ݺߣ

ݺߣShare a Scribd company logo
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS




  KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN
  MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU
              RAKAN (R&R) BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 EFISIEN




NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SAGOR, 36 700 LANGKAP,
                                  PERAK.




               KPR 4063 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN




                                KUMPULAN : B




                               AHLI KUMPULAN:

NURHIDAYAH BT HAMZAH                              L20111006521

SUHANA ZURYATI BT KAMALUDDIN                            L20111006530

ZULYANEI BT BADOLDIN                              L20111006526

ZURINA BT MOHAMED ARSHAD                          L20111006518
1.0    PENGENALAN

       Kami telah membuat pemerhatian terhadap keputusan dan pencapaian akademik mata
pelajaran Pendidikan Islam pelajar Tingkatan 1 Efisien, Dato' Sagor, adalah salah sebuah
sekolah di kawasan Langkap, Perak. Pelajar yang terlibat sebagai sampel kajian adalah
seramai 30 orang      dipilih secara rawak daripada 40 orang pelajar dalam kelas 1 Efisien
melibatkan 5 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Masalah yang dikenalpasti
adalah kurangnya kemahiran penggunaan tulisan jawi dan pencapaian pelajar dalam
matapelajaran Pendidikan Islam. Dari pemerhatian yang telah dilakukan, pelajar kurang
berminat untuk belajar jawi dan kurang menumpukan perhatian sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kami telah menemuduga guru matapelajaran Pendidikan Islam tentang isu ini
serta pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Berdasarkan rekod keputusan Ujian 1, didapati
bahawa Jawi merupakan kelemahan pelajar yang begitu ketara. Oleh itu, untuk meningkatkan
kemahiran pelajar dalam mengenal, membaca dan menulis Jawi, kami merangkan satu pelan
tindakan yang dikenali sebagai Rakan Bantu Rakan (R&R) dan juga menggunakan alat bantu
mengajar yang lebih menarik bagi membolehkan pelajar lebih berminat untuk mempelajari
tulisan Jawi.




2.0    PERNYATAAN MASALAH

       Berdasarkan rekod Ujian 1 yang dijalankan, didapati bahawa pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya tulisan Jawi adalah sangat rendah. Guru
matapelajaran menyatakan bahawa mereka tidak celik jawi dan mereka tidak boleh menulis jawi
walaupun perkataan jawi mudah. Malahan ada yang tidak mengenal langsung huruf jawi.

       Berdasarkan pemerhatian dan temuramah, pelajar mengatakan bahawa susah untuk
menguasai       bahasa jawi.   Kemungkinan   guru menggunakan    kaedah pengajaran     dan
pembelajaran yang kurang menarik. Keadaan di dalam kelas dan persekitaran kawasan
sekolah juga tidak mesra jawi. Kemungkinan juga pengaruh keluarga, rakan-rakan dan sistem
pendidikan yang kurang memberi penekanan terhadap penguasaan bahasa jawi memburukkan
lagi keadaan.
3.0    RASIONAL KAJIAN

       Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana bahasa jawi adalah bahasa Al-Quran. Ia
tidak kurang pentingnya dengan bahasa lain. Jika masalah ini tidak ditangani, ia akan
menyebabkan pelajar tidak celik Al-Quran seterusnya menyukarkan pelajar dalam hafazan.
Kaedah yang sesuai perlu diterapkan supaya pelajar boleh sekurang-kurangnya menguasai
jawai mudah atau celik jawi agar warisan kesenian Islam ini tidak pupus ditelan zaman.

       Secara rasionalnya, kajian ini dilakukan kerana pencapaian pelajar Tingkatan 1 Efisien
dalam matapelajaran Pendidikan Islam amat rendah. Secara tidak langsung akan memberi
kesan yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Jika kajian ini berjaya dilaksanakan
sekurang-kurangnya dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah ini seterusnya
semua pihak dapat mengetahui kepentingan bahasa dan tulisan jawi ini.




