1. PENGAJIAN AM
BAB 7
CIRI DAN PRINSIP TADBIR
URUS YANG BAIK
7.1 CIRI DAN PRINSIP TADBIR URUS YANG BAIK
7.2 KEPENTINGAN DAN CABARAN URUS TADBIR
7.3 CABARAN-CABARAN DALAM TADBIR URUS BAIK
2. TADBIR
URUS
DEFINISI
Tindakan yang dilaksanakan oleh golongan
yang mempunyai kuasa
Daripada pelbagai peringkat pengurusan
Untuk mencapai kecemerlangan, kecekapan,
persamaan, penglibatan yang menyeluruh,
ketelusan dan akauntibiliti dalam pengurusan
pentadbiran
TADBIR
URUS
BAIK
Melaksanakan tanggungjawabnya
secara telus, berakauntabiliti dan
berhemat
Dari segi pengambilan keputusan
dan penyampaiaan hasil
3. Menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat
terhadap keupayaan kerajaan untuk
melaksanakan dasar yang telah dimandatkan.
Untuk mengekalkan akauntabiliti dalam sistem
penyampaian perkhidmatan awam
4. Meliputi tatacara, struktur dan proses berurusan dengan
pelbagai pihak yang berkepentingan (Stakeholders).
Aspek utama :
PRESTASI
PEMATUHAN
Menyampaikan perkhidmatan secara
cekap dan berkesan seperti yang
diharapkan stakeholder
Value of money
Mengurangkan pembaziran sumber EKSPETASI
TADBIR URUS BAIK
PERKHIDMATAN
Pematuhan undang-undang, CEMERLANG
peraturan, piawaian yang diguna pakai
Amalan kejujuran, akauntabiliti,
integriti dan telus dalam perkongsian
maklumat
5. PRINSIP UTAMA TADBIR URUS
TERBAIK
AKAUNTABILITI & INTEGRITI
Memberi penjelasan terhadap apa
jua tindakan dalam pelaksanaan
tugasan.
Akauntabiliti dan integrasi adalah
elemen terpenting dalam
tadbit urus terbaik.
EFEKTIF & EFISIEN
Memastikan penyampaiaan
perkhidmatan dilaksanakan
secara efektif (cekap) danefisien
(berkesan).
Memastikan organisasinya
mempunyai sistem yang dinamik,
cepat dan tepat,
melalui penggunaan sumber
yang minimal dengan
penghasilan kerja yang
maksimum
PENGURUSAN PERUBAHAN
Tadbir urus yang cekap dan
berkesan adalah bagaimana
mengurus dan
menangani perubahan.
Menghasilkan organisasi yang
lebih dinamik dan berdaya saing
FOKUS KEPADA PELANGGAN
Memberikan keutamaan
menyeluruh kepada pelanggan.
Usaha ke arah meningkatkan
kepuasan tahap pelanggan
sentiasa dilaksanakan secara
berterusan
BERETIKA
Memastikan ahli2 dalam agensi
mempunyai etika yang tinggi
serta mengamalkan nilai2 murni
dalam pelaksanaan dan
penyampaiaan perkhidmatan.
KETELUSAN
Menitikberatkan ketelusan dalam
perkongsian maklumat kepada
pihak yang berkepentingan.
8. merujuk kepada semua peringkat pengurusan
kerajaan menjalankan tugas dan tanggungjawab
secara telus, berakauntabiliti dan berhemat dari
segi pengambilan keputusan dan penyampaian
hasil.
Tatacara
termasuk budaya, dasar dan strategi serta tatacara
jabatan awam berurusan dengan pelbagai pihak
yang berkepentingan.
Mekanisme atau
struktur jabatan
kerajaan
merujuk kepada bagaimana sesebuah agensi
awam diarahkan, dikawal dan
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan
objektif seperti yang telah ditetapkan.
Proses
9. AKAUNTABILITI
melibatkan kewajipan untuk
memberikan jawapan dan
penjelasan tentang sesuatu
tindakan dan prestasi kepada
sesiapa yang berhak untuk
mendapat jawapan dan
penjelasan.
