1. Corak terancang ialah corak yang dihasilkan di atas
kertas dan ianya adalah dirancang mengikut susunan
tertentu dan kreativiti masing-masing. Corak terancang
biasanya diulang beberapa kali untuk menghasilkan corak
yang menarik. Di antara corak terancang ialah tapak catur,
jatuh separa, berdiri, batu batan, selang seli, serong dan
sebagainya.