1. MATAPELAJARAN : ILMU PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH: DR. MD. YUSOF BIN JAMAR
NAMA : NOR KHARI IZARDI BIN ISMAIL
NO. MATRIK : DB 100058
TAJUK : DISIPLIN DALAM SITUASI PEMBELAJARAN
Definisi disiplin menurut Kamus Dewan, merujuk kepada latihan pemikiran
dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib.(DBP,
2002 : 308). Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah
peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan
mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang melakukan sesuatu
dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain.(Abdullah Sani, 2006 : 1). Manakala pembelajaran pula
ialah proses yang berlaku apabila terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil
daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002).
Secara umumnya, learning is about how we perceive and understand the world,
about making meaning (Marton & Booth, 1997; dirujuk oleh Fry et al., 2003), dan
oleh itu pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta,
pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan
yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu, dan juga penaakulan
(reasoning) (Fry et al, 2003). Disiplin dalam proses pembelajaran adalah suatu yang
penting untuk mencapai kecemerlangan pelajar.
2. Disiplin diri ialah kawalan tingkahlaku diri sendiri mengikut kehendak nilai
nilai sosial masyarakat dan agama. Disiplin diri juga merupakan kawalan kendiri
individu tanpa desakan atau paksaan dari mana mana pihak. Disiplin yang kuat
merupakan faktor yang dapat membantu kejayaan seseorang individu di dalam
kehidupan. Sehubungan itu disiplin amat mempunyai perkaitan dalam proses
pembelajaran yang mana ianya menjadi salah satu faktor yang membantu
seseorang pelajar untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Disiplin bukan
sahaja membantu kejayaan individu tetapi ia juga dapat menentukan masa depan
Negara. Kecemerlangan sesebuah Negara juga bergantung kepada sikap dan nilai
rakyatnya, kekuatan disiplin akan menjadikan sesebuah Negara mampu berdaya
saing dalam dunia global. Disiplin boleh diterapkan secara formal di sekolah atau
tidak formal di rumah atau di luar rumah.
Sekolah memainkan peranan penting dan merupakan wadah utama bagi
membentuk disiplin pelajar. Pihak sekolah perlu mewujudkan suasana pembelajaran
yang menggalakkan pembentukan disiplin. Struktur dan gaya pentadbiran sekolah
keseluruhannya dapat membantu menentukan kekuatan dan kelemahan disiplin.
Unit Bimbingan dan kaunseling sekolah, khususnya kaunselor harus berperanan
aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin.
Sebagai pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar
bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak
bermasalah. Antara faktor faktor yang boleh di titikberatkan dalam pembentukan
disiplin yang berkesan seperti :
(i) Mengadakan keperluan asas atau infrastruktur yang lengkap serta
mencukupi.
3. (ii) Mewujudkan suasana pengajaran yang teratur, berkesan dan menarik
minat pembelajaran.
(iii) Menimbulkan keazaman pelajar untuk mencapai cita cita dan tujuan
pembelajaran.
(iv) Menaman nilai nilai positif, progresif dan dinamik serta menggalakkan
pelajar memupuk kesempurnaan kendiri.
(v) Menyekat pengaruh dan unsur unsur negatif yang tidak diingini masuk
ke dalam kawasan sekolah.
(vi) Memastikan kerapian disiplin dan peraturan peraturan yang jelas dan
mudah di fahami dan di patuhi.
(vii) Menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat dan mengelakkan
situasi yang boleh menimbulkan kerungsingan dan konflik.
(viii) Mewujudkan suasana kemesraan terkawal antara guru dengan murid dan
antara murid dengan murid serta menjamin pemeliharaan harga diri.
Menurut Mok Song Sang, sekiranya masalah disiplin berlaku, terdapat
tatacara menyelesaikan masalah seperti berikut:
(i) Kaji masalah disiplin yang berlaku secara objektif
(ii) Mewujudkan suasana tenang semasa mencari punca masalah
(iii) Cuba memahami perasaan murid yang melanggar disiplin tersebut
(iv) Memberi nasihat supaya murid tersebut sedar akan kesalahannya
4. (v) Merujuk kes kepada guru disiplin atau kaunseling untuk tindakan
sewajarnya.
Peranan guru amat penting dalam membentuk disiplin dan sahsiah pelajar.
Semasa murid berada di sekolah guru bukan sekadar sebagai pengajar semata
mata kepada pelajar bahkan mengambil alih tugas ibu bapa sebagai pendidik,
pemimpin, pengasuh dan pembimbing kepada pelajar. Kegagalan membentuk
masyarakat berakhlak mulia sama seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi.
Setiap guru perlu mengenali setiap anak muridnya secara mendalam dan mengenal
pasti tabiat, tingkah laku dan mengenal pasti perubahan perubahan yang berlaku
ke atas sikap, emosi, penampilan dan gerak - geri muridnya. Pengaruh guru
terhadap pelajar juga amat kuat kerana pelajar sering mengambil guru sebagai
model mereka. Seharusnya guru menggunakan pengaruh tersebut secara positif
dan membina. Sehubungan itu guru memainkan peranan penting dalam membina
sahsiah dan disiplin para pelajar.
Dalam mewujudkan disiplin yang tinggi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah, perkara berikut mungkin boleh dilaksanakan
seperti:
(i) Menimbulkan minat pelajar terhadap pembelajaran
(ii) Mendedahkan pelajar kepada ilmu pengetahuan yang berguna dan
praktikal.
