3. Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA
utusansabah@utusan.com.my
SEBAHAGIAN murid SK Terusan, Pulau Bum-Bum yang menyertai Kempen Anti-Plastik di sekolah itu, baru-baru ini.
SEMPORNA 18 Nov. - Plastik merupakan sampah yang paling banyak terkumpul di tapak-tapak
pelupusan sampah di negeri ini dengan kadar 70 peratus berbanding bahan buangan lain.
Bahan itu turut mencemarkan keindahan laut yang menjadi nadi utama masyarakat nelayan di negeri
ini.
Kesan daripada pembuangan plastik ke laut bukan sahaja mengancam pendapatan nelayan, malah
hidupan marin seperti penyu dan terumbu karang.
Berbanding dengan sisa bahan pepejal lain yang mudah terurai hanya dalam beberapa minggu, plastik
mengambil masa lebih 20 tahun untuk reput.
Menyedari keadaan itu, Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia mengadakan Kempen AntiPlastik di Sekolah Kebangsaan (SK) Terusan, Pulau Bum-Bum di sini baru-baru ini dengan kerjasama
Majlis Daerah Semporna (MDS).
Lebih 100 murid dan guru sekolah itu mengambil bahagian dalam pelancaran kempen itu yang
dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Sub-Komiti MDS, Pee Kien Wah.
Pengawai Komuniti Kesedaran dan Pendidikan WWF Malaysia di Semporna, Nattelee Lim berkata,
penganjuran kempen antiplastik penting khusus bagi penduduk yang tinggal di pulau-pulau.
Ini kerana katanya, kebanyakan pulau di daerah itu seperti Bum-Bum masih menghadapi masalah
kebersihan serius kerana kebanyakan sampah sarap adalah plastik.
''Buat permulaan dalam pelancaran Kempen Anti-Plastik kami mengagihkan sebanyak 200 botol guna
semula kepada murid-murid SK Terusan.
''Tujuannya agar murid-murid berkenaan menggunakan botol tersebut setiap hari tanpa perlu membeli
minuman dari luar yang kebanyakannya diperbuat daripada plastik.
''Dengan botol guna semula itu, mereka boleh membawa minuman sendiri dari rumah kerana ia lebih
bersih dan menjimatkan," katanya kepada Utusan Malaysia.
Tahap kebersihan laut di Semporna kini semakin baik berbanding sebelum kempen kebersihan dijalankan di daerah
itu.
Mengenai program tersebut, beliau berkata, pihak WWF Malaysia berharap ia mampu mendidik orang
ramai terutama murid-murid mengenai kesan penggunaan plastik yang berleluasa dan perkara yang
mereka boleh lakukan bagi mengurangkannya.
Katanya, WWF Malaysia akan mempelawa lebih banyak sekolah di daerah itu untuk menyertai
Kempen Anti-Plastik pada masa akan datang.
Nattelee berkata, walaupun kempen itu mengambil masa untuk menunjukkan hasilnya, ia wajar
diteruskan sebagai langkah awal mengawal pencemaran alam sekitar akibat penggunaan plastik
berlebihan.
Jelasnya, semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan kejayaan kempen itu yang diperkenalkan
oleh kerajaan.
Nattelee berkata, terdapat tiga jenis plastik yang digunakan setiap hari iaitu beg plastik, plastik
pembungkus dan botol plastik.
Katanya, plastik yang dijadikan bahan pembungkus diperbuat daripada bahan kimia polietilina,
propilina dan polivinil klorida (PVC) yang dirawat dengan bahan pelembut (plasticizers).
''Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa bahan-bahan kimia ini berbahaya kerana ia boleh
mendatangkan kesan kesihatan seperti kanser kepada pengguna.
''Walaupun terdapat kebenaran oleh pihak berkuasa untuk menggunakan bahan ini pada kadar yang
ditetapkan tetapi timbul pula kesan lain akibat penggunaan plastik iaitu pencemaran alam sekitar,"
ujarnya.
Beliau menambah, pembuangan plastik juga mengakibatkan sistem perparitan tersumbat, bau busuk
4. dan kesihatan.
Bukan itu sahaja, plastik yang dibuang ke laut akan menyebabkan kerosakan pada enjin bot jika
tersangkut dan boleh mengancam penyu.
''Haiwan ini memakan rumpai laut. Fizikal plastik yang licin dan lembut seakan rumpai laut menarik
perhatian penyu untuk memakan plastik.
''Malangnya, bahan ini tidak dapat dihadam oleh penyu kerana kita tahu plastik tidak mudah reput.
Kebanyakan penyu yang memakan plastik mati kerana sistem penghadaman mereka tersumbat,"
katanya.
Bagi mengatasi masalah itu Nattelee berkata, orang ramai perlu berwaspada dan berusaha
mengelakkan penggunaan plastik secara meluas.
Katanya, orang ramai digalakkan untuk menggunakan plastik yang tidak mengandungi bahan
pelembut.
TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
• Buah tangan 'wajib' dari Mukah§
• Galak pelajar maju dalam bidang sukan§
• Tiada dasar kaum dominan§
• Taib janji peralihan kepemimpinan lancar§
• BN ikhlas bantu mangsa banjir Sabah - Sapawi§
• 36 majlis BR1M 3.0 di luar bandar§
• Tiga kaedah berkesan stabilkan harga rumah§
• Lelaki ditahan seludup diesel, cuba sogok polis§
• Misteri kehilangan ayam ternakan terjawab§
• Wabak denggi di Miri serius§
• Punca gangguan bekalan elektrik§
• Tiga lagi Mesej baharu di Sabah§
• Rumah untuk pesara ATM terpilih, bukti kerajaan kenang jasa§
• Pastikan taman permainan kanak-kanak selamat§
• Tugas pemandu pelancong sangat besar - Masidi§
• Odou Bakanjar pamer seni Tatana§
• Martabat budaya etnik di peringkat lebih tinggi§
• 'Terima kasih kerajaan'§
• 6 agensi bergabung bersihkan Beaufort§
• Kerjasama erat guru, ibu bapa mampu tingkatkan pencapaian murid§
Utusan Online§on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
Subuh
6:09
Zohor
1:29
Asar
4:45
Maghrib
7:29
Isyak
8:39
Klik untuk waktu solat kawasan lain§
5. IKLAN@UTUSAN
BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN
MENARIK
Ruang iklan percuma
hartanah, produk§
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia§
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar§
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat
anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari§
Abadikan kenangan indah anda di dada
Mari baca Utusan Melayu Mingguan§
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia§
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.
§
Terkini§
Berita Utama§
Arkib Berita§
English Edition§
Nasional§
Dalam Negeri§
Politik§
Parlimen§
Jenayah§
Mahkamah§
Laporan Khas§
Luar Negara§
Artikel§
akhbar.