際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
SENI TEMBIKAR, UKIR DAN
TENUNAN
 Seni tembikar (Seramik) adalah sejenis barang hiasan
yang dibuat dari tanah liat bakar seperti pasu/vas, set
makan dan sebagainya. Ia dihasilkan untuk memenuhi
keperluan harian masyarakat.
 Seni ukir pula adalah seni kraftangan yang dibuat pada
kayu, logam (emas, perak dan tembaga), tanduk atau
batu. Ia dihasilkan sebagai pelengkap kepada gaya
penampilan dan personaliti seseorang.
 Kain adalah hasil tenunan yang biasanya dibuat dari
bahan benang kapas dan benang sutera. Harga tenunan
benang sutera lebih mahal daripada tenunan benang
kapas. Seni sulam turut berkembang selari dengan
perkembangan tenunan.
SENI TEMBIKAR
 Selain masyarakat di Cina, masyarakat Iran di Nishapur dan
Samarqand juga terkenal dengan kemahiran mereka membuat
tembikar. Hasil kerja tangan mereka mempunyai mutu yang tinggi
kerana kemahiran ini telah mereka miliki sejak zaman kerajaan
Samaniyah menguasai Iran.
 Kehalusan pada seni tembikar karya masyarakat Islam terletak
kepada jenis bahan yang digunakan, reka bentuk (design)nya serta
motif atau corak yang menghiasinya.
 Biasanya bahan yang digunakan ialah tanah liat. Sementara
bentuknya pula ada yang bulat silinder, bersegi, bertangkai,
berlubang dan sebagainya. Pelbagai motif seperti tumbuh足
tumbuhan, haiwan, alam, tulisan khat dan sebagainya menjadi
hiasan yang diperindahkan lagi dengan penggunaan warna足warna
yang menarik.
 Di antara contoh seni seramik adalah sebuah mangkuk dari
Samarra abad 19 yang menggunakan motif alam sebagai hiasan.
SENI UKIR
 Ukiran dapat memperindahkan lagi sesuatu
bentuk bahan yang diukir di atasnya. Misalnya,
memperindahkan permukaan kayu pada
sesebuah dinding, daun pintu, tingkap, tangga,
pagar dan perhiasan足perhiasan lain.
 Hiasan khat biasanya menjadi pilihan dalam
mengukir ruang足ruang tertentu seperti mimbar
masjid dan tempat足tempat lain. Selain itu motif足
motif tumbuh足tumbuhan, geometri, kosmos
dijadikan hiasan ukiran pada pelbagai benda
lain seperti cerek, bekas air, buyung, tungku,
pedang, topi besi perang dan lain足lain.
 Kemahiran mengukir dan pertukangan sebenarnya telah
diwarisi oleh masyarakat Islam dari bangsa Arab yang
telah memiliki kemahiran terse but jauh sebelum
kedatangan Islam, seperti kaum Saba' di Yam an.
Mereka telah meninggalkan bukti-bukti yang
menunjukkan kepakaran dalam bidang tersebut
menerusi peninggalan runtuhan-runtuhan bangunan
seperti empangan Ma'rib, ukiran batu yang dipercayai
puteri Balqis yang sedang duduk di atas kursi dan diapit
oleh dua orang dayang, ukiran-ukiran di tempat
penyembelihan dan pemujaan, alat-alat rumah dan
sebagainya
 Setelah kedatangan Islam, masyarakat Islam
menggunakan teknik-teknik dan motif-motif yang
diambil dari orang Semitik, Byzantine dan
Sasanian yang memang terkenal pakar dalam
bidang ukiran. Mereka mengubah dan memberi
nafas Islam pad a karya-karya seni ukir.
Misalnya, mengguna motif tumbuhan-tumbuhan,
arabesque, geometrik, kaligrafi dan lain-lain
yang diukir kebanyakannya pada bangunan
masjid, istana, pusat pengajian, perpustakaan
mahupun makam.