4.0    FOKUS KAJIAN

       Melalui kajian ini, kami akan memfokuskan kepada kemahiran mengenal huruf,
membaca dan menulis satu dan dua suku kata terbuka dan tertutup dalam tulisan jawi. Ini
kerana kebanyakan pelajar tidak mengenal langsung huruf jawi menyebabkan pelajar kurang
berminat untuk belajar jawi.




5.0    OBJEKTIF KAJIAN

       Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar dapat mencapai objektif berikut:

       5.1     Objektif umum

       Pelajar dapat mengenal huruf, mengeja dan menulis perkataan dalam tulisan jawi
       dengan mudah.
5.2    Objektif khusus

              i.      Untuk menarik minat pelajar mempelajari bahasa jawi.

              ii.     Membantu pelajar dapat mengenal huruf jawi.

              iii.    Membantu pelajar mengetahui cara menyambung huruf dengan cara
                             yang betul.

              iv.     Membantu pelajar membezakan huruf yang boleh disambung dengan
                             huruf yang tidak boleh disambung.

              v.      Membantu pelajar mengeja satu dan dua suku kata dalam tulian jawi
                             dengan betul.

              vi.     Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.




6.0    KUMPULAN SASARAN

       Kajian ini melibatkan 30 orang daripada 40 orang pelajar dalam Tingkatan1 Efisien.
Pelajar itu terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan.




7.0    TINDAKAN YANG DICADANGKAN

       Sebelum langkah-langkah yang seterusnya di ambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan awal masalah yang dikenalpasti akan di buat untuk memahami dengan lebih mendalam
masalah ini. Tinjauan dilakukan dengan mengumpul data seperti berikut:



      7.1 TINJAUAN AWAL MASALAH

          7.1.1. Pre-Test Jawi.

                       Kami mendapati pencapaian pelajar adalah sangat lemah dalam jawi
          berdasarkan pre-test dan Ujian 1 yang telah dijalankan di dalam kelas. Melalui ujian
          tersebut didapati pencapaian pelajar adalah sangat lemah dalam bahagian
          menyambung huruf dan menulis perkataan dalam tulisan jawi.
7.1.2.Buku Latihan

                   Masalah pelajar dalam menguasai jawi juga dapat dikenalpasti apabila
kami               memeriksa buku latihan Jawi pelajar. Di sini kami mendapati bahawa:

            a)   Terdapat pelajar yang lansung tidak menulis suku kata jawi.

            b)   Ada pelajar yang tidak dapat menulis dengan cara yang betul.

            c)   Ada pelajar yang tidak menulis suku kata itu sehingga lengkap.

            d)    Ada pelajar yang menulis sehingga saya tidak dapat mengenal pasti
                 kalimah        apa yang telah ditulis.




  7.1.3. Bacaan spontan dalam kelas.

                   Semasa proses P&P di dalam kelas, kami telah meminta pelajar untuk
       membaca buku teks atau petikan mudah secara bergilir. Daripada pemerhatian yang
       telah dilakukan jumlah pelajar yang celik jawi adalah sangat sedikit. Melalui
       pemerhatian kami juga kebanyakkan pelajar tidak boleh menyebut malahan pelajar
       juga tidak boleh membaca teks yang telah diberikan.




  7.1.4.Sikap dan Minat.

                     Hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan, ianya menunjukan
       pelajar-pelajar ini tidak berminat untuk mempelajari jawi. Ini kerana pelajar
       berpendapat bahawa adalah sangat sukar untuk dipeljari dan inaya tidak penting
       berbanding kemahiran-kemahiran lain. Selain daripada itu hasil pemerhatian juga
       menunjukkan pelajar tidak menggunakan masa yang terluang dengan sebaik-
       baiknya untuk mempelajari kemahiran jawi walaupun pelajar sedar akan kekurangan
       dan kelemahan diri masing-masing.




