1. DIET SEIMBANG
Diet seimbang ialah sajian makanan yang
mengandungi semua nutrien utama yang
diperlukan oleh tubuh pada kadar yang
betul dan sesuai bagi tubuh menjalani
fungsinya.
Nutrien utama yang diperlukan oleh tubuh
ialah karbohidrat, protein, vitamin dan
garam mineral.
2. Faktor Utama dalam Merancang Diet Seimbang
(i) Umur – bayi, kanak-kanak, remaja
,dewasa& orang tua perancangan diet
bagi setiap umur adalah berbeza kerana
keperluan makanan yang berbeza.
(iv) Kesihatan- keperluan diet (ii) Jantina- keperluan
seimbang bagi pesakit dan makanan bagi lelaki lebih
orang yang pulih daripada Faktor utama banyak daripada wanita
sakit adalah mengikut dalam diet kebiasaannya kerana lelaki
keadaan kesihatan mereka seimbang lebih aktif berbanding
juga nasihat daripada doktor.
wanita
(iii) Saiz tubuh- mereka yang mempunyai
saiz tubuh yang besar biasanya memerlukan
diet yang lebih berbanding mereka yang
besaiz kecil
3. Prinsip Asas Diet Seimbang
Piramid makanan ialah satu panduan bagi
pemilihan makanan untuk amalan
makanan dan pemakanan yang sihat.
piramid makanan mengandungi pelbagai
jenis makanan yang dibahagikan kepada
empat jenis aras dan berasaskan nutrien
dan fungsinya.
4. Piramid makanan
Prinsip asas makanan dalam merancang
diet seimbang adalah dengan
berpandukan aras piramid makanan iaitu:-
(i) Aras 1 – Makan paling banyak makanan
berkharbohidrat daripada sumber bijirin,
hasil bijirin dan sumber ubi-ubian untuk
membekalkan tenaga.
(ii) Aras 2 – Makan banyak sayur-sayuran
dan buah-buahan untuk membekalkan
sumber vitamin dan garam serta pelawas
5. (iii) Aras 3 – Makan secukupnya makanan yang
mengandungi protein daripada sumber protein haiwan
atau tumbuhan.
(iv) Aras 3 – Kurangkan pengambilan makanan yang
berlemak dan bergula.
Bagi memastikan pengambilan diet yang
seimbang kita perlulah mengimbangi
pengambilan makanan daripada keempat-
empat aras berdasarkan piramid makanan
untuk semua sajian harian dan pelbagaikan
pemilihan makanan dari setiap kumpulan
makanan dalam sajian harian
7. Tabiat Makan yang Sihat
 Makan makanan yang berkhasiat dan mempunyai nilai
pemakanan yang tinggi kerana makanan ini mempunyai
kebaikan untuk kesihatan.
 Amalkan makan makanan yang seimbang bagi
mengelakkan berlaku pengambilan makanan secara
berlebihan atau kekurangan nutrien yang diperlukan oleh
tubuh.
 Makanan yang dimakan perlu dapat membekalkan tenaga
yang mencukupi untuk keperluan individu menjalankan
aktiviti seharian.
 Minum air sebanyak enam hingga lapan gelas air sehari
kerana air penting dalam proses metabolisme tubuh.