1. Seorang pemuda tinggal di masjid karena kelaparan. Suatu hari dia hampir mencuri makanan dan harta dari sebuah rumah, namun mengurungkan niatnya.
2. Syeikh Salim kemudian memperkenalkan pemuda itu pada seorang janda yang kemudian menikahinya.
3. Ternyata rumah yang menjadi milik istrinya adalah rumah yang sama dimana pemuda itu hampir mencuri, mengajarkan bahwa meninggalkan
1 of 9
Download to read offline
More Related Content
Cerita mora ldocx
1. Lampiran 1:
CERITA KATAK PEKAK
Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecilyang ingin beradu kekuatan
berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangattinggi.
Penonton berkumpulbersama mengelilingi menara untuk menyaksikan
perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta.
Maka perlumbaan pun dimulakan.
Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-
katak kecil akan mampu mencapai puncak menara. Terdengar suara, Oh,
jalannya terlalu sukar!!Mereka TIDAK AKANBOLEH sampaike puncak dan Tidak
akan berjaya. Menaranya terlalu tinggi!
Katak-katak kecil mula berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap
semangatmenaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi.
Penonton terus bersorak, Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.
Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang meneruskan pandakiannya hingga semakin
tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah!Akhirnya yang lain telah menyerah untuk
menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah
berusaha keras menjadisatu-satunya yang berhasilmencapai puncak.
SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak tersebut boleh berjaya?
Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak
mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya. Katak itu,
percaya dan yakin pada matlamatnya untuk mencapai puncak tertinggi dengan
tidak mendengar segala ucapan negatif!
2. Apakah ibrah, hikmah dan pengajaran yang dapatkita ambil daripada kisah sang
katak yang pekak ini?
Ya, kecacatan atau kekurangan itu sebenarnya satu kelebihan! Kalaulah sang
katak itu tidak pekak atau tidak tuli, sudah tentulah dia juga akan mengikut jejak
rakan-rakannya yang tewas, tidak bersemangatdan akhirnya jatuh dek kerana
cemuhan dan kata-kata yang tidak bersemangatdari para penontonnya.
3. Ertinya, kita buat-buat pekak sahaja kepada orang yang mengutuk dan
mencemuh usaha atau tindakan yang kita lakukan. Fokus dan beri tumpuan serta
komitmen yang tinggi kepada apa yang sedang kita usahakan. Kata-kata mereka
yang mengutuk dan mencemuh kita itu sebenarnya kerana memang mereka
mahu melihat kita gagal dan jatuh. Ya, adakah kita hendak membiarkan kita tewas
dan jatuh hanya kerana kata-kata mereka yang tidak tahu apa-apa itu? Oh,
usahlah semudah itu.
Mereka yang bersorak, mengutuk dan mencemuh segala usaha kita itu bukannya
tahu pun apakah sebenarnya yang kita lakukan. Mereka tidak tahu pun keyakinan
diri kita. Kita yang tahu dan mesti yakin kepada diri kita sendiri. Jika apa yang kita
usahakan dan lakukan adalah usaha yang betul, diredai Tuhan, tidak berlanggar
dengan syariatagama, maka apakah yang perlu kita hirau akan sorakan, cemuhan
dan kutukan mereka?
Sesekali, kita juga perlu memekakkan telinga walaupun dikurniakan Tuhan telinga
yang baik dan jelas untuk mendengar!
4. Lampiran 2:
KISAH PASU PECAH (THE CRACKED POT)
Seorang wanita tua Cina mempunyai dua bekas pasu air, yang digantung di setiap
penjuru galah yang dibawanya.
Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih
elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.
Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungaike rumahnya, pasu yang retak
tersebut hanya dapat sampaidengan separuh penuh air sahaja.
Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat
membawa satu setengah pasu air sahaja.
Semestinya, pasu yang sempurna tersebut sangatberbangga dengan
pencapaiannya.
Di sebaliknya, pasu yang retak itu sangatmalu dengan ketidaksempurnaannya,
dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada
sepatutnya.
Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut
berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai.
Aku rasa sangatmalu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan
air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu
Wanita tua itu tersenyum, Sedarkah kamu akan bunga-bunga dibahagian laluan
kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu?
