Cerpen ini menceritakan tentang seorang penjaga panggung yang menjadikan aktor sebagai idola hidupnya, namun istrinya menyuruhnya berubah agar keluarga mereka tidak miskin. Suatu hari aktor itu bercerita tentang kenyataan hidupnya dan menyuruh penjaga panggung untuk menyadari perbezaan antara fantasi dengan realiti. Ini membuat penjaga panggung sadar bahwa idola hanyalah sandiwara,
2. Sinopsis Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan reality hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.
3. Tema Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.
4. Persoalan 1- Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuat rumah kecil. 2- Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa berangan-angan menjadi hero. 3- Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya. 4- Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri si penjaga pnggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.
5. Watak utama Si Penjaga Panggung-     1- Bekerja sebagai penjaga panggung.‬        2- ‪Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak. 3-Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. 4-Si Penjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero.‬ Watak dan perwatakan
6. Si Hero-        1-Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirnya dan meminta memuji diri sendiri.‬        ‪2- Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)‬       3-‪Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung Isteri Penjaga Panggung       1-Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. 2-Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.‬-        ‪ 3-Mempunyai 10 orang anak.‬ Watak sampingan
7. 1-Nilai kejujuran. Contohnya hero menyampaikan reality kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya. 2-Nilai kesabaran. Contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil. 3-Nilai ketabahan. Contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin dan tinggal di kawasan setinggan. Nilai