Akauntabiliti ialah proses
sesebuah agensi
bertanggungjawab terhadap
semua keputusan yang
dibuatnya dan tindakan
yang diambilnya.
Ketua agensi hendaklah
memastikan tanggungjawab ini
diamanahkan kepada semua
pegawai dengan memperjelas
peranan masing-masing supaya
dapat dilaksanakan dengan
berkesan
Semua pihak perlu
mempunyai kefahaman
yang jelas tentang
tanggungjawab ini.
10. Ketelusan, ialah keperluan untuk memberikan keyakinan kepada orang awam terhadap
proses pengambilan keputusan dan tindakan pegawai awam yang telah diamanahkan
dengan kuasa dan tanggungjawab. Hubungan yang erat dan perkongsian maklumat yang
lengkap, tepat dan jelas dengan pihaka yang berkepentingan akan memastikan tindakan
yang diambil itu adalah berkesan dan menepati waktu, di samping membolehkan
pegawai awam menangani sebarang penilaian awam.
11. 47. Pembangunan pesat dunia ICT mengakibatkan transaksi dan pergerakan informasi
berlaku dengan begitu pantas. Bentuk dan perlakuan jenayah turut menjadi borderless,
seperti penghantaran wang rasuah keluar negara melalui electronic funds transfer.
Pengesanan jenayah dan wang hasil rasuah menjadi bertambah rumit. Keadaan ini
memerlukan negara membasmi jenayah termasuk rasuah secara kerjasama
antarabangsa melalui bilateral dan multilateral arrangements.
12. 25. Manakala itu, peluang melakukan rasuah boleh wujud apabila berlaku kelemahan di dalam
sistem kawalan dalaman. Contohnya, kelewatan memberi perkhidmatan akibat karenah birokrasi
sedangkan pelanggan berkehendakkan perkhidmatan itu dengan segera. Keadaan ini boleh
mewujudkan peluang rasuah di mana pelanggan tadi terpaksa menyogok untuk mendapatkan
perkhidmatan yang cepat.
26. Salah satu punca rasuah berlaku adalah akibat kelemahan sistem. Dalam keadaan di mana
seseorang itu mempunyai kuasa monopoli akibat daripada kelemahan sistem, ini memberi kuasa
budi bicara yang amat luas kepadanya untuk membuat keputusan. Sekiranya keputusan yang
dibuat itu melibatkan kepentingan diri dan dia tidak perlu accountable atau bertanggungjawab
ke atasnya, maka keadaan ini boleh membuka peluang kepadanya untuk menyalah guna kuasa
atau terlibat dengan rasuah.
27. Sebagai contoh, peruntukan undang-undang mengenai penetapan kadar saman bagi
kesalahan menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen di sebuah Pihak Berkuasa
Tempatan, memberi kuasa mutlak kepada Yang Di Pertuanya seorang sahaja menentukan kadar
saman sama ada kadar minima RM1,000 atau kadar maksima RM25,000. Kuasa monopoli dan
kuasa budi bicara seperti ini mewujudkan suasana tiada ketelusan dalam membuat keputusan.
Lantaran itu boleh membuka peluang kepada YDP PBT menyalahgunakan kuasanya dengan
melakukan rasuah.
13. rdapat berbagai isu yang menggugat integriti perkhidmatan awam Malaysia. Yang paling kerap
dibincangkan ialah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Kita sedia maklum, Kerajaan
berpendirian zero tolerance terhadap rasuah, serta mengambil langkah-langkah tegas bagi
menanganinya. Namun begitu, berdasar rekod Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia, secara
amnya statistik aduan mengenai rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan menunjukkan
peningkatan sejak enam tahun kebelakangan ini. Tohmahan atau maklumat paling banyak
diterima adalah terhadap kakitangan awam, berbanding kumpulan yang lain, seperti orang
awam, ahli politik atau anggota pentadbiran, dan pekerja swasta. Selain itu, statistik mengenai
tangkapan berkaitan rasuah oleh BPR Malaysia menunjukkan bahawa lebih ramai kakitangan
awam ditangkap berbanding sektor swasta dan orang awam. Ini adalah isu integriti yang
menjejaskan imej perkhidmatan awam khasnya, dan Kerajaan amnya.
