ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Dewan Tunku Abdul Rahman semasa didiami Balai Seni Lukis Negara
Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos, 1957 bangunan ini
turut terlibat memainkan peranan untuk mengisi keperluan-keperluan negara yang
sudah Merdeka. Kerana Kerajaan yang memerintah memerlukan ruang-ruang baru
untuk jabatan-jabatan yang diwujudkan dan mesyuarat-mesyuarat peringkat
antarabangsa yang akan diadakan, tindakan-tindakan telah diambil untuk
mengubahsuai bangunan ini sebagai ruang pejabat dan tempat mesyuarat.
Antara langkah awal ke arah ini yang telah diambil ialah memindahkan Markas
Tentera Persekutuan dari bangunan ini ke tempat barunya di Sungai Udang Melaka
dalam tahun 1958.
Usaha juga turut dibuat untuk membina sebuah dewan yang menghubungi bangunan
ini bagi kegunaan mesyuarat peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta acara-
acara rasmi yang lain. Jabatan Kerja Raya telah diberikan tanggungjawab
melaksanakan pembinaan projek ini dan mereka telah ditugaskan untuk merancang
dan menyediakan pelan bagi dewan ini terdiri daripada dua arkitek Jabatan tersebut
iaitu Encik Dinsdale dan En. Shipley serta En. Jewkes, Timbalan Pengarahnya. Kos
pembinaan Dewan ini menelan belanja sebanyak 750 ribu ringgit.
Perasmian Persidangan Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan
Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad di Dewan Tunku
Abdul Rahman pada 12 September, 1959
Dewan ini telah dibuka dengan rasminya oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra,
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 24 Februari 1958. Dewan ini diberi
nama Dewan Tunku Abdul Rahman sempena nama beliau.
Serentak dengan perasmian Dewan ini telah dilangsungkan Persidangan
Jawatankuasa Bangsa-bangsa Bersatu bagi Suruhanjaya Ekonomi Asia dan Timur
Jauh (ECAFE) yang merupakan persidangan antarabangsa pertama diadakan di
dewan ini. Selepas perasmian Dewan ini, bangunan tersebut telah dikenali sebagai
Dewan Tunku Abdul Rahman untuk beberapa dekad.
Semenjak merdeka, bangunan ini telah menempatkan beberapa agensi Kerajaan
silih berganti. Yang paling lama mendiami bangunan ini ialah Balai Seni Lukis Negara
iaitu daripada tahun 1958 hingga 1984. Balai ini telah dirasmikan oleh Y.T.M Tunku
Abdul Rahman Putra pada 27 Ogos 1958.
Balai Seni Lukis Negara telah berpindah ke bangunan barunya iaitu bekas Bangunan
Hotel Majestic di Jalan Sultan Hishamuddin yang telah diubahsuai pada 21 Mei 1984.
Pejabat Rekod Awam yang kemudiannya dikenali sebagai Arkib Negara pernah
menggunakan sebahagian daripada Bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman ini
sebagai ruang pejabatnya selama setahun mulai tarikh penubuhannya pada 1
Disember 1957. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melayu juga pernah
ditempatkan di sini pernah dijadikan sebagai Pejabat Kadi Wilayah Persekutuan
antara 1974-1979
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ketiga D.Y.M.M Tuanku Syed Hassan Jamallulail, di Bangunan
Dewan Tunku Abdul Rahman pada 4 Januari 1961
Semenjak menjadi tuan rumah persidangan peringkat antarabangsa pertama dalam
tahun 1958, banyak peristiwa penting dan bersejarah bagi negara telah dijalankan di
bangunan ini. Antaranya ialah pembukaan rasmi persidangan Pertama Persekutuan
Tanah Melayu oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku
Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 12 September 1959.
Seramai 104 orang ahli Parlimen yang dipilih dalam pilihanraya yang diadakan pada
19 Ogos 1959 telah hadir di persidangan ini. Semenjak tarikh itu. Parlimen
Persekutuan telah wujud dengan rasminya sebagai lambang demokrasi yang menjadi
amalan hidup rakyat negara ini.
Selain itu, Dewan ini juga pernah dijadikan Balairong Seri untuk pertabalan Duli-duli
Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong Malaysia yang dilangsungkan dengan penuh adat
istiadat. Duli-duli Yang Maha Mulia tersebut terdiri daripada Tuanku Syed Putra ibni
Almarhum Syed Hassan Jamallulail yang ditabalkan sebagi Yang di-Pertuan Agong
Ketiga pada 4 Januari 1961; Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni
Almarhum Sultan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong Keempat pada 11
April 1966; Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah
yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 20 Februari 1971 dan
Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang ditabalkan
sebagai Yang di-Pertuan Agong Keenam pada 28 Februari 1976.

