1. KANDUNGAN PANTUN MELAYU
Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang
mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula
boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi
lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang
dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri
daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah
empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.
Pembayang atau Sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang memainkan
peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepadamaksud. Pembayang pada baris pertama
hendaklah ada hubung kait denganpembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.
Maksud atau Isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun. Pada bahagian
inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikandalam pantun tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.Pantun yang baik
memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
Suku Kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiapbaris pula
hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantunyang baik mengandungi
jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau Bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap barispantun. Rima yang
baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.Rima pada baris pertama pembayang
mestilah sama dengan rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik
ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.
2. Contoh Pantun yang baik :
Pu/lau/ Pan/dan/ ja/uh/ ke/te/ngah/,
Gu/nung/ Da/ik/ ber/ca/bang/ ti/ga/,
Han/cur/ ba/dan/ di/kan/dung/ ta/nah/,
Bu/di/ yang/ ba/ik/ di/ke/nang/ ju/ga/.
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/- bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
Ciri-ciri pantun yang baik
Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
ï‚· mengandungi 4 kerat/baris
ï‚· jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
ï‚· jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
ï‚· ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
ï‚· bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
ï‚· bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam.
ï‚· maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
ï‚· sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan maksud,
mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan
menggunakannya.
Contoh pantun 2 kerat:
Siakap senohong gelama ikan duri, (a)
Bercakap bohong, lama-lama mencuri, (a)
Contoh pantun 4 kerat:
Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)
Gunung Daik bercabang tiga, (b)
Hancur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)