際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
SEMUT DENGAN BURUNG MERPATI
Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru
Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya ____________________ dari Tahun Dua
akan menyampaikan cerita bertajuk Semut
dengan Burung Merpati.
Suatu hari semut minum di tepi sungai.
Tiba-tiba dia tergelincir lalu jatuh ke dalam
sungai. Dia hampir lemas.
Burung merpati berehat di dahan pokok.
Ketika itu dia ternampak semut yang hampir
lemas itu. Dia menjatuhkan sehelai daun ke
arah semut.
Semut terus memanjat daun itu dan
berterima kasih kepada burung merpati kerana
menyelamatkannya.
Sebaik sahaja sampai ke tebing sungai, dia
ternampak seorang pemburu. Semut sangat
risau kerana pemburu itu hendak menembak
burung merpati.
Tanpa membuang masa semut terus
memanjat kaki pemburu itu dan menggigitnya.
Pemburu itu menjerit kesakitan, Aduh!
Jeritan pemburu itu telah menyedarkan
burung merpati. Merpati terus terbang apabila
melihat pemburu di situ.
Sambil terbang, burung merpati
memandang ke arah semut dan mengucapkan
terima kasih kerana menyelamatkannya.
Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini
ialah budi baik akan dibalas dengan kebaikan
juga.
Sekian, terima kasih.
Anjing Yang Tamak
Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru
Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya _______________ dari Tahun Dua akan
menyampaikan cerita bertajuk Anjing Yang
Tamak.
Pada suatu pagi, Sang Anjing pergi mencari
makanan. Sang Anjing terjumpa seketul tulang.
Hatinya sangat gembira. Sang Anjing
menggonggong tulang itu. Sang Anjing segera
beredar dari situ. Sang Anjing lalu di atas
sebatang titi.
Tiba-tiba Sang Anjing terpandang
bayangnya sendiri di dalam air. Sang Anjing
menyangka ada anjing lain yang menggonggong
tulang. Sang Anjing ingin merampas tulang itu.
Sewaktu Sang Anjing membuka mulutnya,
tulang yang digonggongnya jatuh ke dalam air.
Sang Anjing berasa sangat menyesal.
Bayang-bayang itu rupa-rupanya ialah
bayang-bayangnya sendiri. Itulah akibatnya jika
tamak.
Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini
ialah janganlah sekali-kali mengamalkan sikap
tamak. Sikap tamak boleh membawa kerugian.
Sekian, terima kasih.
PENGGEMBALA DENGAN SERIGALA
Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru
Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya _______________ dari Tahun Dua akan
menyampaikan cerita bertajuk Penggembala
dengan Serigala.
Pada zaman dahulu, ada seorang budak
lelaki yang suka menipu. Setiap hari dia
menggembala kambing di puncak bukit. Suatu
hari dia berasa bosan. Dia terfikir hendak
menipu orang kampung. Dia pun menjerit,
Tolong! Tolong! Serigala!
Penduduk kampung terdengar jeritan lalu
membawa senjata untuk membantu. Apabila
mereka sampai di bukit, budak itu terus ketawa
terbahak-bahak, Ha! Ha! Ha! Kamu semua
tertipu! Mereka pulang dengan perasaan
marah.
Beberapa hari kemudian, penggembala itu
menjerit meminta tolong lagi. Tolong! Tolong!
Serigala! Sekali lagi penduduk kampung pergi
menyelamatkan budak itu. Tetapi mereka
tertipu lagi.
Suatu hari, seekor serigala muncul dan
membaham kambing budak itu. Dia menjerit
meminta tolong dengan kuatnya. Penduduk
kampung terdengar jeritan itu tetapi mereka
tidak mempedulikannya.
Akhirnya, semua kambing penggembala itu
habis dimakan oleh serigala. Dia sangat
menyesal di atas perbuatannya dahulu.
Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini
ialah orang yang suka menipu tidak akan
dipercayai walaupun dia berkata benar.
Sekian, terima kasih.
SINGA DENGAN TIKUS
Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru
Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya _______________ dari Tahun Dua akan
menyampaikan cerita bertajuk Singa dengan
Tikus.
Suatu hari, cuaca agak panas. Singa sedang
berehat di bawah sepohon pokok. Seekor tikus
tiba-tiba masuk ke bawah pokok lalu terlanggar
singa hingga terkejut.
Singa sangat marah lantas menengking tikus
sambil menuding kukunya ke arah tikus.
Tolong jangan makan saya, Tuanku! rayu
tikus. Maafkan saya! Saya akan membalas budi
Tuanku suatu hari nanti.
Singa tersenyum sambil menyindir, Tubuh
sekecil ini ingin menolong Beta. Baiklah, kamu
boleh pergi.
Suatu hari ketika merayau-rayau, tikus
terdengar ngauman singa. Dia segera berlari ke
dalam hutan. Dia ternampak singa
terperangkap di dalam jaring.
Sabar, sabar. Saya akan lepaskan Tuanku,
kata tikus. Si tikus mula menggigit jaring itu
dengan giginya yang kuat untuk menebuk
lubang besar. Akhirnya, singa berjaya
melepaskan diri.
Terima kasih, tikus. Kamu memang hebat,
puji singa.
Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini
ialah orang yang hebat juga ada kelemahannya
dan turut memerlukan pertolongan.
Sekian, terima kasih.
Cerita murid tahun 2 2014