 Keluasan kawasan penaklukan Islam juga
banyak memberi sumbangan kepada dunia seni
ukiran, kerana umat Islam berpeluang
mempelajari kemahiran tersebut. Misalnya, dari
bangsa Parsi, Syam dan Mesir.
 Sehingga hari ini bukti peninggalan seni ukir
Islam sentiasa dikagumi oleh masyarakt dunia
kerana kehebatannya seperti ukiran yang dapat
dilihat pada istana al-Hambra' (Sepanyol), Bait
al-Hikmah dan Universiti Nizamiyyah (Baghdad),
Masjid Biru (Istanbul), walaupun sesetengahnya
telah musnah akibat kejatuhan Islam.
SENI TENUN
 Hasil tenunan tekstil dan permaidani Islam pada
abad pertengahan, bukan sahaja terse bar di
seluruh dunia Islam, bahkan ia telah
menjangkau hingga ke Eropah. Dar al-Tiraz
adalah salah satu tekstil hasil kerja tangan umat
Islam yang paling popular pada masa itu di
Eropah.
 Orang-orang Islam telah mendirikan kilang-
kilang tenunan. Mereka mahir menghasilkan
pelbagai rupa dan warna tekstil dengan sulaman
benang emas dan perak.
 Kain-kain atau bahan yang dihasilkan, dinamakan pula
dengan nama-nama bandar Islam ketika itu. Misalnya,
kain Fustian berasal dari Fustat, kain Damasks berasal
dari Damsyik, Mussolina (Muslin) berasal dari kota
Mosul di Iraq utara, Baldacco dari dari Baghdad,
Grenadines berasal dari Granada dan Dimiti berasal dari
Damietta.
 Kebanyakan tekstil yang ditenun menggunakan baris-
baris motif secara mendatar dan membulat kerana
dipercayai ia dipengaruhi oleh budaya Sasan. Namun
begitu hasil kerja tangan orang-orang Islam ini, diakui
terdapat penyempurnaan yang lebih kemas dan indah,
yang tidak didapati dalam corak tekstil sebelumnya
 Selain gaya sasan, gaya Saljuk (menjelang abad
11 M) dan Cina (abad 14-15 M) juga mendapat
tempat dalam tekstil.
 Tekstil yang ditenun dan disulam bukan hanya
digunakan sebagai pakaian, malahan turut
digunakan untuk hiasan rumah mahupun
perabot.
 Tekstil terawal yang dapat dikesan ialah pada
abad ke 10 di Samarra (Mesopotamia),
berbentuk hiasan dinding di sebuah istana.
 Di antara kilang-kilang tenunan yang terkenal ialah kilang yang
terdapat di bandar-bandar seperti Seville, Almeria, Malaga,
Granada, Alicante, Murcia dan BaIza.
 Sementara permaidani dihasilkan dengan bentuk yang unik dan
berkualiti tinggi. Ia bukan sahaja mencerminkan keindahan yang
luar biasa, malahan ketekunan dan ketelitian umat Islam yang luar
biasa. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam pembuatan tenunan
permaidani adalah terdiri dari kaum wanita melalui pengetahuan
yang diwarisi secara turun temurun dari satu generasi kepada
generasi yang lain.Pemaidani berkembang dari sudut fungsinya.