   7.1.5.Peranan Ibu Bapa
Melalui pemerhatian juga didapati pelajar lemah dalam penguasaan jawi
          disebabkan oleh faktor ibu bapa. Kesedaran ibu bapa dalam membantu anak-anak
          mereka menguasai jawi adalah sangat kurang. Tambahan pula, terdapat pelajar
          yang tidak pernah dihantar belajar di sekolah agama oleh ibu bapa. Sebagai ibu
          bapa, mereka perlulah menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama             yang
          kebiasaannya terdapat pada waktu petang sejak di peringkat rendah lagi. Ini penting
          untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari jawi dan untuk memastikan pelajar
          mendapat kemahiran asas jawi daripada awal lagi. Pelajar-pelajar yang dihantar ke
          sekolah agama, secara tidak langsung akan lebih cekap dalam menguasai jawi
          apabila belajar di sekolah.




8.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

      Setelah membuat pemerhatian di atas permasalahan yang dihadapi oleh pelajar, kami
telah menjalankan beberapa kaedah yang dianggap bersesuaian untuk memastikan pelajar-
pelajar mendapat menguasai jawi dengan sebaik-baiknya.




   8.1.Kaedah flash card/carta.

             Kaedah flash card ataupun dikenali juga sebagai carta adalah kaedah dimana
      guru akan menunjukkan flash card/ carta yang mana mempunyai tulisan jawi yang
      sangat jelas dan menarik. Setelah itu guru tersebut akan menyebut satu persatu dan
      akan diikuti oleh pelajar beramai-ramai dan juga secara individu. Flash card/ carta yang
      jelas dan interaktif akan menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan terhadap apa
      yang diajar oleh guru.




   8.2.Kaedah tekap.

              Kaedah ini pula dilakukan dengan cara guru akan mengedarkan suku kata
       tertutup ynag mempunyai tulisan jawi kepada pelajar-pelajar. Setelah itu, guru akan
       mengarahkan pelajar untuk menekap tulisan guru tersebut. Pada masa yang sama,
       guru akan memegang tangan murid untuk menekap tulisan jawi itu dengan cara yang
betul. Manakala pelajar pula akan mengikut kaliamh itu berulang-ulang kali sehingga
    tamat.




8.3.Tunjukcara




             Kaedah ini adalah salah satu cara yang digunakan untuk meningkatkan
   penguasaan pelajar dalam jawi. Teknik yang dilakukan adalah di mana, guru akan
   mengajar pelajar menulis jawi di udara. Guru akan menunjukan cara menulis jawi
   dengan cara yang betul di udara. Setelah itu guru akan menyuruh pelajar-pelajar
   mengangkat tangan sehingga ke paras bahu dan menggunakan jari telunjuk menulis
   huruf itu di udara. Di samping itu, kami juga meminta pelajar menulis di hadapan kelas
   secara bergilir-gilir.




8.4.Rakan bantu rakan (R&R)

             Teknik pertama yang dilakukan dalam kaedah ini adalah dengan mengenal pasti
   kebolehan pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar yang dikenal pasti mempunyai
   penguasaan jawi yang lebih baik akan dilantik menjadi ketua. Dalam kaedah ini ketua
   yang dilantik akan diberikan tugas. Tugas tersebut adalah memastikan arahan yang
   disampaikan oleh guru difahami dan dikuasai sepenuhnya oleh anak buah mereka.
   Sebagai seorang ketua, mestilah bertanggungjawab untuk melaporkan prestasi dan
   hasil daripada setiap aktiviti yang dijalankan yang mana merangkumi:

      a) Penggunaan buku Kaedah Cepat Jawi 1 & 2.

      b) Penggunaan buk Kaedah Mudah Jawi

      c) Akhbar dalam darjah- penggunaan akhabar Sisipan Jawi di dalam suratkhabar

          Utusan Malaysia pada setipa hari Isnin.

      d) Power-point Jawi.

