4. DALAM MAHKAMAH SESYEN KAJANG
(BERSIDANG DI SHAH ALAM)
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
5. Korum/Hakim: Puan Suzana Bte Husin
Timbalan Pendakwa Raya: Ridha Abdah Bin Subri, Siti Balkiah
Bte Abd Yazaid
D/C : En Aminuddin Bin Hj Mohd Ramli
OKT :MOHD AZIZI BIN MOHD VELLO
(pembantu operasi rumah kebajikan)
MOHD SHUHAIDI BIN MOHAMAD
(guru agama)
6. Pertuduhan
Bahawa kamu bersama-sama pada 26 Jun 2008 jam lebih kurang 11.00
pagi di Rumah Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID), beralamat
No. 9, Jalan Sentosa Batu 14, Hulu Langat, Kajang, di dalam daerah Hulu
Langat, Negeri Selangor dengan niat bersama sepertimana di takrifkan di
bawah s. 34 Kanun Keseksaan telah melakukan homosid salah tidak
terjumlah kepada bunuh ke atas MEGAT MOHD. AMIRUL ADHA BIN
SOBRI KP: 850827-07-5571 dengan memukulnya dengan kaki dan
tangan dan kamu mengetahui bahawa perbuatan itu mungkin menyebabkan
kematian. Dengan itu, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh
di hukum di bawah s. 304(a) Kanun yang sama
7. Keputusan/Hukuman:
Di akhir kes pembelaan, Puan Hakim telah memutuskan bahawa
pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah
terhadap kes pendakwaan.
Oleh itu, kedua-dua OKT telah di sabitkan sepertimana
pertuduhan.
Puan Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dari
tarikh sabitan kepada kedua-dua OKT.
8. Puan Hakim juga membenarkan permohonan kedua-dua OKT
untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman penjara dengan
jaminan sebanyak RM35,000 dengan seorang penjamin bagi
OKT1 dan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi
OKT2.
Syarat lain kedua-dua OKT perlulah melaporkan diri mereka ke
Balai Polis yang terdekat pada setiap hari Isnin pertama setiap
bulan.
9. Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika
sabit kesalahan.
Terdahulu Peguam Aminuddin Mohd Ramli yang mewakili kedua-
dua tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan
berikutan anak guamnya penanggung tunggal keluarga mereka.
10. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ridha Abdah Subri
memohon hukuman berat berikutan keterangan menunjukkan
perbuatan kejam tertuduh mengakibatkan kematian mangsa.
Katanya, mangsa dihadapkan ke tribunal oleh tertuduh sebelum
dipukul berkali-kali atas alasan lari dari rumah kebajikan itu.
11. Rayuan mereka untuk mengurangkan hukuman penjara gagal
kerana menyebabkan kematian seorang penghuni PERKID.
Sebaliknya hukuman untuk kedua-dua tertuduh masing-masing
ditambah daripada 15 kepada 20 tahun penjara.
Keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk
Nurcahaya Arshad.
14. Pada 26 Jun 2008, pada jam lebih kurang 8.00 pagi mangsa telah
di bawa ke Balai Polis Bt 14 untuk melaporkan diri di bawah
perintah pengawasan di bawah Seksyen 6 Akta Penagih Dadah
(Rawatan & Pemulihan) 1998.
Setelah melaporkan diri, mangsa telah melarikan diri namun dapat
di tangkap semula oleh kakitangan PERKID.
15. Mangsa seterusnya di bawa balik ke PERKID oleh OKT1 dan
OKT2 dengan menaiki van PERKID.
Walaubagaimanapun, pada jam lebih kurang 9.00pagi dalam
perjalanan pulang ke PERKID, OKT1 dan OKT2 mendakwa van
yang mereka naiki rosak kerana mengalami overheating dan
terpaksa berhenti di tepi jalan yang dikenali sebagai Corner
Wong.
Ketika mereka cuba membaiki van tersebut, mangsa sekali lagi
melarikan diri masuk ke dalam hutan berhampiran sebuah tempat
bernama Rose Cottage.
16. Pada jam lebih kurang 10.00pagi, OKT2 menjumpai mangsa
semula di sebuah kampung bernama Kampung Darul Hidayah dan
seterusnya bersama OKT1 membawa pulang mangsa ke PERKID.
Pada jam lebih kurang 10.30 pagi mangsa bersama OKT1 dan
OKT2 telah sampai di Rumah Sahabat PERKID.
Menurut keterangan saksi-saksi pendakwaan OKT2 telah
mengarahkan menjalani sebuah sesi tribunal sebagai hukuman
terhadap mangsa yang cuba melarikan diri.
17. OKT2 telah mengarahkan anak-anak bina hampir 50-60 orang
untuk merotan dan memukul mangsa.
Malah OKT2 juga telah memaksa anak-anak bina untuk memukul
mangsa, jika mereka enggan mereka pula yang akan dirotan atau
dipukul.
Selain itu, berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi
pendakwaan, OKT2 dan OKT1 turut memukul dan merotan
mangsa di bahagian kaki, badan dan kepala mangsa.
18. Setelah sesi tribunal tersebut selesai, mangsa telah dimasukkan ke
dalam bilik Detox pada jam lebih kurang 1.00petang.
Terdapat keterangan bahawa mangsa juga dipukul dan dirotan di
dalam bilik detox oleh OKT1 dan pada waktu Asar mangsa telah
didapati tidak sedarkan diri.
Mangsa telah di bawa ke Hospital Ampang oleh OKT2 bersama
kakitangan PERKID.
19. Di Hospital mangsa telah disahkan meninggal dunia.
Postmortem telah dijalankan ke atas mayat mangsa dan disahkan
mengsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala
disebabkan blunt force trauma.