More Related Content

Dewan tunku abdul rahman semasa didiami balai seni lukis negara

  • 1. Dewan Tunku Abdul Rahman semasa didiami Balai Seni Lukis Negara Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos, 1957 bangunan ini turut terlibat memainkan peranan untuk mengisi keperluan-keperluan negara yang sudah Merdeka. Kerana Kerajaan yang memerintah memerlukan ruang-ruang baru untuk jabatan-jabatan yang diwujudkan dan mesyuarat-mesyuarat peringkat antarabangsa yang akan diadakan, tindakan-tindakan telah diambil untuk mengubahsuai bangunan ini sebagai ruang pejabat dan tempat mesyuarat. Antara langkah awal ke arah ini yang telah diambil ialah memindahkan Markas Tentera Persekutuan dari bangunan ini ke tempat barunya di Sungai Udang Melaka dalam tahun 1958. Usaha juga turut dibuat untuk membina sebuah dewan yang menghubungi bangunan ini bagi kegunaan mesyuarat peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta acara- acara rasmi yang lain. Jabatan Kerja Raya telah diberikan tanggungjawab melaksanakan pembinaan projek ini dan mereka telah ditugaskan untuk merancang dan menyediakan pelan bagi dewan ini terdiri daripada dua arkitek Jabatan tersebut iaitu Encik Dinsdale dan En. Shipley serta En. Jewkes, Timbalan Pengarahnya. Kos pembinaan Dewan ini menelan belanja sebanyak 750 ribu ringgit. Perasmian Persidangan Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu oleh D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 12 September, 1959
  • 2. Dewan ini telah dibuka dengan rasminya oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 24 Februari 1958. Dewan ini diberi nama Dewan Tunku Abdul Rahman sempena nama beliau. Serentak dengan perasmian Dewan ini telah dilangsungkan Persidangan Jawatankuasa Bangsa-bangsa Bersatu bagi Suruhanjaya Ekonomi Asia dan Timur Jauh (ECAFE) yang merupakan persidangan antarabangsa pertama diadakan di dewan ini. Selepas perasmian Dewan ini, bangunan tersebut telah dikenali sebagai Dewan Tunku Abdul Rahman untuk beberapa dekad. Semenjak merdeka, bangunan ini telah menempatkan beberapa agensi Kerajaan silih berganti. Yang paling lama mendiami bangunan ini ialah Balai Seni Lukis Negara iaitu daripada tahun 1958 hingga 1984. Balai ini telah dirasmikan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra pada 27 Ogos 1958. Balai Seni Lukis Negara telah berpindah ke bangunan barunya iaitu bekas Bangunan Hotel Majestic di Jalan Sultan Hishamuddin yang telah diubahsuai pada 21 Mei 1984. Pejabat Rekod Awam yang kemudiannya dikenali sebagai Arkib Negara pernah menggunakan sebahagian daripada Bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman ini sebagai ruang pejabatnya selama setahun mulai tarikh penubuhannya pada 1 Disember 1957. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melayu juga pernah ditempatkan di sini pernah dijadikan sebagai Pejabat Kadi Wilayah Persekutuan antara 1974-1979 Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ketiga D.Y.M.M Tuanku Syed Hassan Jamallulail, di Bangunan Dewan Tunku Abdul Rahman pada 4 Januari 1961 Semenjak menjadi tuan rumah persidangan peringkat antarabangsa pertama dalam tahun 1958, banyak peristiwa penting dan bersejarah bagi negara telah dijalankan di bangunan ini. Antaranya ialah pembukaan rasmi persidangan Pertama Persekutuan Tanah Melayu oleh D.Y.M.M Yang di-Pertuan Agong Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 12 September 1959. Seramai 104 orang ahli Parlimen yang dipilih dalam pilihanraya yang diadakan pada 19 Ogos 1959 telah hadir di persidangan ini. Semenjak tarikh itu. Parlimen Persekutuan telah wujud dengan rasminya sebagai lambang demokrasi yang menjadi amalan hidup rakyat negara ini. Selain itu, Dewan ini juga pernah dijadikan Balairong Seri untuk pertabalan Duli-duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Agong Malaysia yang dilangsungkan dengan penuh adat
  • 3. istiadat. Duli-duli Yang Maha Mulia tersebut terdiri daripada Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamallulail yang ditabalkan sebagi Yang di-Pertuan Agong Ketiga pada 4 Januari 1961; Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong Keempat pada 11 April 1966; Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 20 Februari 1971 dan Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Keenam pada 28 Februari 1976.