2. LATARLATAR BELAKANGBELAKANG
Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated ini telah pertama
kalinya diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamaddi waktu pelancaran Forum
INTAN pada 25 Februari,1983.
Semenjak itu dasar ini telah banyak dikupas dan diperbincangkan bukan sahaja
oleh media massa tetapi juga oleh ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan, pegawai
kerajaan dan juga gulungan intelektual.
3. Dalam sesebuah negara seperti malaysia ini terdapat dua sektor utama yang akan
menentukan maju dan mundurnya negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam.
Kedua-dua sektor ini seharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang untuk
mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih
baik.
Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong kepada aktiviti
perdagangan dan ekonomi, manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar
utama dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan sokongan yang
tertentu kepada pihak swasta.
RasionalRasional
4. Dengan ini pihak kerajaan atau awam lebih merupakan pemberi
perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan.
Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini wujud hasil dari
kesedaran bahawa pada masa ini terdapat beberapa perkara dan
persoalan-persoalan pokok yang menjadi berasingan atau
bertentangan seperti soal matlamat organisasi, perhubungan
peranan dan peraturan di antara pihak awam dan swasta
5. OBJEKTIFOBJEKTIF
menwujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara
pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan
pembangunan negara yang akan membuahkan manfaat yang akan
dikecapi oleh kedua-dua pihak.
menghapuskan sikap permusuhan di antara sektor swasta dan sektor
kerajaan
bersama berkongsi maklumat, tanggungjawab, cabaran serta memahami
polisi, objektif dan prosedur-prosedur dalam usaha-usaha
mempertingkatkan pembangunan sosial, pentadbiran dan ekonomi
negara.
6. Hubungan kerjasama yang erat ini sebenarnya akan
menguntungkan semua pihak di mana dasar-dasar awam
akan mudah difahami, dilaksana dan diterima oleh
segenap lapisan masyarakat.
Keuntungan yang diperolehi oleh sektor swasta pula akan
dapat dikecapi bersama-sama melalui cukai dan
penglibatan sosial secara bersungguh-sungguh oleh pihak
swasta.
7. STRATEGI PELAKSANAANSTRATEGI PELAKSANAAN
Kesefahaman dan kerjasama di antara kedua-dua sektor boleh dicapai melalui:
i) Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah
dihapuskan.
ii) Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai
matlamat negara.Dengan itu kedua-dua pihak mempunyai matlamat iaitu menjaga
maruah negara dan tidak hanya satu pihak sahaja yang akan bersungguh
membangunkan negara.
8. iii) Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana
perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan
serta prosedur yang ada.
iv) Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara satu sama
lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat
kerja dan cara bekerja yang sama. Ini membolehkan pihak swasta mudah
menghubungi dan menguruskan kerja-kerja mereka.
9. Penutup
Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh
kedua-dua sektor awam dan swasta untuk memupuk persefahaman dan
kerjasama yang lebih erat agar kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat
dipertingkatkan.
Ianya timbul atas kesedaran bahawa kedua-dua pihak sebenarnya adalah
sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju.
Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar
sekali memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya
digemblengkan.
10. Dasar Persyarikatan Malaysia ialah untuk menggemblengkan sumber-sumber
ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan sektor swasta.
Sesungguhnya pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia yang berkesan akan
dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar
awam negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara,
Penswastaan dan lain-lain.