3. 1. Masyarakat penyayang
Azraai menyayangi Farisha walaupun dia hanyalah
anak angkat keluarganya. Azraai telah membawa
Farisha menuju ke selatan apabila Farisha
memberitahunya tentang mimpi bertemu dengan
mummy semasa berada di pejabat Soft Lab. Azraai
percaya seseorang(Medina) telah menghubungi
Farisha secara maya. Demi keselamatan adik
angkatnya Azraai membawa lari adiknya.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASYARAKAT
4. 2. Masyarakat pemaaf
Farisha memaafkan kesalahan Karl yang pernah
memasukkan pelbagai ubat dan implant ke dalam
tubuhnya. Farisha tetap melawat karl yang nazak dan
dia merupakan orang terakhir dapat bercakap
dengan Karl.
Farisha juga memaafkan Medina pernah cuba
membunuhnya.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASYARAKAT
5. 3. Masyarakat mahir komputer
Farisha dan Rosman merupakan masyarakat yang
mahir menggunakan komputer. Mereka bekerja
sebagai jurutera keselamatan sistem komputer di
bawah Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. Mereka
ditawarkan RM 1.5 juta oleh Aqram untuk
menggodam tiga kelompok komputer di soft lab
selama empat minggu.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASYARAKAT
6. 4. Masyarakat mementingkan diri
Dr. Maxi mementingkan diri kerana sanggup
mempergunakan Farisha dan Shida demi menjayakan
projek Dinara. Farisha dan Shida dibawa ke Soft Lab
semata-mata untuk menyelamatkan Dinara yang
mengalami masalah. Dinara diancam virus komputer
buatan Medina.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASYARAKAT
7. 5. Masyarakat rasional
Farisha seorang yang rasional dengan berhati-hati
membuat keputusan. Ditawarkan menyertai projek
mini dengan bayaran sebanyak RM 1.5 juta oleh
Aqram. Farisha berasa tawaran tersebut terlalu
lumayan. Selain berbincang dengan Rosman, Farisha
juga meminta pendapat abangnya Azraai.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASYARAKAT
8. 6. Masyarakat pemarah
Khairul Anuar seorang yang pemarah dan panas
baran. Dia memukul Shida setelah Shida(Karl)
membongkar rahsia dirinya sebagai
Muhammad Irfan. Dahulu Muhammad Irfan ialah
seorang budak comot yng dikutip di tepi jalan. Dia
diberikan makanan dan pakaian serta digantikan
ingatan oleh Karl.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASYARAKAT
9. 7. Masyarakat ciptaan manusia
Alia dan Aqram merupakan cyborg yang dicipta oleh
Karl.
Aqram telah diberi ingatan dan fikiran baharu oleh
Karl.
Alia pula ialah Cyborg canggih yang memiliki ingatan
dan perasaan.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASYARAKAT
10. 8. Masyarakat yang berani berkata benar.
Alia berani membongkar rahsia apabila
mendedahkan bahawa karl telah memsukkan
pelbagai ubatan dan implan ke dalam tubuh Farisha.
Medina juga memberitahu Farisha bahawa Karl ialah
ayah kandung Farisha.
Azraai juga berani mendedahkan dan berterus
terang kepada Farisha bahawa Farisha merupakan
anak angkat keluarganya.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASYARAKAT
11. 9. Masyarakat yang tegas.
Karl merupakan seorang yang tegas kerana tetap
mahukan Farisha untuk memulihkan projeknya. Karl
marah apabila mengetahui Shida mengganti tempat
Farisha. Baginya hanya Farisha yang dapat
memulihkan Sistem Dinara. Karl memberi amaran
kepada Dr. Maxi agar segera mencari Farisha kerana
bimbang virus di dalam Dinara akan diaktifkan,
akibatnya akan memusnahkan ribuan manusia.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASYARAKAT
12. 10. Masyarakat sainstis.
Karl dan Medina antara sainstis hebat yang gigih
berusaha mencipta pelbagai ciptaan untuk kepuasan
diri. Karl telah berjaya mencipta Sistem Dinara dan
menghasilkan beratus-ratus cyborg di Soft Lab.
Mereka terlalu taksub dan bersaing untuk menjadi
sainstis terbaik, menyebabkan mereka bermusuhan.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASYARAKAT