3. CERPEN GERSANG
? SINOPSIS
Memaparkan kisah seorang lelaki tua peminta sedekah
yang terjumpa seorang bayi di dalam tong sampah.
Bayi itu dinamainya Sumi. Meskipun amat tua kerana
berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula, namun
naluri kemanusiaannya yang tinggi membuatkannya dia
gigih memelihara Sumi dengan penuh kasih sayang.
Pada akhirnya, datang pihak berkuasa ingin
meruntuhkan gubuk mereka kerana kawasan setinggan
itu akan dibangunkan. Mereka berdua terpaksa hidup
bergelandangan kerana gubuk buruk mereka
diruntuhkan.
4. TEMA
? TEMA
Kegigihan dan kasih sayang seorang lelaki tua
yang bergelut dengan penderitaan dalam
mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
Lelaki tua itu hanya bergantung pada
pendapatannya sebagai peminta sedekah di
bandar raya Kuala Lumpur untuk meneruskan
kehidupan bersama seorang cucu terbuang
yang masih kecil iaitu Sumi.
5. PERSOALAN? PERSOALAN
1. Persoalan tentang kemiskinan hidup. Contohnya, datuk tua menyara kehidupan
dengan menjadi seorang peminta sedekah dan dia juga tinggal di sebuah gubuk
buruk di kawasan setinggan di kota Kuala Lumpur bersama dengan seorang anak
iaitu Sumi.
? 2. Persoalan tentang kasih sayang. Contohnya, datuk tua menjaga Sumi dengan
penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri dan berusaha untuk
membahagiakan Sumi walaupun membesarkannya dengan hanya memberi makan
hasil huluran tin susu tuanya.
? 3. Persoalan tentang pembuangan bayi. Contohnya, Sumi telah dijumpai oleh
datuk tua di dalam tong sampah dengan keadaan hanya berbalut dengan lampin.
? 4. Persoalan tentang ketabahan dalam menempuh dugaan hidup. Contohnya,
dalam menghadapi dugaan hidup walaupun gubuk buruk yang didiaminya selama
ini bersama Sumi di kawasan setinggan telah dirobohkan.
? 5. Persoalan tentang kegigihan dalam mencari rezeki. Contohnya, datuk tua yang
telah berusia hampir 100 tahun dan bongkok pula masih gigih dalam mencari
rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu kesayangannya walaupun
pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.
6. ? 6. Persoalan tentang keyakinan akan Tuhan. Contohnya, datuk
tua yakin bahawa walaupun pekerjaannya kini terjejas akibat
gubuk buruknya telah dirobohkan tetapi baginya bumi Allah
ini luas dan dia masih boleh meneruskan perjuangan untuk
mencari rezeki di mana-mana tempat.
? 7. Persoalan tentang kemajuan pembangunan. Contohnya,
Kuala Lumpur merupakan bandar raya yang sudah mengecapi
kemajuan pembangunan sehingga menjadikan tempat
tersebut lubuk atau pusat pekerjaan penduduk yang sangat
penting. Begitu juga, deretan gubuk buruk yang didiami oleh
datuk tua bersama dengan penghuni-penghuni yang lain telah
dirobohkan untuk tujuan pembangunan.
7. WATAK & PERWATAKAN
? WATAK DAN PERWATAKAN
Datuk Tua
1. Watak utama cerita.
? 2. Berusia menjangkau satu abad iaitu hampir 100 tahun.
? 3. Badannya kurus dan sudah bongkok. Dia berdiri dan berjalan dengan bantuan
tongkat.
? 4. Tinggal di gubuk buruk di kawasan setinggan di Kuala Lumpur.
? 5. Seorang peminta sedekah.Contohnya, datuk tua selalu mengemis di kaki-kaki
lima bandar Kuala Lumpur.
? 6. Memelihara seorang anak iaitu Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya di
tong sampah.
? 7. Seorang yang penyayang. Contohnya, dia menjaga Sumi dengan penuh kasih
sayang seperti anak kandungnya sendiri dan berusaha menunaikan permintaan .
8. ? 8. Seorang yang gigih. Contohnya, meskipun datuk tua sudah
teramat tua dan bongkok pula tetapi dia gigih memelihara
Sumi dengan penuh kasih sayang dan berusaha mencari
mencari rezeki untuk membesarkannya.
