3. PENGENALAN
• Gigi sensitif = satu keadaan yg mana gigi merasa sakit, ngilu, berpunca dari
pendedahan lapisan dentin yg terdapat pada struktur gigi ; disebabkan oleh
rangsangan dari faktor-faktor seperti haba, kimia, rangsangan mekanikal &
sebagainya
• Istilah lain yg sering digunakan : ‘Dentin hipersensitif’
5. Lapisan dentin
• Lapisan yg ke-2 pada tisu gigi
• Diselaputi oleh lapisan :
enamel (korona gigi)
simentum (akar gigi)
*apa-apa kerosakan yg berlaku lapisan enamel atau
simentum gigi boleh menyebabkan lapisan dentin
terdedah
• Mengandungi banyak saluran-saluran halus
yg dipanggil sbg ‘tubul’
• Saluran-saluran halus (tubul) ini
mengandungi unjuran sel odontoblas
• Unjuran sel odontoblas ini dikelilingi oleh
banyak deria saraf
9. Teori saintifik yg berkaitan dengan gigi sensitif
• ‘Neural theory’
• ‘Odontoblastic transduction theory’
• ‘Odontoblast movement theory’
• ‘Hydrodynamic theory’ (teori yg paling diterima pakai secara meluas)
10. Teori ‘Hydrodynamic’
• Teori yg berkaitan dgn pergerakan cecair di dalam saluran dentin
• Mekanisme :
Lapisan dentin yg terdedah akan menerima rangsangan dalam bentuk haba,
mekanikal & kimia
Rangsangan tadi menyebabkan berlakunya pergerakan cecair di dalam saluran-
saluran halus (tubul) yg terdapat pada dentin
Pergerakan cecair menerusi saluran dentin akan merangsang deria saraf yg
berada di sekeliling unjuran sel odontoblas
Isyarat akan dihantar ke otak bagi memberikan tindak balas kesakitan pada gigi
12. PUNCA
• 2 punca utama yg
menyebabkan gigi
sensitif :
1.Hakisan atau kerosakan
yg berlaku pada lapisan
enamel @ simentum gigi
2.Kemerosotan gusi, tulang
& tisu penyokong gigi
Lapisan
dentin gigi
terdedah
GIGI
SENSITIF
13. 1.Hakisan atau kerosakan yg berlaku pada lapisan enamel gigi
• Penyebab :
Karies atau kerosakan gigi
Kecederaan (trauma) pada gigi (eg : gigi retak, patah, pecah)
Pemakanan (eg : air berkarbonat, jeruk, buah-buahan yg masam, alkohol)
Penyakit ‘Bulimia nervosa’
Pemberusan gigi (eg : penggunaan berus gigi yg berbulu keras, teknik memberus gigi
yg tidak betul, menggunakan daya yg berlebihan ketika memberus gigi)
Tabiat melaga-lagakan gigi (‘bruxism’)
Penyakit GERD (‘Gastro-esophagus reflux disease’)
14. 2.Kemerosotan gusi, tulang & tisu penyokong gigi
• Kemerosotan pada struktur gusi, tulang alveolus & tisu penyokong gigi boleh
mengakibatkan pendedahan lapisan simentum pada akar gigi
• Lapisan simentum yg terdedah ini boleh menjadi terhakis & rosak sehingga
menyebabkan lapisan dentin gigi terdedah, seterusnya mengakibatkan gigi
menjadi sensitif
• Penyebab :
Penyakit periodontitis
Pemberusan gigi (eg : penggunaan berus gigi yg berbulu keras, teknik
memberus gigi yg tidak betul, daya berlebihan ketika memberus gigi)
Rawatan gusi (eg : penskaleran)
15. TANDA & GEJALA
• Rasa sakit, ngilu pada gigi
• Gigi menjadi lebih sensitif terhadap rangsangan sejuk & manis ;
Jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan keradangan pada tisu pulpa
gigi (pulpitis) & akhirnya boleh menyebabkan gigi menjadi mati
Gigi yg mati boleh mengakibatkan jangkitan kepada tulang & gusi jika
tidak dirawat
16. • Tanda-tanda lain yg boleh dilihat di dalam mulut pesakit :
Permukaan gigi yg haus
Pinggir gusi kelihatan menurun dari paras yg normal
