1. 1
CONTOH AKTIVITI INTERVENSI
2.0 AKTIVITI PRABACAAN
Aktiviti prabacaan terbahagi kepada tiga iaitu melaksanakan aktiviti pengamatan
penglihatan aktiviti pengamatan pendengaran dan juga aktiviti mata dan tangan.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam prabacaan.Antaranya
ialah:
2.1 Aktiviti Pengamatan Pendengaran
Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1:
Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam
perbezaan bunyinya.
Bahan:
Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi
seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu.
2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid
mendengarnya.
3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan
sama ada bunyi benda itu sama atau tidak.
4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita
rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.
Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2:
Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir,
air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak.
2. 2
Bahan:
Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang,
angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat
disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman.
2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid
menyatakan jenis bunyi itu.
3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi
yang dinyatakan.
2.2 Aktiviti Pengamatan Penglihatan
Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1:
Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan
saiz.
Bahan:
Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain.
Aktiviti Murid:
Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini
dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.
Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 :
Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan
kenyataan atau di buku skrap kelas.
Bahan:
Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang
tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis.
3. 3
Aktiviti Guru/Murid:
1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan
hidup.
2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai
respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru.
3. Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan
kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan
lain-lain.
4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap
mengikut tajuk tertentu.
. 2.3 Aktiviti Pergerakan Tangan Dan Mata
Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 :
Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.
Bahan:
Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas.
Aktiviti Guru/Murid:
1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai
contoh.
2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk
benda atau model yang disukainya.
3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.
Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2:
Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke
bawah untuk membolehkan membentuk huruf.
Bahan:
4. 4
Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera,
bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah
yang dibuat dengan garisan putus-putus.
Aktiviti Murid:
1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri
ke kanan dan sebagainya.
2. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan
tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan
sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.
3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.
3.0 AKTIVITI PRATULISAN
3.1 Aktiviti Pergerakan Jari, Tangan dan Mata
3.2 Aktiviti Membuat Corak, Menyambung Titik, Memadamkan Bentuk.
3.3 Aktiviti Membentuk Huruf
4. dengan air dengan
tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan
sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan.
5. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.
4.0 AKTIVITI PEMULIHAN MEMBACA
Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran
fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan
penerimaan akustik yang berbeza. Pengajaran bunyi vokal, diftong, dan
konsonan juga perlulah ditekankan. Justeru, guru perlu mengajarkan alat-alat
sebutan bunyi seperti bibir, gigi , gusi, lelangit keras, lelangit lembut , anak tekak ,
lidah, rongga tekak dan juga rongga mulut.
5. 5
5.0 AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN
Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan
pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan
dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan
bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Oleh sebab itu, maka usaha
pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid
tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga,
penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi,
seperti pada umur empat tahun setengah.Latihan permulaan untuk kanak-kanak
kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Antara langkah-langkah yang
dibuat untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:
1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi
pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa
mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam
besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun.
2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan
bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. Pensil harus dipegang
dengan ibu jari dan jari telunjuk.
3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan
ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan
senang dan selesa.
4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan
mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukannya.
5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta,
jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di
kedudukan yang betul.