2. Sinopsis Ringkas…
Cerpen ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Mak Timah
dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24
tahun. Kisah ini bermula dengan imbas kembali bagaimana
peristiwa Mak Timah mengambil anak angkatnya yang digelar
Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang
diambil dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada
peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah
apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi
sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta
tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan
Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak
Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah selalu
berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia
meninggal dunia.
3. Watak dan Perwatakan…
Pungut
• Seorang gadis yang cacat.
• Nama sebenarnya ialah Yap Siew Hong.
• Dia tidak boleh berdikari dan kehidupannya
sentiasa bergantung pada Mak Timah.
4. Watak dan Perwatakan…
Mak Timah
• Seorang perempuan tua.
• Ibu angkat Pungut.
• Seorang yang penyayang.
• Seorang yang berpendirian tegas.
• Seorang yang bertanggungjawab
5. Watak dan Perwatakan…
Bibik
• Nenek Pungut yang sebenar.
• Tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan.
• Mempercayai tukang tilik yang mengatakan anak
yang dikandungkan Siew Lan membawa sial.
6. °Õ±ð³¾²¹â€¦
Kasih Sayang
• Kasih sayang seoarang ibu terhadap anak
angkatnya walaupun anak angkatnya cacat.
Kesabaran
• Kesabaran seorang ibu menjaga anak angkatnya
yang cacat.
7. ±Ê±ð°ù²õ´Ç²¹±ô²¹²Ô…
Tanggapan masyarakat terhadap
golongan cacat
• Pungut dibuang oleh keluarga sendiri kerana dia cacat
sejak dilahirkan.
Ketabahan menjalankan tanggungjawab
yang berat
• Mak Timah tetap menguruskan Pungut walaupun
sedang sakit.
8. ±Ê±ð°ù²õ´Ç²¹±ô²¹²Ô…
Kepercayaan masyarakat kepada
bomoh dan tukang tilik.
• Mak Timah membawa Pungut berjumpa dengan
Bomoh Dollah.
• Bibik melihat nasib anak yang dikandung Siew Lan.
Menolak ketentuan takdir
• Keluarga Pungut tidak menerima kelahiran Pungut
yang cacat.