19. RAWATAN
• Berdasarkan teori ‘Hydrodynamic’, terdapat 2 kaedah yg diguna bagi merawat
masalah gigi sensitif :
Menutup atau menyumbat saluran-saluran dentin yg terdedah bagi
mengurangkan pergerakan cecair menerusi saluran dentin yg boleh
merangsang deria saraf yg berada di sekeliling sel odontoblas
Me’nyahsensitif’kan deria saraf yg berada di sekeliling sel odontoblas
20. • Contoh rawatan :
Tampalan
Sapuan gel Florida
Sapuan krim ‘Tooth mousse’
Splin gigi (bertindak sebagai ‘habit breaker’ bagi mencegah tabiat
‘bruxism’ @ suka melaga-lagakan gigi)
22. • Gel Duraphat mengandungi bahan
aktif utama iaitu Sodium Florida yg
berfungsi utk mencegah &
mengawal karies gigi ; dgn cara
menghalang proses demineralisasi
& menggalakkan proses
remineralisasi pada enamel gigi
• Ia juga boleh mengurangkan rasa
hipersensitif pada gigi
• 1 ml Duraphat gel mengandungi 50
mg Sodium Florida (= 22.6 mg ion
Florida) + bahan-bahan lain spt
ethanol, propylene glycol, saccharin,
etc)
23. • Krim ‘Tooth Mousse’ mengandungi bahan yg dipanggil
sbg Recaldentâ„¢ @ CPP-ACP (casein phosphopeptide-
amorphous calcium phosphate) iaitu sejenis protein yg
berasal dari susu lembu
• Recaldent™ berfungsi membekalkan ion Kalsium &
Fosfat kpd struktur gigi & menggalakkan proses
remineralisasi pada lapisan enamel gigi
• Krim ‘Tooth Mousse’ juga mengandungi florida yg boleh
mencegah karies @ kerosakan gigi
• Florida berfungsi menguatkan lapisan enamel gigi
melalui pembentukan kristal ‘Fluoro-apatite’ yg lebih
rintang terhadap serangan asid yg dihasilkan oleh
bakteria kariogenik
• Kajian klinikal & makmal juga telah membuktikan
bahawa produk ini mampu mengurangkan rasa
hipersensitif pada gigi
24. PENCEGAHAN
• Cara mencegah gigi sensitif :
Elakkan memberus gigi sekurang-kurangnya 1 jam selepas mengambil
makanan @ minuman yg berasid (kerana kesan geseran dari
pemberusan gigi boleh menerukkan lagi kesan hakisan yg terdapat
pada permukaan gigi)
Elakkan pengambilan makanan yg masam, manis, makanan yg
mengandungi kandungan asid yg tinggi (eg : air berkarbonat, jeruk,
buah-buahan masam)
Banyakkan minum air masak setelah mengambil makanan yg berasid
25. Menjaga kebersihan mulut dengan baik (bagi mengurangkan risiko
penyakit periodontitis)
Gunakan ubat gigi sensitif
27. • Mengandungi bahan ‘Stannous
Fluoride’ yg berfungsi menyumbat
saluran-saluran dentin yg terdedah
• Mengandungi bahan ‘Potassium
Nitrate’ yg boleh
me’nyahsensitif’kan deria saraf yg
terdapat dalam saluran dentin
28. • Bahan aktif :
Arginine
Sodium Monofluorophosphat
Calcium Carbonate
• Menyumbat saluran dentin yg terdedah
• Menggunakan teknologi ‘Pro-Argin’ bagi
membentuk satu lekatan mineral yg kuat &
mampu bertahan dgn lebih lama pada
permukaan @ saluran dentin yg terdedah ;
serta menghasilkan lapisan mineral pelindung
yg kaya dgn Kalsium bagi melegakan rasa
sensitif dalam jangka masa panjang
31. • Kesimpulan kajian yg berkaitan dgn penggunaan teknologi ‘Pro-Argin’ adalah :
Kajian 1 : sebanyak 91% pesakit menyatakan rasa sensitif telah berkurang
Kajian 2 : sebanyak 88% pesakit menyatakan rasa sensitif telah berkurang
32. TERIMA KASIH
Disediakan oleh :
Dr.Norazreen Abdul Jalil
Pegawai Pergigian UG 54
Klinik Pergigian Peringgit, Melaka