      e) Bahan-bahan riso.
9.0 JADUAL PERLAKSANAAN



                                                        TEMPOH
     BIL.                     AKTIVITI                                   CATATAN
                                                     PERLAKSANAAN

            Mengenal pasti masalah dan mengumpul
      1.
            data awal.                               18 Julai 2011

      2.    Merancang Tindakan                       25 Julai 2011

      3.    Menulis proposal kajian                  29 Julai 2011

      4.    Melaksanakan tindakan (aktiviti 1)        1 Ogos 2011

            Membincangkan masalah yang timbul        12 Ogos 2011
      5.
            dalam tindakan aktiviti 1

      6.    Melaksanakan tindakan (aktiviti 2 & 3)   15 Ogos 2011

            Membincangkan masalah yang timbul         5 September 2011
      7.
            dalam tindakan aktiviti 2 & 3

      8.    Melaksanakan tindakan (aktiviti 4)       12 September 2011

            Membincangkan masalah yang timbul        30 September 2011
      9.
            dalam tindakan aktiviti 4

     10.    Ujian untuk mengesan pencapaian           6 Oktober 2011

     11.    Refleksi Kajian                          14 Oktober 2011

     12.    Menulis Laporan Kajian                   17 Oktober 2011
13.   Pembentangan Dapatan Kajian                31 Oktober 2011




10. KOS PERBELANJAAN



    BIL.         JENIS BAHAN              KUANTITI X HARGA           JUMLAH KOS
                                               SEUNIT

    1.     Kertas A4                           5 x RM 8.00              RM 40.00

    2.     Printer Cartridge                   1 x RM 85.00             RM 85.00

    3.     Fotostat Bahan                                               RM 50.00

    4.     Buku Catatan Guru                   1 x RM 2.00              RM 2.00

    5.     Kad Manila                         10 x RM 0.50              RM 5.00

    6.     Kertas Warna                        8 x RM 1.00              RM 8.00

    7.     Alat tulis dan Marker Pen                                    RM 10.00

                               JUMLAH                                  RM 200.00




8. PENUTUP




Berbekalkan keazaman, usaha, komitmen dan kesabaran yang tinggi serta pelbagai aktiviti yang
dirancang ini diharap dapat menarik dan memupuk minat pelajar untuk menguasai penulisan jawi yang
merupakan khazanah bangsa yang sangat berharga.
 KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)

More Related Content

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R)