? 9. Seorang tua yang mempunyai naluri kemanusiaan yang
tinggi. Contohnya, meskipun datuk tua sudah teramat dan
seorang peminta sedekah tetapi dengan naluri kemanusiaan
yang ada pada dirinya, dia sanggup memelihara Sumi yang
dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah.
? 10. Percaya dan yakin akan Tuhan. Contohnya, datuk tua yakin
Tuhan akan sentiasa memberi ruang kepadanya untuk
mencari rezeki di mana¨Cmana tempat di bumi ini.
9. ? Sumi
? 1. Berumur lima tahun.
? 2. Korban kezaliman ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya
telah dibuang oleh ibu bapanya di tong sampah dan telah dijumpai oleh
datuk tua dengan keadaan yang hanya berbungkus lampin.
? 3. Dipelihara oleh datuk tua iaitu seorang peminta sedekah yang sudah
berusia.
? 4. Menyayangi datuk tuanya. Contohnya, semasa gubuk buruk tempat
tinggal mereka diruntuhkan, Sumi segera mendapatkan datuk tua
kesayangannya walaupun sedang sakit. Dia tidak mahu datuk tuanya itu
terkial-kial sendirian menanggung segala penderitaan yang dialami.
? 5. Seorang kanak-kanak yang periang dan mempunyai dua orang kawan
iaitu Utih dan Nana.
? 6. Seorang kanak-kanak yang tidak pernah merasai kesenangan hidup.
Contohnya, Sumi tidak pernah merasai kesenangan hidup lantaran ibu
bapanya yang membuangnya di tong sampah dan kini, hidup bergantung
dengan datuk tuanya yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa iaitu
mencari rezeki dengan hanya mengemis.
10. LATAR
? LATAR
(a) Latar Tempat
? 1. Bandar raya Kuala Lumpur
2. Kaki lima ¨C tempat datuk tua meminta sedekah.
3. Gubuk buruk di kawasan rumah setinggan ¨C tempat datuk tua dan Sumi tinggal.
(c) Latar Masyarakat
? 1. Masyarakat kota yang miskin. Contohnya, datuk tua mencari rezeki untuk
menyara kehidupan dengan hanya meminta sedekah. Dia dan Sumi tinggal di
kawasan setinggan iaitu di gubuk buruk tebing sungai.
? 2. Masyarakat tua yang gigih. Contohnya, datuk tua yang sudah berusia
menjangkau 100 tahun dan sudah bongkok masih meneruskan kehidupan mencari
rezeki dengan mengemis di jalanan walaupun sudah teramat tua.
? 3. Masyarakat kota yang murah hati dan berbelas kasihan. Contohnya, masih
terdapat segelintir warga kota yang simpati dan bermurah hati dengan memberi
sedekah kepada datuk tua.
11. ? 4. Masyarakat yang penyayang. Contohnya, datuk tua menyayangi Sumi
dengan menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya
sendiri.
? 5. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan berperikemanusiaan.
Contohnya, ibu bapa Sumi mewakili masyarakat yang tidak
bertanggungjawab dan berperikemanusiaan kerana membuang anak di
tong sampah.
? 6. Masyarakat yang jahil tentang agama. Contohnya, perbuatan ibu bapa
Sumi yang membuangnya di tong sampah memperlihatkan kurangnya nilai
agama dalam diri sehingga sanggup membuang darah daging sendiri.
? 7. Masyarakat kota yang sentiasa sibuk. Contohnya, setiap hari masyarakat
kota di Kuala Lumpur digambarkan sentiasa sibuk dengan hal dan
pekerjaan masing-masing.
? 8. Masyarakat kota yang terabai dari segi kebajikan. Contohnya, datuk tua
dalam keadaannya yang sudah menjangkau usia 100 tahun masih
merempat di kota Kuala Lumpur mencari rezeki dengan meminta sedekah
tanpa ada bantuan daripada mana-mana pihak untuk menempatkannya di
rumah-rumah kebajikan orang-orang tua.