Itu kerana aku selalu menyedarikekurangan dirimu, oleh itu, aku telah
menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita
5. pulang darisungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyirambenih-benih bunga
itu.
Selama dua tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini
untuk menghiasi meja.
6. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini
di rumah ini.
Setiapkitamempunyai kekuranganyang tersendiri.
Tetapi, keretakandan kekurangan kitaitulahyang menjadikan perkongsian
hidup kitasangat menarik dan bermanfaat.
Anda perlumenerimasetiapmanusia seadanya dan melihat kebaikan dalam
diri mereka.
7. PEMUDA EPAL
SEORANG pemuda tinggal di sebuah Masjid, Suriah yang sedang menderita
kelaparan. Tiga hari berlalu, dia belum juga memperoleh makanan. Pemuda itu
memilih untuk mencuri sesuatu yang boleh mengalas perutnya.
Dia berhasilmasuk ke sebuah rumah. Di dalam dapur rumah itu, dia mendapati
ada sebuah bakul berisiepal. Secepat kemudian ia mengambil satu epal dan
memakannya. Saatmakanan itu nyaris ditelan, hatinya terdetik.
Aku berlindung kepada Allah, saya seorang pencari ilmu dan tinggal di masjid,
tapi kenapa saya memecah masuk ke rumah orang dan mencuri makan secara
haram? gumamnya.
Kemudian dia tinggalkan makanannya itu tadi, lantas dia ternampak rantai, gelang
dan cincin emas. Dalam hatinya berkata, jika aku mengambil emas ini pasti aku
akan senang dan tak perlu berlapar lagi.
Tetapi dia berbisik sendiri Aku berlindung kepada Allah, saya seorang pencari
ilmu dan tinggal di masjid, tapi kenapa saya memecah masuk ke rumah orang dan
mencuri harta secara haram?
Perasaan bersalah dan menyesalmenyelimutinya. Tak lupa ia beristighfar kepada
Allah Subhanahu Wataala, seraya meletakkan semula emas-emas yang sudah
digenggamnya. Aku tinggalkan yang harampastikan Allah akan gantikan dengan
yang ganjaran yang halal. Dia bergegas kembali ke masjid dan bergabung dalam
halaqah taklim yang dipandu Syeikh Salim.
Usai pengajian, Syeikh Salim memanggil sang pemuda tadi, Apakah kamu sudah
punya istri? Jawabnya, Belum. Sambung Syeikh, Apakah kamu ingin
menikah? Ia terdiam. Syeikh pun mengulangi pertanyaannya. Kemudian dia
8. menjawab, Ya Syeikh, kamitidak punya wang untuk membeli roti. Dengan apa
saya harus menikah?
Wanita ini telah bercerita pada saya bahawa suaminya telah meninggal dan dia
terasing dari tanah airnya. Di negerinya, bahkan di dunia ini ia tidak punya sesuatu
pun kecuali seorang pakcik yang lemah dan miskin. Dan dia juga ikut datang
bersama wanita ini, demikian ucap Syeikh sambil menunjuk kepakcik wanita itu.
Akhirnya pemuda itu siap menikahi si wanita tadi. Dan si wanita itu pun menerima
pemuda tadi sebagai suaminya.
Usai menikah, si wanita itu menuntun suaminya ke rumahnya. Sang isteri
bertanya kepada sang pemuda yang telah menjadisuaminya.
Engkau mau makan
9. Ya, jawabnya.
Isterinya pergike dapur, dia heran sambil berkata, Siapa orang yang masuk
rumah dan menggigit epal ini? Si pemuda itu lalu menangis dan bercerita kepada
isterinya. Dan jawabnya, Inilah buah amanah. Engkau telah menjaga diri dari
dosa dan meninggalkan epal dan barangan perhiasanku yang haram, lalu Allah
memberimu rumah seisinya lengkap dengan pemiliknya secara halal.
(Disarikan darikitab Man Taraka Syaian LillahiAwwadhallahu Khairan Minhu
yang ditulis oleh Ibrahimbin Abdullah Al-Hazimi).