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN: CELIK JAWI – MENGENAL, MEMBACA DAN MENULIS PERKATAAN JAWI MUDAH DENGAN KAEDAH BAHAN DAN RAKAN BANTU RAKAN (R&R) BAGI PELAJAR TINGKATAN 1 EFISIEN NAMA SEKOLAH: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SAGOR, 36 700 LANGKAP, PERAK. KPR 4063 : KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN KUMPULAN : B AHLI KUMPULAN: NURHIDAYAH BT HAMZAH L20111006521 SUHANA ZURYATI BT KAMALUDDIN L20111006530 ZULYANEI BT BADOLDIN L20111006526 ZURINA BT MOHAMED ARSHAD L20111006518
  • 2. 1.0 PENGENALAN Kami telah membuat pemerhatian terhadap keputusan dan pencapaian akademik mata pelajaran Pendidikan Islam pelajar Tingkatan 1 Efisien, Dato' Sagor, adalah salah sebuah sekolah di kawasan Langkap, Perak. Pelajar yang terlibat sebagai sampel kajian adalah seramai 30 orang dipilih secara rawak daripada 40 orang pelajar dalam kelas 1 Efisien melibatkan 5 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. Masalah yang dikenalpasti adalah kurangnya kemahiran penggunaan tulisan jawi dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Dari pemerhatian yang telah dilakukan, pelajar kurang berminat untuk belajar jawi dan kurang menumpukan perhatian sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kami telah menemuduga guru matapelajaran Pendidikan Islam tentang isu ini serta pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Berdasarkan rekod keputusan Ujian 1, didapati bahawa Jawi merupakan kelemahan pelajar yang begitu ketara. Oleh itu, untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengenal, membaca dan menulis Jawi, kami merangkan satu pelan tindakan yang dikenali sebagai Rakan Bantu Rakan (R&R) dan juga menggunakan alat bantu mengajar yang lebih menarik bagi membolehkan pelajar lebih berminat untuk mempelajari tulisan Jawi. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Berdasarkan rekod Ujian 1 yang dijalankan, didapati bahawa pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya tulisan Jawi adalah sangat rendah. Guru matapelajaran menyatakan bahawa mereka tidak celik jawi dan mereka tidak boleh menulis jawi walaupun perkataan jawi mudah. Malahan ada yang tidak mengenal langsung huruf jawi. Berdasarkan pemerhatian dan temuramah, pelajar mengatakan bahawa susah untuk menguasai bahasa jawi. Kemungkinan guru menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik. Keadaan di dalam kelas dan persekitaran kawasan sekolah juga tidak mesra jawi. Kemungkinan juga pengaruh keluarga, rakan-rakan dan sistem pendidikan yang kurang memberi penekanan terhadap penguasaan bahasa jawi memburukkan lagi keadaan.
  • 3. 3.0 RASIONAL KAJIAN Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana bahasa jawi adalah bahasa Al-Quran. Ia tidak kurang pentingnya dengan bahasa lain. Jika masalah ini tidak ditangani, ia akan menyebabkan pelajar tidak celik Al-Quran seterusnya menyukarkan pelajar dalam hafazan. Kaedah yang sesuai perlu diterapkan supaya pelajar boleh sekurang-kurangnya menguasai jawai mudah atau celik jawi agar warisan kesenian Islam ini tidak pupus ditelan zaman. Secara rasionalnya, kajian ini dilakukan kerana pencapaian pelajar Tingkatan 1 Efisien dalam matapelajaran Pendidikan Islam amat rendah. Secara tidak langsung akan memberi kesan yang negatif terhadap pelajar dan sekolah itu sendiri. Jika kajian ini berjaya dilaksanakan sekurang-kurangnya dapat membantu pihak sekolah dalam menangani masalah ini seterusnya semua pihak dapat mengetahui kepentingan bahasa dan tulisan jawi ini. 4.0 FOKUS KAJIAN Melalui kajian ini, kami akan memfokuskan kepada kemahiran mengenal huruf, membaca dan menulis satu dan dua suku kata terbuka dan tertutup dalam tulisan jawi. Ini kerana kebanyakan pelajar tidak mengenal langsung huruf jawi menyebabkan pelajar kurang berminat untuk belajar jawi. 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar dapat mencapai objektif berikut: 5.1 Objektif umum Pelajar dapat mengenal huruf, mengeja dan menulis perkataan dalam tulisan jawi dengan mudah.
