ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
PENULISAN JURNAL
MINGGU 4 ( 21 FEBRUARI 2011 – 25 FEBRUARI 2011 )



KEMAHIRAN MENULIS NAMA SENDIRI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH




1.      Isu / Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru sepanjang minggu ini agak
memberansangkan kerana setiap aktiviti dapat dilakukan mengikut perancangan yang telah
dibuat dengan teliti dan mengikut fokus dan objektif yang ingin dicapai. Penglibatan murid pula
amat menggalakkan terutamanya dalam aktiviti nyanyian. Walau bagaimanapun, saya
mendapati satu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah, iaitu ramai antara
mereka yang tidak menulis nama pada hasil kerja masing-masing. Berdasarkan kepada
pemerhatian, kanak-kanak berkenaan tidak menulis nama pada hasil kerja disebabkan mereka
tidak pandai menulis nama mereka sendiri walaupun semuanya sudah pandai memegang
pensil dan mengenal huruf a hingga z.

        Buku Rekod Profil Murid yang dikeluarkan pada tahun 2009 ada menyenaraikan
kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid pada awal semester tahun persekolahan, salah
satu daripada kemahiran tersebut adalah kemahiran menulis nama sendiri. Kemahiran ini
adalah penting bagi memupuk nilai kendiri murid dan awal permulaan bagi murid mengenali diri
mereka sendiri. Disamping itu, ia akan memudahkan guru memeriksa hasil kerja yang telah
dilakukan oleh murid bagi membuat penilaian dan penaksiran secara berterusan.




2.      Analisis

Pemerhatian telah dilakukan disepanjang minggu ini dan minggu yang sebelumnya. Berikut
merupakan hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan ;

     a. Empat orang murid dapat menulis nama dengan betul, iaitu mengikut ejaan dan huruf
        yang betul tetapi tidak kemas.
b. Ada murid yang sudah menguasai kemahiran memegang pensel tetapi tidak dapat
        mengenal ejaan nama mereka walaupun sudah mengenal huruf a hingga z.
     c. Guru memakan masa yang banyak dalam membina garisan putus-putus untuk
        membantu murid menulis nama pada hasil kerja mereka.
     d. Ada murid yang menulis pada ruangan nama tetapi ejaan tersebut bukan nama mereka
        sendiri melainkan susunan huruf secara rawak (free-alphabet writing).
     e. Apabila guru memberi arahan untuk menulis nama, kanak-kanak yang belum pandai
        menulis nama akan meminta bantuan rakan yang sudah mahir untuk menulis nama
        mereka.

Berdasarkan pemerhatian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kemahiran menulis nama
sendiri ini amat penting dalam memupuk nilai kendiri murid iaitu bukan sahaja mengenal nama
mereka malah juga tahu menulis nama mereka pada hasil kerja masing-masing. Hal ini secara
tidak langsung membantu kanak-kanak menghargai diri mereka dengan mengenal dan menulis
nama mereka sendiri. Guru pula membuang masa untuk menilai hasil kerja murid yang lain
dengan membantu golongan murid yang belum pandai menulis nama sendiri dengan membina
garisan putus-putus pada ruangan nama. Ini mengakibatkan proses penilaian dan penaksiran
secara berterusan tidak dapat berjalan dengan licin dan lancar.

        Guru tidak dapat memeriksa hasil kerja murid secara terus (on the spot) selepas murid
menyiapkan kerja mereka kerana kekangan masa untuk slot yang seterusnya. Oleh itu guru
menghadapi kesukaran mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran kanak-kanak apabila tiba
waktu memeriksa hasil kerja murid pada akhir tempoh persekolahan kerana hasil kerja tidak
dapat dikenalpasti (unknown).




3.      Cadangan Untuk Memperbaiki

Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolaborasi dengan guru
pembimbing dan berbincang mengenai hal ini. Hasil daripada kolaborasi tersebut, guru
pembimbing juga bersetuju dengan masalah menulis nama dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah. Berdasarkan pengalaman yang lalu, guru pembimbing mencadangkan agar latihan
menulis nama dilakukan pada setiap awal pagi sebaik sahaja murid sampai dalam bilik darjah.
Saya berpendapat bahawa kaedah latih tubi ini dapat membantu kanak-kanak untuk menulis
nama mereka dalam setiap kerja yang diberikan.
Edwars L.Thorndike (1889), yang telah mengemukakan Teori Pelaziman Operan
menyatakan bahawa semakin banyak latihan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi
gerak balas tertentu dengan rangsangan berkaitan. Hal ini terbukti dalam kajiannya yang
menggunakan beberapa jenis haiwan seperti kucing. Daripada kajiannya ini, beliau berjaya
membentuk tiga hukum pembelajaran dan salah satunya adalah Hukum Latihan. Thorndike
percaya bahawa sekiranya latih tubi berlaku, kesan terhadap sesuatu pembelajaran dapat
dilihat dalam jangka masa panjang, pendek kata kaedah latihan berulang-ulang (latih tubi) ini
membantu dalam mengukuhkan sesuatu kemahiran yang dipelajari.