12. TEKNIK PENCERITAAN? TEKNIK PENCERITAAN
1. Pemerian
- Tatapannya merenung kejauhan lalu menembusi kenderaan dan derap langkah
kaki warga kota yang lewat di hadapannya. Pun ketika ada dentingan syiling yang
terlontar di dalam tin susunya, tatapannya itu tetap tidak berubah. Getir dan
penuh penderitaan, membayangkan warna hidupnya. (MS 93)
2. Imbas Muka/ Flashforward
- Datuk tua sedang merenung dan berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagi
masalah yang sedang bersarang dalam kepala. Dia merasakan petang itu
merupakan petang bagi segala masalah. (MS 94)
3. Imbas kembali / Flasback
- Datuk tua teringat akan kedatangan lelaki-lelaki asing yang memakai kemeja dan
tali leher dengan cara jalan yang begitu gagah di kawasan deretan gubuk-gubuk
buruk mereka di tebing sungai. (MS 94-95)
- Datuk tua teringat akan peristiwa dia menjumpai Sumi yang masih bayi di dalam
tong sampah dengan hanya berbalut lampin buruk. (MS 96)
- Datuk tua teringat akan Sumi yang sudah pandai merajuk dan bertanya tentang
ayah dan ibunya kandungnya. (MS 97)
13. ? 4. Dialog
- ¡°Tanah ni tanah kerajaan, pak cik. Di tapak tanah ni akan dibina
bangunan lapan puluh tingkat.¡±
¡°Tapi encik¡¡±
¡°Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!¡± (MS 95)
5. Monolog dalaman
- Dia bertanya kepada dirinya lagi. Di manakah peri kemanusiaan warga
kota? Di manakah keadilan yang selalu dilaung-laungkan? Dia tidak tahu.
Dia juga tidak tahu di manakah haknya sebagai warga kota yang bernaung
di bumi merdeka? Mana? Mana? Hatinya menjerit. (MS 96)
- Mungkin ada rezeki lebih hari ini Sumi. Nanti tuk belikan limau. Hatinya
berbicara. (MS 97)
6. Monolog
- ¡°Tunggu ya cu, tuk pulang ni!¡± Dia berbisik sendirian. (MS 99)
7. Suspens
- Langkahnya semakin cepat. Sesekali dia tersepak batu-batu di jalanan.
Semakin hampir ke tempat itu semakin kuat bunyi buldozer dan semakin
lemah tubuh tuanya. Langkahnya mati tiba-tiba. (MS 99)
14. NILAI MURNI
? NILAI MURNI
1. Kasih sayang. Contohnya, datuk tua menyayangi Sumi dengan menjaganya
dengan penuh kasih sayang seperti anak kandungnya sendiri.
? 2. Pemurah. Contohnya, segelintir warga kota simpati dengan kesusahan yang
dialami oleh datuk tua dengan bermurah hati menghulurkan sedekah.
? 3. Tabah. Contohnya, datuk tua tabah menghadapi dugaan hidup walaupun
terpaksa bergelut dengan penderitaan hidup.
? 4. Kesyukuran. Contohnya, datuk tua sentiasa bersyukur dengan rezeki yang
diterimanya hasil daripada meminta sedekah daripada orang lain.
? 5. Gigih. Contohnya, datuk tua yang telah berusia hampir 100 tahun dan bongkok
pula masih gigih dalam mencari rezeki demi meneruskan hidupnya dan cucu
kesayangannya walaupun pekerjaannya itu hanya mengemis di jalanan.
? 6. Bertanggungjawab. Contohnya, datuk tua telah menunaikan tanggungjawab
dengan menjaga dan membesarkan Sumi yang telah dibuang oleh ibu bapanya di
tong sampah.
15. AMANAT & PENGAJARAN
? AMANAT DAN PENGAJARAN
1. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan takdir hidup.
? 2. Kita perlulah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
? 3. Kita mestilah bertimbang rasa dan mempunyai belas kasihan terhadap
kesusahan orang lain.
? 4. Kita haruslah bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan
tindakan kita.
? 5. Kita haruslah sentiasa bersyukur kepada Tuhan untuk setiap rezeki yang
diberikan kepada kita.
? 6. kita hendaklah memberi kasih sayang yang baik terhadap anak-anak.
16. GAYA BAHASA
? GAYA BAHASA
1. Simile
- Hitam seperti malam. (MS 93)
- Hatinya bagai digamit untuk melangkah pantas. (MS 99)
2. Personifikasi.
- Hatinya menjerit. (MS 96)
3. Sinkof.
- ¡°Tak ada tapi-tapinya lagi. Kalau saya kata pindah, pindah!¡± (MS 95)
4. Hiperbola.
- Mengalir air mata darah
- Matahari jam dua belas tegak di atas kepala, memanah mata tua.(MS 94)