatan dan kakitangan yang cukup untuk merawat di samping doa-doa semua
orang yang menyayanginya telah berjaya mengurangkan penderitaan penyakit Satiah. Keluarga Satiah
dan keluarga Hartini bergilir-gilir untuk menjaganya di hospital. Pak Morit juga telah sedar akan
kesilapannya yang membiarkan Satiah menderita lama dan berjanji akan mengubah pendiriannya. Encik
Hasrul dan Pak Morit merancang untuk mengadakan majlis kenduri kesyukuran setelah Satiah pulih di
samping memenuhi janji Encik Hasrul kepada murid-murid Sekolah Menengah Kuala Batu sebelum
peperiksaan PMR dahulu. Satiah telah mendapat tawaran untuk ke sekolah berasrama di Sekolah
Menengah Tanjung Bestari sementara Hartini pula di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.
Bab 13 - Demi Cita-cita dan Harapan Keluarga
Kenduri kesyukuran yang dirancang berjalan dengan baik. Hampir semua murid lepasan
tingkatan 3 dan guru-guru Sekolah Menengah Kuala Batu hadir. Pengetua juga hadir bersama isterinya.
Penduduk kampung juga turut memeriahkan kenduri tersebut. Hubungan keluarga Encik Hasrul dan Pak
Morit kembali pulih seperti sedia kala dan semakin erat. Sewaktu kenduri, Hartini dan Satiah memakai
pakaian sedondon yang ditempah khas oleh Puan Sarah dan mereka menjadi usikan Along yang
menggelar mereka kembar siam. Rakan-rakan mereka juga gembira melihat keakraban Hartini dan
Satiah. Keesokan paginya, Hartini telah diserang demam selsema tetapi keadaannya semakin pulih
6. setelah dibawa ke klinik oleh bapanya. Puan Sarah dan Encik Hasrul sibuk membuat persiapan untuk
Hartini dan Satiah yang akan memasuki asrama. Pak Morit dan Mak Sukin cuba memberi wang untuk
pembelian barang keperluan Satiah ke asrama tetapi ditolak dengan baik oleh Puan Sarah kerana
mereka ikhlas dan menganggap Satiah seperti anak sendiri. Masa untuk Hartini dan Satiah berpisah
akhirnya tiba juga setelah masing-masing memasuki sekolah berasrama yang berasingan.
Bab 14 - Kesabaran juga Ada Batasnya
Hartini dan Satiah sering berutus surat walaupun tinggal di asrama untuk mengetahui
perkembangan diri masing-masing. Keakraban hubungan antara Hartini dan Satiah telah menarik
perhatian Nora rakan sebilik Hartini. Rakan sebiliknya yang lain, iaitu Junaidah pula tidak mempercayai
kejujuran persahabatan Hartini dan Satiah. Sikap Junaidah yang tidak sopan di samping perlakuan dan
bahasa yang kasar telah menyebabkan Hartini hilang kesabaran dan timbul pertengkaran yang
membawa kepada pergaduhan sehingga menyebabkan Junaidah cedera. Perkara itu dibawa kepada
pengetahuan pengetua dan setelah disiasat, pengetua meminta mereka berdamai dan memperbaiki
kelemahan dan kesilapan masing-masing.
Bab 15- Pecahnya Tembelang
Cuti semester pertama hampir tiba. Hartini menyatakan kegembiraannya kepada Nora kerana
Satiah akan datang menjemputnya bersama bapanya nanti. Dia juga berhasrat untuk memperkenalkan
Satiah kepada Nora. Selepas konflik terjadi antara Hartini dan Junaidah, kelibat Junaidah jarang-jarang
dilihat di dalam bilik mereka kerana dia menumpang di bilik sebelah iaitu bersama rakan karibnya Salha.
