2. Pengenalan
• DIN merujuk kepada proses penyatuan masyarakat yang
berbeza latar belakang,budaya dan cara hidup untuk
menjadi 1 entiti yang terikat oleh norma masyarakat demi
kepentingan bersama.
• Perpaduan diertikan dengan hubungan rapat dan sifat
bertoleransi yang sengaja diwujudkan untuk mencapai
matlamat bersama.
• Wujudnya IN menunjukkan persefahaman antara kaum
yang timbul sendiri tanpa paksaan
• Keharmonian yang berpanjangan dapat dinikmati oleh
masyarakat
3. Faktor faktor penghalang Integrasi
Nasional
• Sifat Perkauman
-wujud dikalangan sesetengah masyarakat turut menyukarkan
integrasi.
• Perbezaan sosial ekonomi
-Perbezaan dari pengenalan kaum mengikut ekonomi yang wujud
sejak zaman penjajahan Inggeris telah menyebabkan wujudnya
perasaan cemburu terhadap sesuatu kaum
• Perbezaan kebudayaan
-Ketidakfahaman dan tiada nya pendedahan terhadap corak hidup
dan budaya sesuatu kaum.
• Perbezaan tempat tinggal
-pengelompokan kaum dari segi tempat tinggal menyebabkan
tiadanya komunikasi atau hubungan antara kaum turut
menyebabkan masalah ini.
4. Strategi dan pelaksanaan
• Perlembagaan persekutuan
-Perkara 8,perlembagaan persekutuan menyentuh tentang
kesamarataan disisi undang undang iaitu semua orang berhak
mendapat perlindungan disisi undang undang.
• Politik
-Parti yang memerintah negara(BN) adalah gabungan beberapa
parti perkauman seperti UMNO,MCA,MIC dan sebagainya.
• Sukatan pelajaran yang sama
-Melalui pembelajaran sukatan yang sama diharap semangat
patriotik dan persefahaman wujud antara kaum.
• Akta keselamatan dalam negeri
-berkuasa menahan sesiapa yang menimbulkan masalah dalam
negara dan boleh ditahan selama 2 tahun tanpa perbicaraan.