More Related Content

Cerita murid tahun 2 2014

  • 1. SEMUT DENGAN BURUNG MERPATI Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya ____________________ dari Tahun Dua akan menyampaikan cerita bertajuk Semut dengan Burung Merpati. Suatu hari semut minum di tepi sungai. Tiba-tiba dia tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai. Dia hampir lemas. Burung merpati berehat di dahan pokok. Ketika itu dia ternampak semut yang hampir lemas itu. Dia menjatuhkan sehelai daun ke arah semut. Semut terus memanjat daun itu dan berterima kasih kepada burung merpati kerana menyelamatkannya.
  • 2. Sebaik sahaja sampai ke tebing sungai, dia ternampak seorang pemburu. Semut sangat risau kerana pemburu itu hendak menembak burung merpati. Tanpa membuang masa semut terus memanjat kaki pemburu itu dan menggigitnya. Pemburu itu menjerit kesakitan, Aduh! Jeritan pemburu itu telah menyedarkan burung merpati. Merpati terus terbang apabila melihat pemburu di situ. Sambil terbang, burung merpati memandang ke arah semut dan mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkannya. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah budi baik akan dibalas dengan kebaikan juga. Sekian, terima kasih.
  • 3. Anjing Yang Tamak Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya _______________ dari Tahun Dua akan menyampaikan cerita bertajuk Anjing Yang Tamak. Pada suatu pagi, Sang Anjing pergi mencari makanan. Sang Anjing terjumpa seketul tulang. Hatinya sangat gembira. Sang Anjing menggonggong tulang itu. Sang Anjing segera beredar dari situ. Sang Anjing lalu di atas sebatang titi. Tiba-tiba Sang Anjing terpandang bayangnya sendiri di dalam air. Sang Anjing
  • 4. menyangka ada anjing lain yang menggonggong tulang. Sang Anjing ingin merampas tulang itu. Sewaktu Sang Anjing membuka mulutnya, tulang yang digonggongnya jatuh ke dalam air. Sang Anjing berasa sangat menyesal. Bayang-bayang itu rupa-rupanya ialah bayang-bayangnya sendiri. Itulah akibatnya jika tamak. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah janganlah sekali-kali mengamalkan sikap tamak. Sikap tamak boleh membawa kerugian. Sekian, terima kasih.
  • 5. PENGGEMBALA DENGAN SERIGALA Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya _______________ dari Tahun Dua akan menyampaikan cerita bertajuk Penggembala dengan Serigala. Pada zaman dahulu, ada seorang budak lelaki yang suka menipu. Setiap hari dia menggembala kambing di puncak bukit. Suatu hari dia berasa bosan. Dia terfikir hendak menipu orang kampung. Dia pun menjerit, Tolong! Tolong! Serigala! Penduduk kampung terdengar jeritan lalu membawa senjata untuk membantu. Apabila mereka sampai di bukit, budak itu terus ketawa terbahak-bahak, Ha! Ha! Ha! Kamu semua tertipu! Mereka pulang dengan perasaan marah.
  • 6. Beberapa hari kemudian, penggembala itu menjerit meminta tolong lagi. Tolong! Tolong! Serigala! Sekali lagi penduduk kampung pergi menyelamatkan budak itu. Tetapi mereka tertipu lagi. Suatu hari, seekor serigala muncul dan membaham kambing budak itu. Dia menjerit meminta tolong dengan kuatnya. Penduduk kampung terdengar jeritan itu tetapi mereka tidak mempedulikannya. Akhirnya, semua kambing penggembala itu habis dimakan oleh serigala. Dia sangat menyesal di atas perbuatannya dahulu. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah orang yang suka menipu tidak akan dipercayai walaupun dia berkata benar. Sekian, terima kasih.
  • 7. SINGA DENGAN TIKUS Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya _______________ dari Tahun Dua akan menyampaikan cerita bertajuk Singa dengan Tikus. Suatu hari, cuaca agak panas. Singa sedang berehat di bawah sepohon pokok. Seekor tikus tiba-tiba masuk ke bawah pokok lalu terlanggar singa hingga terkejut. Singa sangat marah lantas menengking tikus sambil menuding kukunya ke arah tikus. Tolong jangan makan saya, Tuanku! rayu tikus. Maafkan saya! Saya akan membalas budi Tuanku suatu hari nanti. Singa tersenyum sambil menyindir, Tubuh sekecil ini ingin menolong Beta. Baiklah, kamu boleh pergi.
  • 8. Suatu hari ketika merayau-rayau, tikus terdengar ngauman singa. Dia segera berlari ke dalam hutan. Dia ternampak singa terperangkap di dalam jaring. Sabar, sabar. Saya akan lepaskan Tuanku, kata tikus. Si tikus mula menggigit jaring itu dengan giginya yang kuat untuk menebuk lubang besar. Akhirnya, singa berjaya melepaskan diri. Terima kasih, tikus. Kamu memang hebat, puji singa. Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah orang yang hebat juga ada kelemahannya dan turut memerlukan pertolongan. Sekian, terima kasih.