(iii) Menimbulkan kesedaran kepada pelajar
5. (iv) Menyediakan pengajaran yang menarik, bermakna, pelbagai dan
mengembirakan
(v) Mewujudkan kemesraan antara guru dan murid
Peranan ibu bapa juga menjadi faktor utama mewujudkan disiplin yang tinggi
terhadap anak anak. Tempoh para pelajar berada di rumah lebih panjang
berbanding di sekolah. Ibu bapa seharusnya mempunyai banyak masa untuk
mendekati anak anak serta mengambil tahu perkembangan pembelajaran anak
anak di rumah. Menurut pandangan Dr. Loh Sit Fong, Pensyarah Psikologi Fakulti
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menyatakan, Masalah disiplin
berlaku kerana jati diri yang lemah, pengaruh sikap ibu bapa yang kasar, konflik
keluarga dan terbabit dalam penderaan. Kita sedia maklum tentang kesibukan ibu
bapa hari ini menjadi faktor penyumbang yang besar keruntuhan disiplin anak
anak, anak anak tidak mendapat perhatian dan didikan sewajarnya dari ibu bapa
sewaktu mereka berada di rumah. Kadangkala terdapat ibu bapa yang mengabaikan
tanggungjawab terhadap anak anak yang menyebabkan anak anak merasakan
dirinya tidak mendapat kasih sayang sewajarnya dari ibu bapa. Ini menjadi alasan
bagi anak anak untuk bebas melakukan aktiviti sendiri samaada aktiviti tersebut
positif atau negatif tanpa pemantauan ibu bapa. Suasana persekitaran di rumah juga
menjadi penyumbang kepada peningkatan disiplin anak anak atau sebaliknya.
Rumahtangga yang porak peranda tidak mungkin akan membantu pembentukan
disiplin yang sempurna malah emosi anak anak juga mungkin terganggu. Antara
prinsip prinsip yang boleh diamalkan oleh ibu bapa dalam meningkatkan disiplin
anak anak adalah seperti berikut:
(i) Memastikan adanya kemesraan dan kasih sayang yang sewajarnya
6. (ii) Mengadakan perbincangan dan dorongan motivasi
(iii) Mengambil berat hal ehwal anak anak
(iv) Memerhati, mengenalpasti dan membuat teguran terhadap tingkah
laku anak anak
(v) Mengambil berat kemajuan dan perkembangan pendidikan anak
anak
(vi) Menjaga dan memahami perasaan anak anak
(vii) Memberi didikan agar anak anak dapat berdikari, bertanggungjawab
dan bersemangat tinggi.
(viii) Memberi dorongan bagi menentukan hala tuju masa depan anak
anak
(ix) Menggalakkan anak anak memupuk kesempurnaan diri dan menjaga
maruah diri dan keluarga.
Pelajar juga berperanan untuk meningkatkan disiplin kendiri. Kebolehan
pelajar mengawal tingkah laku yang positif merupakan faktor penting dalam
membentuk kekuatan disiplin serta jati diri. Faktor disiplin sememangnya membantu
kecemerlangan pelajar di dalam pembelajaran. Antara prinsip prinsip yang boleh
diamalkan oleh pelajar dalam meningkatkan disiplin adalah seperti:
(i) Meningkatkan keazaman dan semangat jati diri bagi mendorong
kejayaan yang cemerlang.
(ii) Meningkatkan kesungguhan dan komitmen dalam melakukan aktiviti
atau tugasan yang diberikan
7. (iii) Mengetahui kepentingan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan dan kemahiran
(iv) Mampu mengenalpasti dan mengelak pengaruh pengaruh negatif
yang menjejaskan pembelajaran.
(v) Memahami tujuan dan hala tuju masa depan
(vi) Menanam perasaan yang positif terhadap diri sendiri atau harga diri
Dalam meningkatkan kecemerlangan pembelajaran, ibu bapa dan guru
perlu menjalankan kerjasama yang erat untuk membentuk disiplin yang
unggul. Ada sesetengah ibu bapa yang kadangkala bertindak mengikut emosi
apabila pihak sekolah mengambil tindakan tatatertib terhadap anak mereka
dalam menanggani masalah disiplin. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana
tabiat terlalu memanjakan anak boleh merosakkan serta merugikan anak
tersebut, seterusnya boleh menggalakkan lagi maslah disiplin di kalangan
pelajar. Disiplin yang tinggi merupakan kunci utama kejayaan proses
pembelajaran. Bagi memastikan tujuan tersebut dapat dicapai, guru perlu
merancang dan melaksanakan strategi tertentu yang berkesan begitu juga
dengan ibu bapa perlu memastikan dan memikirkan cara untuk meningkatkan
disiplin anak anak mereka. Ibu bapa dan guru perlulah bersemangat dan
memberi komitmen penuh terhadap pembangunan sahsiah pelajar. Ibu bapa
dan guru perlulah komited dengan komitmen kerajaan dalam merealisasikan
aspirasi dan wawasan Negara. Para pelajar juga seharusnya perlu
meningkatkan jati diri, bersemangat dan berjiwa besar bagi mencapai tujuan
8. pembelajaran. Pembelajaran bukan sahaja masa depan mereka bahkan juga
merupakan masa depan Negara.
Rujukan
1. Halimah Abdul Rahman, (2008), Masalah Moral dan Disiplin Pelajar, Edition
Plus Sdn. Bhd. Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.
2. Kamarudin Hj. Kachar, (1989), Kearah Pengurusan Pelajar Dinamik, Teks
Publishing Sdn. Bhd & Penerbit ASAS Sdn. Bhd.
3. Mok Song Sang(2003), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd, Subang Jaya.