3. Objektif Pembelajaran Teknologi Hijau
dalam KSSM Menengah atas bermula 2020
Murid yang terdedah kepada konsep Teknologi Hijau akan:
Menyedari keputusan dan tindakan setiap individu mempunyai impak kepada alam
sekitar.
Menyedari bahawa sesuatu tindakan adalah baik apabila dapat
mengekalkan keutuhan ekologi, keterusan dan kepelbagaian sistem yang menyara
kehidupan di bumi, untuk kita dan kehidupan lain.
Menyedari sebarang perkembangan dan pembangunan mestilah
mengikut kadar dan cara yang sesuai dengan kapasiti bumi pulih semula.
Menghargai komuniti kehidupan supaya kita dapat memahami dan menyayanginya.
Menghormati bumi dan segala kepelbagaiannya.