21. Dalam pada itu, berdasarkan aduan orang ramai terhadap kakitangan dan perkhidmatan
awam yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), sungguhpun peratus aduan mengenai
kelewatan perkhidmatan awam semakin menurun, ianya masih merupakan jenis aduan yang
paling banyak diterima oleh BPA. Masalah kelewatan memberi perkhidmatan serta kualiti
perkhidmatan yang tidak memuaskan jika tidak diatasi boleh membuka peluang kepada
perbuatan rasuah. Pelanggan kepada perkhidmatan tersebut akan mempunyai persepsi bahawa
jika inginkan perkhidmatan yang cepat atau untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti,
maka perlu sogok pegawai kerajaan. Aduan-aduan seperti kegagalan penguatkuasaan, kurang
kecekapan, salah guna kuasa dan penyelewengan juga memberi persepsi buruk bahawa ianya
berlaku disebabkan rasuah. Begitu juga aduan mengenai kepincangan pelaksanaan dasar dan
kelemahan undang-undang merupakan sebahagian daripada kelemahan sistem, yang mana jika
tiada langkah pemulihan dibuat, boleh membuka ruang kepada perbuatan rasuah dan salah guna
kuasa.
14. 4. Integriti pula bermaksud continuous adherence to moral principles, honesty, wholeness, the
quality of being unimpaired; soundness (Collin English Dictionary). Menurut Glosari Integriti,
Institut Integriti Malaysia (IIM), integriti memberi maksud perihal sifat individu dan organisasi
yang sempurna, berteraskan nilai murni seperti jujur, benar, amanah, adil, bertanggungjawab,
telus, cekap dan bijaksana. Oleh itu, Integriti merupakan suatu tahap, keadaan atau sifat yang
sempurna dan tiada cacat cela, tidak ada rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan, tiada
rungutan dan aduan atau ketidakpuasan hati pelanggan ke atas perkhidmatan yang diberi. Maka
wujudlah perkhidmatan yang telus, accountable, adil dan saksama.
5. Bagaimana pula hubungan tadbir urus yang baik dengan integriti? Sebuah tadbir urus yang
baik mempunyai elemen integriti. Integriti adalah asas kepada sebuah tadbir urus yang baik. Oleh
itu, usaha untuk meningkatkan integriti adalah selari dengan usaha mengukuhkan tadbir urus
yang baik dalam masyarakat.
6. Perbincangan mengenai tadbir urus meliputi skop yang sangat luas yang mencakupi pelbagai
aspek, seperti hak dan keperluan asas individu, kualiti kesihatan dan peluang pendidikan,
keadilan sosial dan keselamatan diri, dan berbagai lagi.
7. Oleh itu bagi tujuan ceramah saya ini, saya akan menumpukan kepada aspek integriti,
bersesuaian dengan tujuan dan tema Konvensyen ini. Antara lain, saya akan menyentuh tentang
apakah isu-isu yang menggugat integriti dan bagaimana integriti dapat di perkukuhkan. Ini sekali
gus menjurus kepada usaha ke arah memantapkan tadbir urus yang baik di dalam perkhidmatan
awam.
15. Tadbir Urus Sektor Awam merangkumi: -
a. Tatacara seorang Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua Jabatan, Ketua
Eksekutif dan pegawai di semua peringkat pengurusan
melaksanakan tanggungjawabnya secara telus, berakauntabiliti dan
berhemat dari segi pengambilan keputusan dan penyampaian hasil.
b. Struktur, termasuk budaya, dasar dan strategi serta tatacara mereka
berurusan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan
(stakeholders).
c. Proses bagaimana Agensi awam diarah, dikawal dan
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan objektif seperti yang
telah dipersetujui.
10. Oleh yang demikian, objektif tadbir urus adalah bertujuan untuk menyemai
dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan Kerajaan untuk
melaksanakan dasar yang telah dimandatkan di samping mengekalkan
4 akauntabiliti di dalam sistem penyampaian awam. Tadbir urus yang terbaik perlu
memberi penumpuan terhadap dua aspek seperti berikut:
a. Prestasi, di mana pengurusan pencapaian adalah kritikal untuk