4.      Tempoh Masa

Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sehingga semua murid dapat
menulis nama mereka sendiri pada lembaran kerja yang diberikan.




5.      Tindakan Susulan

Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah
menulis nama ;

     a. Menyediakan lembaran menulis nama bagi semua murid.
     b. Mengarahkan murid menulis nama sendiri pada lembaran yang diberikan pada setiap
        awal pagi sebelum rutin bermula ataupun pada renggangan masa selepas waktu rehat.
     c. Latihan menulis nama ini akan dijalankan setiap hari sehingga semua murid boleh
        menulis nama mereka pada lembaran kerja yang diberikan.
     d. Bagi mengenalpasti sama ada kemahiran ini sudah dikuasai, guru memberikan name-
        tag yang kosong kepada semua murid dan meminta mereka menulis nama mereka
        masing-masing dengan ejaan yang betul dan kemas.
     e. Setiap murid yang sudah boleh menulis nama dengan betul dan kemas akan diberikan
        ganjaran berupa hadiah, token ataupun pujian.
6.     Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kemahiran menulis nama ini adalah merupakan satu kemahiran yang
penting dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah pada sesi awal semester persekolahan lagi. Ini
bukan sahaja dapat melicinkan dan melancarkan proses penilaian dan penaksiran yang
dilakukan oleh guru, tetapi juga penting bagi kanak-kanak mengenal dan menghargai diri
mereka melalui tulisan nama sendiri. Penilaian akan mudah dijalankan secara terus apabila
waktu mengajar tamat, dan guru tidak perlu mengingat semula siapa kanak-kanak yang telah
menyiapkan hasil kerja dengan mengecam tulisan atau karya yang mereka lakukan.

       Sebagai seorang guru pelatih, saya menyedari bahawa hal ini adalah satu aspek yang
perlu diambil kira ketika mula semester satu persekolahan. Ia bukan sahaja membantu murid
menguasai kemahiran menulis tetapi juga membantu murid dalam kemahiran membaca nama
mereka sendiri. Pendek kata ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’, amalan yang baik perlu
diteruskan dan kelemahan itu diperbaiki demi kecemerlangan dan kegemilangan generasi bakal
pemimpin.




Disediakan oleh ;

©JJ2011
Guru Praktikum.

