際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
DASAR
PENSYARIKATAN
MALAYSIA
Latar belakang
Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated
ini telah pertama kalinya diutarakan oleh YAB Perdana
Menteri Datuk Sri Dr.Mahathir Mohamed di waktu
pelancaran Forum INTAN pada 25 Feb1983. Semenjak itu
dasar ini telah banyak dikupas dan diperbincangkan
bukan sahaja oleh media massa tetapi juga oleh ahli-ahli
politik, ahli-ahli perniagaan, pegawai kerajaan dan juga
golongan intelektual.
Rasional Falsafah
YAB Perdana Menteri telah mendefinisikan secara
am konsep Persyarikatan Malaysia sebagai satu
sistem kerjasama antara kerajaan dan sektor
swasta ke arah mewujudkan satu syarikat Malaysia
bagi mencapai kemajuan di mana keuntungan
yang didapati akan dikongsi bersama di mana:
 Kerajaan adalah pemegang saham.
 Jika syarikat berjaya dan membuat
keuntungan, kerajaan dan rakyat juga akan
mendapat manafaat.
 Sektor awam dikehendaki beroperasi secara
cekap bagi membantu usaha-usaha sektor swasta
sebagai ejen pertumbuhan utama dalam ekonomi
negara
Objektif
 Mewujudkan kerjasama erat, bermakna
dan berkesan antara sektor awam dan
swasta demi pembangunan negara bagi
mencapai faedah bersama.
 Menghapuskan sifat permusuhan
antara kedua-dua sektor dengan
menggalakkan perkongsian maklumat, dan
saling faham-memahami akan prosedur dan
matlamat kedua belah pihak.
 Meningkatkan hasil negara
Strategi Pelaksanaan
 Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta
perlulah dihapuskan.
 Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan
bagi mencapai matlamat negara.
 Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan
diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah
dilibatkan dalam menggubal peraturan serta prosedur yang ada.
 Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di
antara satu sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap
agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja yang
sama. Ini membolehkan pihak swasta mudah menghubungi dan
menguruskan kerja-kerja mereka.
Penutup
Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan
perubahan sikap oleh kedua-dua sektor awam dan swasta untuk
memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih erat agar
kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat dipertingkatkan. Ianya
timbul atas kesedaran bahawa kedua-dua pihak sebenarnya
adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju.
Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju
amatlah besar sekali memandangkan negara ini kaya dengan
sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dasar Persyarikatan
Malaysia ialah untuk menggemblengkan sumber-sumber ini
melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan sektor
swasta.

More Related Content

Dasar pensyarikatan malaysia

  • 2. Latar belakang Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated ini telah pertama kalinya diutarakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Dr.Mahathir Mohamed di waktu pelancaran Forum INTAN pada 25 Feb1983. Semenjak itu dasar ini telah banyak dikupas dan diperbincangkan bukan sahaja oleh media massa tetapi juga oleh ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan, pegawai kerajaan dan juga golongan intelektual.
  • 3. Rasional Falsafah YAB Perdana Menteri telah mendefinisikan secara am konsep Persyarikatan Malaysia sebagai satu sistem kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta ke arah mewujudkan satu syarikat Malaysia bagi mencapai kemajuan di mana keuntungan yang didapati akan dikongsi bersama di mana: Kerajaan adalah pemegang saham. Jika syarikat berjaya dan membuat keuntungan, kerajaan dan rakyat juga akan mendapat manafaat. Sektor awam dikehendaki beroperasi secara cekap bagi membantu usaha-usaha sektor swasta sebagai ejen pertumbuhan utama dalam ekonomi negara
  • 4. Objektif Mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan berkesan antara sektor awam dan swasta demi pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama. Menghapuskan sifat permusuhan antara kedua-dua sektor dengan menggalakkan perkongsian maklumat, dan saling faham-memahami akan prosedur dan matlamat kedua belah pihak. Meningkatkan hasil negara
  • 5. Strategi Pelaksanaan Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah dihapuskan. Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara. Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan serta prosedur yang ada. Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara satu sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja yang sama. Ini membolehkan pihak swasta mudah menghubungi dan menguruskan kerja-kerja mereka.
  • 6. Penutup Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-dua sektor awam dan swasta untuk memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih erat agar kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat dipertingkatkan. Ianya timbul atas kesedaran bahawa kedua-dua pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju. Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar sekali memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dasar Persyarikatan Malaysia ialah untuk menggemblengkan sumber-sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan sektor swasta.