Pada peringkat awal ia digunakan sebagai hamparan istana, ruang
masjid dan rumah kediaman. Selanjutnya ia dibuat berbentuk tikar
sembahyang yang dihiasi dengan gambar mihrab beserta bunga-
bungaan. Bentuk tikar sembahyang ini banyak dihasilkan oleh
masyarakat Islam Turki pada ketika itu. Sementara permaidani
Parsi merupakan permaidani yang sangat terkenal kerana
kehalusan, wama dan motif arabesque yang digunakan serta
ketahanannya
KESIMPULAN
 Kehalusan jiwa umat Islam dalam
menghayati kebesaran Al-lah (SWT)
sebagai zat yang terindah telah menjadi
asas penting bagi umat Islam
menggunakan kepakaran mereka dalam
menghasilkan tembikar, ukiran dan
tenunan yang terkenal kerana keindahan
dan kualitinya

More Related Content

Ctu 281 kuliah 8 seni tembikar, ukir dan tenunan

  • 1. SENI TEMBIKAR, UKIR DAN TENUNAN Seni tembikar (Seramik) adalah sejenis barang hiasan yang dibuat dari tanah liat bakar seperti pasu/vas, set makan dan sebagainya. Ia dihasilkan untuk memenuhi keperluan harian masyarakat. Seni ukir pula adalah seni kraftangan yang dibuat pada kayu, logam (emas, perak dan tembaga), tanduk atau batu. Ia dihasilkan sebagai pelengkap kepada gaya penampilan dan personaliti seseorang. Kain adalah hasil tenunan yang biasanya dibuat dari bahan benang kapas dan benang sutera. Harga tenunan benang sutera lebih mahal daripada tenunan benang kapas. Seni sulam turut berkembang selari dengan perkembangan tenunan.
  • 2. SENI TEMBIKAR Selain masyarakat di Cina, masyarakat Iran di Nishapur dan Samarqand juga terkenal dengan kemahiran mereka membuat tembikar. Hasil kerja tangan mereka mempunyai mutu yang tinggi kerana kemahiran ini telah mereka miliki sejak zaman kerajaan Samaniyah menguasai Iran. Kehalusan pada seni tembikar karya masyarakat Islam terletak kepada jenis bahan yang digunakan, reka bentuk (design)nya serta motif atau corak yang menghiasinya. Biasanya bahan yang digunakan ialah tanah liat. Sementara bentuknya pula ada yang bulat silinder, bersegi, bertangkai, berlubang dan sebagainya. Pelbagai motif seperti tumbuh足 tumbuhan, haiwan, alam, tulisan khat dan sebagainya menjadi hiasan yang diperindahkan lagi dengan penggunaan warna足warna yang menarik. Di antara contoh seni seramik adalah sebuah mangkuk dari Samarra abad 19 yang menggunakan motif alam sebagai hiasan.
  • 3. SENI UKIR Ukiran dapat memperindahkan lagi sesuatu bentuk bahan yang diukir di atasnya. Misalnya, memperindahkan permukaan kayu pada sesebuah dinding, daun pintu, tingkap, tangga, pagar dan perhiasan足perhiasan lain. Hiasan khat biasanya menjadi pilihan dalam mengukir ruang足ruang tertentu seperti mimbar masjid dan tempat足tempat lain. Selain itu motif足 motif tumbuh足tumbuhan, geometri, kosmos dijadikan hiasan ukiran pada pelbagai benda lain seperti cerek, bekas air, buyung, tungku, pedang, topi besi perang dan lain足lain.
  • 4. Kemahiran mengukir dan pertukangan sebenarnya telah diwarisi oleh masyarakat Islam dari bangsa Arab yang telah memiliki kemahiran terse but jauh sebelum kedatangan Islam, seperti kaum Saba' di Yam an. Mereka telah meninggalkan bukti-bukti yang menunjukkan kepakaran dalam bidang tersebut menerusi peninggalan runtuhan-runtuhan bangunan seperti empangan Ma'rib, ukiran batu yang dipercayai puteri Balqis yang sedang duduk di atas kursi dan diapit oleh dua orang dayang, ukiran-ukiran di tempat penyembelihan dan pemujaan, alat-alat rumah dan sebagainya
  • 5. Setelah kedatangan Islam, masyarakat Islam menggunakan teknik-teknik dan motif-motif yang diambil dari orang Semitik, Byzantine dan Sasanian yang memang terkenal pakar dalam bidang ukiran. Mereka mengubah dan memberi nafas Islam pad a karya-karya seni ukir. Misalnya, mengguna motif tumbuhan-tumbuhan, arabesque, geometrik, kaligrafi dan lain-lain yang diukir kebanyakannya pada bangunan masjid, istana, pusat pengajian, perpustakaan mahupun makam.