  • 4. 5.2 Objektif khusus i. Untuk menarik minat pelajar mempelajari bahasa jawi. ii. Membantu pelajar dapat mengenal huruf jawi. iii. Membantu pelajar mengetahui cara menyambung huruf dengan cara yang betul. iv. Membantu pelajar membezakan huruf yang boleh disambung dengan huruf yang tidak boleh disambung. v. Membantu pelajar mengeja satu dan dua suku kata dalam tulian jawi dengan betul. vi. Membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas. 6.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 30 orang daripada 40 orang pelajar dalam Tingkatan1 Efisien. Pelajar itu terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 15 orang murid perempuan. 7.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN Sebelum langkah-langkah yang seterusnya di ambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan awal masalah yang dikenalpasti akan di buat untuk memahami dengan lebih mendalam masalah ini. Tinjauan dilakukan dengan mengumpul data seperti berikut: 7.1 TINJAUAN AWAL MASALAH 7.1.1. Pre-Test Jawi. Kami mendapati pencapaian pelajar adalah sangat lemah dalam jawi berdasarkan pre-test dan Ujian 1 yang telah dijalankan di dalam kelas. Melalui ujian tersebut didapati pencapaian pelajar adalah sangat lemah dalam bahagian menyambung huruf dan menulis perkataan dalam tulisan jawi.
  • 5. 7.1.2.Buku Latihan Masalah pelajar dalam menguasai jawi juga dapat dikenalpasti apabila kami memeriksa buku latihan Jawi pelajar. Di sini kami mendapati bahawa: a) Terdapat pelajar yang lansung tidak menulis suku kata jawi. b) Ada pelajar yang tidak dapat menulis dengan cara yang betul. c) Ada pelajar yang tidak menulis suku kata itu sehingga lengkap. d) Ada pelajar yang menulis sehingga saya tidak dapat mengenal pasti kalimah apa yang telah ditulis. 7.1.3. Bacaan spontan dalam kelas. Semasa proses P&P di dalam kelas, kami telah meminta pelajar untuk membaca buku teks atau petikan mudah secara bergilir. Daripada pemerhatian yang telah dilakukan jumlah pelajar yang celik jawi adalah sangat sedikit. Melalui pemerhatian kami juga kebanyakkan pelajar tidak boleh menyebut malahan pelajar juga tidak boleh membaca teks yang telah diberikan. 7.1.4.Sikap dan Minat. Hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan, ianya menunjukan pelajar-pelajar ini tidak berminat untuk mempelajari jawi. Ini kerana pelajar berpendapat bahawa adalah sangat sukar untuk dipeljari dan inaya tidak penting berbanding kemahiran-kemahiran lain. Selain daripada itu hasil pemerhatian juga menunjukkan pelajar tidak menggunakan masa yang terluang dengan sebaik- baiknya untuk mempelajari kemahiran jawi walaupun pelajar sedar akan kekurangan dan kelemahan diri masing-masing. 7.1.5.Peranan Ibu Bapa
  • 6. Melalui pemerhatian juga didapati pelajar lemah dalam penguasaan jawi disebabkan oleh faktor ibu bapa. Kesedaran ibu bapa dalam membantu anak-anak mereka menguasai jawi adalah sangat kurang. Tambahan pula, terdapat pelajar yang tidak pernah dihantar belajar di sekolah agama oleh ibu bapa. Sebagai ibu bapa, mereka perlulah menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang kebiasaannya terdapat pada waktu petang sejak di peringkat rendah lagi. Ini penting untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari jawi dan untuk memastikan pelajar mendapat kemahiran asas jawi daripada awal lagi. Pelajar-pelajar yang dihantar ke sekolah agama, secara tidak langsung akan lebih cekap dalam menguasai jawi apabila belajar di sekolah. 8.