Ketika di dalam kelas, Hartini, Nora dan Najmi telah dipanggil untuk balik ke asrama kerana ada
pemeriksaan mengejut di bilik mereka. Apabila digeledah, polis Cawangan Narkotik telah menjumpai pil
ecstacy di dalam kotak kecil di dalam laci Hartini. Akibatnya Hartini telah ditahan di lokap. Encik Hasrul
menyarankan dan meminta jasa baik pengetua untuk menjalankan pemeriksaan mengejut di kawasan
asrama bersama dengan pihak polis sewaktu proses pembelajaran berjalan. Tindakan itu menemui
kegagalan tetapi keanehan tingkah laku Encik Kancho, pengawal keselamatan asrama telah
menimbulkan kecurigaan. Kelalaian Encik Kancho telah meninggalkan bukti kepada pihak polis dan pihak
polis telah menjejaknya sehingga dia ditahan disebuah restoran di bandar Kuantan ketika menyerahkan
sejumlah pil itu kepada pelanggannya. Kehadiran Satiah, ibu bapanya dan ibu bapa Satiah melawatnya
di lokap menimbulkan suasana sedih tetapi Satiah memujuknya kerana Hartini memang didapati tidak
bersalah. Pengetua yang hadir sama juga meminta maaf kepada Hartini atas segala yang berlaku.
Bab 16 - Dia Pergi Jua
Sewaktu di rumah, Hartini menghabiskan masa seharian untuk tidur sepuasnya. Satiah balik ke
rumahnya tanpa ditemani oleh Hartini, tetapi Hartini berjanji untuk menyusulnya pada waktu petang.
Encik Hasrul dan Puan Sarah mengatur kenduri kesyukuran untuk Hartini yang telah terlepas daripada
semua mala petaka. Orang kampung sibuk membantu termasuk Pak Morit dan Mak Sukin. Pada waktu
petang, Hartini ingin menunaikan janji terhadap Satiah dan ingin menemuinya di rumah Satiah tetapi tidak
menemuinya. Hartini menunggu sehingga ditegur oleh Akob dan Amat yang balik dari berkubang dengan
rakannya. Jeritan Amat dari perigi telah mengejutkan Hartini. Satiah terlentang di situ dengan darah yang
banyak sekali. Satiah segera dikejarkan ke hospital oleh Encik Hasrul dan Pak Morit dan ditempatkan di
wad ICU. Kematian Satiah telah menjadi pukulan hebat kepada Hartini sehingga dia pengsan.
Pengebumian Satiah terpaksa dilewatkan atas permintaan Pak Morit yang mahu menunggu sehingga
7. Hartini sedar daripada pengsannya. Ustaz Amin berusaha memulihkan semangat Hartini. Setelah sedar,
Hartini teringat kembali kata-kata Satiah dan dia reda dengan pemergian sahabatnya itu.
Bab 17 - Tersingkap Misteri
Encik Hasrul telah memohon kepada pengetua untuk melanjutkan cuti Hartini selama seminggu
lagi kerana keadaan kesihatan Hartini yang merosot sejak pemergian Satiah. Keluarga Hartini cuba untuk
menghiburkan hatinya yang kosong. Encik Hasrul dan Puan Sarah mengambil barang-barang arwah
Satiah dari asramanya di Kuantan. Setelah memeriksa barang-barang tersebut satu persatu, Puan Sarah
menyerahkan sebuah buku berkulit tebal kepada Hartini. Hartini sedar, arwah Satiah sering
menghabiskan masanya untuk menulis di buku itu ketika masa lapang tetapi tidak mengizinkan orang lain
melihatnya dan dia menyatakan bahawa Hartini akan mengetahui juga isi kandungannya suatu hari nanti.
Kesempatan ini digunakan oleh Hartini untuk membaca catatan arwah Satiah yang telah meluahkan
segala isi hatinya tentang persahabatan mereka di dalam buku itu. Setelah selesai membaca buku
catatan sebanyak 180 helai, Hartini dapat merasai bahawa arwah Satiah telah tahu dan yakin akan detik
kematiannya. Hartini bertekad untuk merealisasikan wasiat sahabat dan saudaranya itu.
Bab 18 - Cempaka Putih Untukmu
Percutian tambahan yang dipohon daripada pengetua telah berakhir. Hartini akan kembali semula
ke asrama. Hartini dihantar oleh ibu bapanya bersama Pak Morit dan Mak Sukin. Sebelum bertolak,
Hartini meminta ayahnya supaya singgah di tanah perkuburan. Setelah menghadiahkan al-Fatihah,
Hartini mengajak Pak Morit menanam pokok bunga cempaka putih yang dibawa oleh Mak Sukin di atas
pusara arwah Satiah untuk memenuhi permintaan sahabatnya itu.