際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Yang dihormati barisan       panel   hakim,   guru-guru   dan    rakan-rakan.
Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar kawan-kawan ? Nak dengar cerita tak?

Tajuk cerita saya ialah Ekor Panjang Yang Berguna.

    Seekor tupai, bernama Giddie mempunyai ekor yang berbulu kembang
dan cantik. Ekornya yang berbulu kembang dan cantik itu amat dikagumi oleh
semua haiwan yang ada di dalam hutan itu.

     Si Tupai, Giddie merasa sangat bangga dan mula menjadi sombong. Ia
tidak mahu berkawan dengan haiwan-haiwan lain yang ada di dalam hutan
itu.

       Suatu pagi, Giddie terlihat seekor anak monyet sedang berjalan di hutan
itu. Ia menarik ekor anak monyet itu dan berkata ekor kamu sangat kurus
seperti batang buluh. Giddie menghina anak monyet dengan mengatakan
ekor anak monyet buruk. Ia memuji-muji ekornya yang berbulu kembang.

     Anak monyet itu berasa sedih. Apabila tiba di rumahnya, ia mengadu
kepada ibunya tentang perangai Giddie dan menceritakan apa yang telah
berlaku tadi. Ibu monyet cuba mententeramkan anaknya itu.

     Ibu monyet menyatakan bahawa mereka memang dilahirkan       begitu.
Ibu monyet menasihati anaknya supaya belajar menghargai apa yang mereka
ada. Suatu hari nanti, ia akan memberi faedah kepada mereka.

     Pada suatu hari yang cerah, Giddie keluar untuk mencari cendawan.
Giddie berjalan di atas sebatang kayu untuk menyeberangi anak sungai. Ia
memandang anak sungai itu dan melihat beberapa ekor ikan sedang
berenang-renang dalam air.

     Tiba di seberang, Giddie memungut banyak cendawan. Tidak beberapa
lama kemudian, langit berubah menjadi gelap. Giddie segera ingin pulang ke
rumah. Angin mula bertiup kencang. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya.
Giddie berlari mencari tempat untuk berteduh daripada hujan yang lebat.
                                                                        ummi
Hari sudah gelap dan udarapun begitu sejuk. Giddie menggigil kesejukan.
Tidak lama kemudian, hujanpun berhenti.Giddie ingin segera pulang ke
rumahnya dan memasak cendawan segar itu.

     Apabila Giddie tiba di tepi anak sungai, dilihatnya jambatan kayu sudah
musnah. Jambatan itu dimusnahkan oleh hujan yang lebat tadi. Giddie
berkata kepada ibu monyet yang berada di situ bahawa ia tidak dapat
pulang ke rumahnya lagi dengan perasaan sedih.

    Ibu monyet menteteramkan Giddie dan mencari idea bagaimana untuk
membantu Giddie. Ibu monyet memanggil kesemua anaknya. Ia menyuruh
anak-anaknya beratur di atas pokok sambil memegang ekor monyet-monyet
yang berada di di hadapan mereka.

    Anak-anak monyet itu segera melakukan seperti yang disuruh oleh ibu
mereka. Akhirnya, anak-anak monyet itu berjaya membuat sebuah jambatan.
Ibu monyet meminta Giddie menggunakan jambatan monyet itu untuk
menyeberang dan pulang ke rumah.

     Giddie berasa sungguh kagum dan sangat gembira. Ia segera memanjat
pokok dan berjalan di atas jambatan monyet dengan berhati-hati. Akhirnya,
Giddie berjaya menyeberangi anak sungai itu.

     Giddie meminta maaf kerana telah menghina ekor anak monyet. Ia
sedar bahawa ekor monyet yang kurus dan panjang itu lebih berguna
daripada ekornya. Giddie merasa sungguh malu dengan kesilapannya.
Sebelum pulang, Giddie mengucapkan terima kasih kepada ibu monyet dan
anak-anaknya.

     Kawan-kawan, daripada cerita ini kita tidak boleh merasa bangga dan
sombong dengan apa yang kita miliki. Jangan menghina dan memandang
rendah pada kekurangan orang lain kerana setiap orang mempunyai
kekurangan dan kelebihan masing-masing.
                                                                      ummi

Sekian, terima kasih.

