Dokumen tersebut merupakan doa dan permohonan restu kepada Allah SWT untuk kejayaan dan keberkatan bagi majlis anugerah pengarah IPG Kampus Dato' Razali Ismail. Doa diawali dengan memuji Allah SWT dan memohon ampun serta perlindungan daripadaNya, diikuti dengan permohonan restu agar ilmu yang dipelajari memberi manfaat, serta agar mereka yang menerima anugerah menjadi hamba yang bersyukur dan berusaha untuk
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
Doaa anugerah pengarah 2
1. 悋忰惆 忰惆 愕惠惺 愕惠愃惘 惺悵 惡悋 愆惘惘 悖愕悋
悖惺悋悋 惆 悋 悋 惷 惷 悋 悋惆 愕悧悋惠
悋惶悋悸 悋愕悋 惺 惘愕悋 悋悖 惺 悛 悖惶忰悋惡 悖悴惺
.Allahumma Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim
Engkaulah yang memiliki kuasa pemerintahan dan engkaulah yang
memuliakan sesiapa yang dikehendaki. Kami bersyukur kehadratMu Ya
Allah di atas limpah kurniaMu, kami dapat berhimpun pada hari ini di Majlis
Anugerah Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail yang akan
disempurnakan oleh
Allahumma, Ya Munzilal Barakat,
RahmatMu kami pohonkan, kasih sayangMu kami harapkan. Jadikanlah
hidup kami di dunia ini mendapat keberkatan dan di akhirat kelak
mendapat keredhaanMu.
Di hari yang penuh mulia, kami menadah tangan dengan rasa penuh
pengharapan dan tawadhuk memohon restu dariMu, agar ilmu-ilmu yang
dipelajari yang telah lalu dan yang akan datang, dijadikan ilmu yang
bermanfaat. Pertuturan kami-pertuturan yang disenangi, Pendengaran
kami-pendengaran yang direstui, Penglihatan kami-penglihatan yang
diberkati, Amalan kami-amalan yang dirahmati, Pengorbanan kami-pengorbanan
yang disyukuri dan Jasa kami-jasa yang akan tetap diingati.
Allahumma Ya Rafia al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,
kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau
terus dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam
2. bidang pendidikan mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan
seterusnya anugerahkanlah kepada kami kecemerlangan demi
kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang dihari hari
yang mendatang . Kami juga berharap agar segala pencapaian yang
dicapai bertepatan dengan syariatMu Ya Allah.
Allahumma Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah mereka yang bakal menerima sijil penganugerahan pada hari
ini sebagai hamba-hamba Mu yang bersyukur di atas pengiktirafan ini.
Jadikanlah mereka pegawai perkhidmatan pendidikan yang sentiasa
berusaha dengan gigih dan tekun, untuk meningkatkan potensi dan
prestasi mereka, dalam bidang perkhidmatan pendidikan,serta mempunyai
peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan
penuh ketaakulan, agar majlis Anugerah Pengarah ini akan menjadi
sumber inspirasi kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang lain,
supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga
untuk mencapai kecemerlangan demi memartabatkan pendidikan di
Terengganu khasnya, dan di negara ini amnya.
Allahumma Ya Allah Ya Awwalu wal Akhiru.
Duhai Tuhan yang Tiada Awal dan Tiada Akhir Semoga di awali
pertemuan kami dalam Majlis Anugerah Pengarah hari ini dengan
kerahmatan dan keberkatanMu. Alangkah indahnya juga kemaafan
sesama kami beserta keampunan Mu menjadi babak akhir mengiringi
perpisahan hari ini .
悋ルル 悋悴惺ル 悴ル惺 リ リ為リ 悴ル惺悋 リ悦忰悋 リルリ悦ルルリ 惡リ郊惆 惠ルリ悦悋 リ郊惶悋 ル悋 惠リ惺ル 悋ル リ ル悋 リ郊ルリ ル悋 ル リ惡リ郊リ 愆ル悋 ル悋
リ警惘惆悋 ル悋 リ惘悋 .
悋ル 悋愃惘ルリ 悵惡ルリ ル悒悽リзリ 悋リ為 愕リルリ 惡悋悒リз ル悋 惠リ惺ル
惡リ 愃悋 リ為 悄リзル悋 惘リルリжベル 惘リ』 惘リ
惘リル 悋 悄悋惠 悋 ル 悋ル惆 悋 忰 愕 悸 悋ル悖悽 惘悸 忰 愕 悸 悋 惺悵 悋 惡 悋ルリж 惶ル 悋ル 惺 ル 忰リ 惺 悄悋 惶忰惡 愕 悋 忰惆 惘 惡 悋ル惺 悋