More Related Content

CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

  • 1. PENULISAN JURNAL MINGGU 4 ( 21 FEBRUARI 2011 – 25 FEBRUARI 2011 ) KEMAHIRAN MENULIS NAMA SENDIRI DALAM KALANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH 1. Isu / Masalah Proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru sepanjang minggu ini agak memberansangkan kerana setiap aktiviti dapat dilakukan mengikut perancangan yang telah dibuat dengan teliti dan mengikut fokus dan objektif yang ingin dicapai. Penglibatan murid pula amat menggalakkan terutamanya dalam aktiviti nyanyian. Walau bagaimanapun, saya mendapati satu masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak prasekolah, iaitu ramai antara mereka yang tidak menulis nama pada hasil kerja masing-masing. Berdasarkan kepada pemerhatian, kanak-kanak berkenaan tidak menulis nama pada hasil kerja disebabkan mereka tidak pandai menulis nama mereka sendiri walaupun semuanya sudah pandai memegang pensil dan mengenal huruf a hingga z. Buku Rekod Profil Murid yang dikeluarkan pada tahun 2009 ada menyenaraikan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid pada awal semester tahun persekolahan, salah satu daripada kemahiran tersebut adalah kemahiran menulis nama sendiri. Kemahiran ini adalah penting bagi memupuk nilai kendiri murid dan awal permulaan bagi murid mengenali diri mereka sendiri. Disamping itu, ia akan memudahkan guru memeriksa hasil kerja yang telah dilakukan oleh murid bagi membuat penilaian dan penaksiran secara berterusan. 2. Analisis Pemerhatian telah dilakukan disepanjang minggu ini dan minggu yang sebelumnya. Berikut merupakan hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan ; a. Empat orang murid dapat menulis nama dengan betul, iaitu mengikut ejaan dan huruf yang betul tetapi tidak kemas.
  • 2. b. Ada murid yang sudah menguasai kemahiran memegang pensel tetapi tidak dapat mengenal ejaan nama mereka walaupun sudah mengenal huruf a hingga z. c. Guru memakan masa yang banyak dalam membina garisan putus-putus untuk membantu murid menulis nama pada hasil kerja mereka. d. Ada murid yang menulis pada ruangan nama tetapi ejaan tersebut bukan nama mereka sendiri melainkan susunan huruf secara rawak (free-alphabet writing). e. Apabila guru memberi arahan untuk menulis nama, kanak-kanak yang belum pandai menulis nama akan meminta bantuan rakan yang sudah mahir untuk menulis nama mereka. Berdasarkan pemerhatian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kemahiran menulis nama sendiri ini amat penting dalam memupuk nilai kendiri murid iaitu bukan sahaja mengenal nama mereka malah juga tahu menulis nama mereka pada hasil kerja masing-masing. Hal ini secara tidak langsung membantu kanak-kanak menghargai diri mereka dengan mengenal dan menulis nama mereka sendiri. Guru pula membuang masa untuk menilai hasil kerja murid yang lain dengan membantu golongan murid yang belum pandai menulis nama sendiri dengan membina garisan putus-putus pada ruangan nama. Ini mengakibatkan proses penilaian dan penaksiran secara berterusan tidak dapat berjalan dengan licin dan lancar. Guru tidak dapat memeriksa hasil kerja murid secara terus (on the spot) selepas murid menyiapkan kerja mereka kerana kekangan masa untuk slot yang seterusnya. Oleh itu guru menghadapi kesukaran mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran kanak-kanak apabila tiba waktu memeriksa hasil kerja murid pada akhir tempoh persekolahan kerana hasil kerja tidak dapat dikenalpasti (unknown). 3. Cadangan Untuk Memperbaiki Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolaborasi dengan guru pembimbing dan berbincang mengenai hal ini. Hasil daripada kolaborasi tersebut, guru pembimbing juga bersetuju dengan masalah menulis nama dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Berdasarkan pengalaman yang lalu, guru pembimbing mencadangkan agar latihan menulis nama dilakukan pada setiap awal pagi sebaik sahaja murid sampai dalam bilik darjah. Saya berpendapat bahawa kaedah latih tubi ini dapat membantu kanak-kanak untuk menulis nama mereka dalam setiap kerja yang diberikan.
  • 3. Edwars L.Thorndike (1889), yang telah mengemukakan Teori Pelaziman Operan menyatakan bahawa semakin banyak latihan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas tertentu dengan rangsangan berkaitan. Hal ini terbukti dalam kajiannya yang menggunakan beberapa jenis haiwan seperti kucing. Daripada kajiannya ini, beliau berjaya membentuk tiga hukum pembelajaran dan salah satunya adalah Hukum Latihan. Thorndike percaya bahawa sekiranya latih tubi berlaku, kesan terhadap sesuatu pembelajaran dapat dilihat dalam jangka masa panjang, pendek kata kaedah latihan berulang-ulang (latih tubi) ini membantu dalam mengukuhkan sesuatu kemahiran yang dipelajari. 4. Tempoh Masa Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah sehingga semua murid dapat menulis nama mereka sendiri pada lembaran kerja yang diberikan. 5. Tindakan Susulan Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah menulis nama ; a. Menyediakan lembaran menulis nama bagi semua murid. b. Mengarahkan murid menulis nama sendiri pada lembaran yang diberikan pada setiap awal pagi sebelum rutin bermula ataupun pada renggangan masa selepas waktu rehat. c. Latihan menulis nama ini akan dijalankan setiap hari sehingga semua murid boleh menulis nama mereka pada lembaran kerja yang diberikan. d. Bagi mengenalpasti sama ada kemahiran ini sudah dikuasai, guru memberikan name- tag yang kosong kepada semua murid dan meminta mereka menulis nama mereka masing-masing dengan ejaan yang betul dan kemas. e. Setiap murid yang sudah boleh menulis nama dengan betul dan kemas akan diberikan ganjaran berupa hadiah, token ataupun pujian.
  • 4. 6. Kesimpulan Secara kesimpulannya, kemahiran menulis nama ini adalah merupakan satu kemahiran yang penting dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah pada sesi awal semester persekolahan lagi. Ini bukan sahaja dapat melicinkan dan melancarkan proses penilaian dan penaksiran yang dilakukan oleh guru, tetapi juga penting bagi kanak-kanak mengenal dan menghargai diri mereka melalui tulisan nama sendiri. Penilaian akan mudah dijalankan secara terus apabila waktu mengajar tamat, dan guru tidak perlu mengingat semula siapa kanak-kanak yang telah menyiapkan hasil kerja dengan mengecam tulisan atau karya yang mereka lakukan. Sebagai seorang guru pelatih, saya menyedari bahawa hal ini adalah satu aspek yang perlu diambil kira ketika mula semester satu persekolahan. Ia bukan sahaja membantu murid menguasai kemahiran menulis tetapi juga membantu murid dalam kemahiran membaca nama mereka sendiri. Pendek kata ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’, amalan yang baik perlu diteruskan dan kelemahan itu diperbaiki demi kecemerlangan dan kegemilangan generasi bakal pemimpin. Disediakan oleh ; ©JJ2011 Guru Praktikum.