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN Setelah membuat pemerhatian di atas permasalahan yang dihadapi oleh pelajar, kami telah menjalankan beberapa kaedah yang dianggap bersesuaian untuk memastikan pelajar- pelajar mendapat menguasai jawi dengan sebaik-baiknya. 8.1.Kaedah flash card/carta. Kaedah flash card ataupun dikenali juga sebagai carta adalah kaedah dimana guru akan menunjukkan flash card/ carta yang mana mempunyai tulisan jawi yang sangat jelas dan menarik. Setelah itu guru tersebut akan menyebut satu persatu dan akan diikuti oleh pelajar beramai-ramai dan juga secara individu. Flash card/ carta yang jelas dan interaktif akan menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru. 8.2.Kaedah tekap. Kaedah ini pula dilakukan dengan cara guru akan mengedarkan suku kata tertutup ynag mempunyai tulisan jawi kepada pelajar-pelajar. Setelah itu, guru akan mengarahkan pelajar untuk menekap tulisan guru tersebut. Pada masa yang sama, guru akan memegang tangan murid untuk menekap tulisan jawi itu dengan cara yang
  • 7. betul. Manakala pelajar pula akan mengikut kaliamh itu berulang-ulang kali sehingga tamat. 8.3.Tunjukcara Kaedah ini adalah salah satu cara yang digunakan untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam jawi. Teknik yang dilakukan adalah di mana, guru akan mengajar pelajar menulis jawi di udara. Guru akan menunjukan cara menulis jawi dengan cara yang betul di udara. Setelah itu guru akan menyuruh pelajar-pelajar mengangkat tangan sehingga ke paras bahu dan menggunakan jari telunjuk menulis huruf itu di udara. Di samping itu, kami juga meminta pelajar menulis di hadapan kelas secara bergilir-gilir. 8.4.Rakan bantu rakan (R&R) Teknik pertama yang dilakukan dalam kaedah ini adalah dengan mengenal pasti kebolehan pelajar-pelajar di dalam kelas. Pelajar yang dikenal pasti mempunyai penguasaan jawi yang lebih baik akan dilantik menjadi ketua. Dalam kaedah ini ketua yang dilantik akan diberikan tugas. Tugas tersebut adalah memastikan arahan yang disampaikan oleh guru difahami dan dikuasai sepenuhnya oleh anak buah mereka. Sebagai seorang ketua, mestilah bertanggungjawab untuk melaporkan prestasi dan hasil daripada setiap aktiviti yang dijalankan yang mana merangkumi: a) Penggunaan buku Kaedah Cepat Jawi 1 & 2. b) Penggunaan buk Kaedah Mudah Jawi c) Akhbar dalam darjah- penggunaan akhabar Sisipan Jawi di dalam suratkhabar Utusan Malaysia pada setipa hari Isnin. d) Power-point Jawi. e) Bahan-bahan riso.
  • 8. 9.0 JADUAL PERLAKSANAAN TEMPOH BIL. AKTIVITI CATATAN PERLAKSANAAN Mengenal pasti masalah dan mengumpul 1. data awal. 18 Julai 2011 2. Merancang Tindakan 25 Julai 2011 3. Menulis proposal kajian 29 Julai 2011 4. Melaksanakan tindakan (aktiviti 1) 1 Ogos 2011 Membincangkan masalah yang timbul 12 Ogos 2011 5. dalam tindakan aktiviti 1 6. Melaksanakan tindakan (aktiviti 2 & 3) 15 Ogos 2011 Membincangkan masalah yang timbul 5 September 2011 7. dalam tindakan aktiviti 2 & 3 8. Melaksanakan tindakan (aktiviti 4) 12 September 2011 Membincangkan masalah yang timbul 30 September 2011 9. dalam tindakan aktiviti 4 10. Ujian untuk mengesan pencapaian 6 Oktober 2011 11. Refleksi Kajian 14 Oktober 2011 12. Menulis Laporan Kajian 17 Oktober 2011
  • 9. 13. Pembentangan Dapatan Kajian 31 Oktober 2011 10. KOS PERBELANJAAN BIL. JENIS BAHAN KUANTITI X HARGA JUMLAH KOS SEUNIT 1. Kertas A4 5 x RM 8.00 RM 40.00 2. Printer Cartridge 1 x RM 85.00 RM 85.00 3. Fotostat Bahan RM 50.00 4. Buku Catatan Guru 1 x RM 2.00 RM 2.00 5. Kad Manila 10 x RM 0.50 RM 5.00 6. Kertas Warna 8 x RM 1.00 RM 8.00 7. Alat tulis dan Marker Pen RM 10.00 JUMLAH RM 200.00 8. PENUTUP Berbekalkan keazaman, usaha, komitmen dan kesabaran yang tinggi serta pelbagai aktiviti yang dirancang ini diharap dapat menarik dan memupuk minat pelajar untuk menguasai penulisan jawi yang merupakan khazanah bangsa yang sangat berharga.