  • 6. Keluasan kawasan penaklukan Islam juga banyak memberi sumbangan kepada dunia seni ukiran, kerana umat Islam berpeluang mempelajari kemahiran tersebut. Misalnya, dari bangsa Parsi, Syam dan Mesir. Sehingga hari ini bukti peninggalan seni ukir Islam sentiasa dikagumi oleh masyarakt dunia kerana kehebatannya seperti ukiran yang dapat dilihat pada istana al-Hambra' (Sepanyol), Bait al-Hikmah dan Universiti Nizamiyyah (Baghdad), Masjid Biru (Istanbul), walaupun sesetengahnya telah musnah akibat kejatuhan Islam.
  • 7. SENI TENUN Hasil tenunan tekstil dan permaidani Islam pada abad pertengahan, bukan sahaja terse bar di seluruh dunia Islam, bahkan ia telah menjangkau hingga ke Eropah. Dar al-Tiraz adalah salah satu tekstil hasil kerja tangan umat Islam yang paling popular pada masa itu di Eropah. Orang-orang Islam telah mendirikan kilang- kilang tenunan. Mereka mahir menghasilkan pelbagai rupa dan warna tekstil dengan sulaman benang emas dan perak.
  • 8. Kain-kain atau bahan yang dihasilkan, dinamakan pula dengan nama-nama bandar Islam ketika itu. Misalnya, kain Fustian berasal dari Fustat, kain Damasks berasal dari Damsyik, Mussolina (Muslin) berasal dari kota Mosul di Iraq utara, Baldacco dari dari Baghdad, Grenadines berasal dari Granada dan Dimiti berasal dari Damietta. Kebanyakan tekstil yang ditenun menggunakan baris- baris motif secara mendatar dan membulat kerana dipercayai ia dipengaruhi oleh budaya Sasan. Namun begitu hasil kerja tangan orang-orang Islam ini, diakui terdapat penyempurnaan yang lebih kemas dan indah, yang tidak didapati dalam corak tekstil sebelumnya
  • 9. Selain gaya sasan, gaya Saljuk (menjelang abad 11 M) dan Cina (abad 14-15 M) juga mendapat tempat dalam tekstil. Tekstil yang ditenun dan disulam bukan hanya digunakan sebagai pakaian, malahan turut digunakan untuk hiasan rumah mahupun perabot. Tekstil terawal yang dapat dikesan ialah pada abad ke 10 di Samarra (Mesopotamia), berbentuk hiasan dinding di sebuah istana.
  • 10. Di antara kilang-kilang tenunan yang terkenal ialah kilang yang terdapat di bandar-bandar seperti Seville, Almeria, Malaga, Granada, Alicante, Murcia dan BaIza. Sementara permaidani dihasilkan dengan bentuk yang unik dan berkualiti tinggi. Ia bukan sahaja mencerminkan keindahan yang luar biasa, malahan ketekunan dan ketelitian umat Islam yang luar biasa. Kebanyakan mereka yang terlibat dalam pembuatan tenunan permaidani adalah terdiri dari kaum wanita melalui pengetahuan yang diwarisi secara turun temurun dari satu generasi kepada generasi yang lain.Pemaidani berkembang dari sudut fungsinya. Pada peringkat awal ia digunakan sebagai hamparan istana, ruang masjid dan rumah kediaman. Selanjutnya ia dibuat berbentuk tikar sembahyang yang dihiasi dengan gambar mihrab beserta bunga- bungaan. Bentuk tikar sembahyang ini banyak dihasilkan oleh masyarakat Islam Turki pada ketika itu. Sementara permaidani Parsi merupakan permaidani yang sangat terkenal kerana kehalusan, wama dan motif arabesque yang digunakan serta ketahanannya
  • 11. KESIMPULAN Kehalusan jiwa umat Islam dalam menghayati kebesaran Al-lah (SWT) sebagai zat yang terindah telah menjadi asas penting bagi umat Islam menggunakan kepakaran mereka dalam menghasilkan tembikar, ukiran dan tenunan yang terkenal kerana keindahan dan kualitinya