More Related Content

Cerita ekor panjang yang berguna

  • 1. Yang dihormati barisan panel hakim, guru-guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar kawan-kawan ? Nak dengar cerita tak? Tajuk cerita saya ialah Ekor Panjang Yang Berguna. Seekor tupai, bernama Giddie mempunyai ekor yang berbulu kembang dan cantik. Ekornya yang berbulu kembang dan cantik itu amat dikagumi oleh semua haiwan yang ada di dalam hutan itu. Si Tupai, Giddie merasa sangat bangga dan mula menjadi sombong. Ia tidak mahu berkawan dengan haiwan-haiwan lain yang ada di dalam hutan itu. Suatu pagi, Giddie terlihat seekor anak monyet sedang berjalan di hutan itu. Ia menarik ekor anak monyet itu dan berkata ekor kamu sangat kurus seperti batang buluh. Giddie menghina anak monyet dengan mengatakan ekor anak monyet buruk. Ia memuji-muji ekornya yang berbulu kembang. Anak monyet itu berasa sedih. Apabila tiba di rumahnya, ia mengadu kepada ibunya tentang perangai Giddie dan menceritakan apa yang telah berlaku tadi. Ibu monyet cuba mententeramkan anaknya itu. Ibu monyet menyatakan bahawa mereka memang dilahirkan begitu. Ibu monyet menasihati anaknya supaya belajar menghargai apa yang mereka ada. Suatu hari nanti, ia akan memberi faedah kepada mereka. Pada suatu hari yang cerah, Giddie keluar untuk mencari cendawan. Giddie berjalan di atas sebatang kayu untuk menyeberangi anak sungai. Ia memandang anak sungai itu dan melihat beberapa ekor ikan sedang berenang-renang dalam air. Tiba di seberang, Giddie memungut banyak cendawan. Tidak beberapa lama kemudian, langit berubah menjadi gelap. Giddie segera ingin pulang ke rumah. Angin mula bertiup kencang. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Giddie berlari mencari tempat untuk berteduh daripada hujan yang lebat. ummi
  • 2. Hari sudah gelap dan udarapun begitu sejuk. Giddie menggigil kesejukan. Tidak lama kemudian, hujanpun berhenti.Giddie ingin segera pulang ke rumahnya dan memasak cendawan segar itu. Apabila Giddie tiba di tepi anak sungai, dilihatnya jambatan kayu sudah musnah. Jambatan itu dimusnahkan oleh hujan yang lebat tadi. Giddie berkata kepada ibu monyet yang berada di situ bahawa ia tidak dapat pulang ke rumahnya lagi dengan perasaan sedih. Ibu monyet menteteramkan Giddie dan mencari idea bagaimana untuk membantu Giddie. Ibu monyet memanggil kesemua anaknya. Ia menyuruh anak-anaknya beratur di atas pokok sambil memegang ekor monyet-monyet yang berada di di hadapan mereka. Anak-anak monyet itu segera melakukan seperti yang disuruh oleh ibu mereka. Akhirnya, anak-anak monyet itu berjaya membuat sebuah jambatan. Ibu monyet meminta Giddie menggunakan jambatan monyet itu untuk menyeberang dan pulang ke rumah. Giddie berasa sungguh kagum dan sangat gembira. Ia segera memanjat pokok dan berjalan di atas jambatan monyet dengan berhati-hati. Akhirnya, Giddie berjaya menyeberangi anak sungai itu. Giddie meminta maaf kerana telah menghina ekor anak monyet. Ia sedar bahawa ekor monyet yang kurus dan panjang itu lebih berguna daripada ekornya. Giddie merasa sungguh malu dengan kesilapannya. Sebelum pulang, Giddie mengucapkan terima kasih kepada ibu monyet dan anak-anaknya. Kawan-kawan, daripada cerita ini kita tidak boleh merasa bangga dan sombong dengan apa yang kita miliki. Jangan menghina dan memandang rendah pada kekurangan orang lain kerana setiap orang mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. ummi Sekian, terima kasih.