1. KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 79
DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP)
BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH
TINGKATAN 1
LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
0
2. Cetakan 2011
息 Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia 2011
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,
ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun
tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
0
3. KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN 1
2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 2
3 MATLAMAT MATA PELAJARAN 3
4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3
5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4
6 TAFSIRAN 5
7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6
8 PERNYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 7
9 STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 8
0
4. PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta
Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran teras Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini
yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan
keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.
Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran
formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.
Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen
elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat
tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.
1
5. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
2
6. MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OBJEKTIF MATA PELAJARAN
OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti
kayu, papan lapis dan bahan komposit.
OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan
menghasilkan produk.
OM3 Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian.
OM4 Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit.
OM5 Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk keceriaan kawasan tertentu.
OM6 Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.
OM7 Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri
dan antarabangsa.
OM8 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.
OM9 Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos.
OM10 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara bersistem dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat
keputusan rekaan dan penghasilan projek.
OM11 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.
(Dipetik daripada Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 hingga 3 (semakan) Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003)
3
7. OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang
dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;
OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.
OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.
OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.
OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek/produk.
OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.
OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.
OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.
(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan, Lembaga Peperiksaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005)
4
8. TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.
o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi
gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada
dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Descriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.
o Evidence (murid) ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu descriptor.
o Evidence (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.
o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,
peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan.
5
9. KERANGKA STANDARD PRESTASI
Boleh Buat dengan Beradab
Tahu Faham
6 Mithali
Boleh Buat dengan Beradab
Tahu Faham
5 Terpuji
4 Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu Faham Boleh Buat
2 Tahu Faham
1 Tahu
6
10. PERNYATAAN STANDARD KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
BAND PERNYATAAN STANDARD
6
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif
dengan Beradab Mithali)
5
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif
dengan Beradab Terpuji)
4
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat
perdagangan dan keusahawanan secara sistematik
dengan Beradab)
3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta
(Tahu, Faham dan Boleh Buat) perdagangan dan keusahawanan
2 Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan
(Tahu dan Faham) keusahawanan
1
Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan
(Tahu)
7
13. STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
STANDARD
EVIDENCE
Penerangan generik tentang DESCRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap pertumbuhan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
1 Mengetahui tentang reka Murid boleh: Murid boleh:
bentuk dan teknologi serta
Tahu perdagangan dan B1D1 B1D1E1
keusahawanan. Mengetahui tentang pengurusan Menyatakan tiga jawatan dalam struktur
organisasi bengkel. organisasi bengkel.
B1D2 B1D2E1
Mengetahui tentang reka bentuk Menyatakan lima faktor utama reka bentuk.
dan teknologi serta proses
penghasilan projek. B1D2E2
Menyatakan tujuh alatan tangan termasuk
mesin.
B1D2E3
Menyatakan pernyataan masalah yang hendak
diselesaikan.
B1D3 B1D3E1
Mengetahui tentang asas elektrik. Menyatakan tiga sumber elektrik dan tiga jenis
wayar.
B1D4 B1D4E1
Mengetahui tentang kerja paip. Menyatakan dua sistem bekalan air di rumah
dan tiga jenis paip.
10
14. B1D5 B1D5E1
Mengetahui tentang mesin jahit. Menyatakan tiga jenis mesin jahit.
B1D6 B1D6E1
Mengetahui tentang kaedah Menyatakan dua jenis keratan batang.
pembiakan tanaman hiasan.
B1D7 B1D7E1
Mengetahui tentang perniagaan. Menyatakan empat alat pembayaran masa kini.
B1D7E2
Menyatakan tiga bidang perniagaan
perkhidmatan.
B1D7E3
Menyatakan empat jenis milikan perniagaan.
B1D7E4
Menyatakan lima faktor yang mempengaruhi
perniagaan.
B1D8 B1D8E1
Mengetahui tentang penubuhan Menyatakan dua dokumen dalam penubuhan
dan pengendalian perniagaan. perniagaan kecil.
B1D8E2
Menyatakan empat langkah menubuhkan
perniagaan kecil.
B1D9 B1D9E1
Mengetahui tentang dokumen Menyatakan lapan jenis dokumen dalam
perniagaan. perniagaan.
11
15. B1D9E2
Menyatakan dua syarat masa serahan.
Menyatakan - secara lisan atau bertulis
12
17. STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
STANDARD
EVIDENCE
Penerangan generik tentang DESCRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap pertumbuhan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
2 Mengetahui dan memahami Murid boleh: Murid boleh:
tentang reka bentuk dan
Tahu dan Faham teknologi serta B2D1 B2D1E1
perdagangan dan Mengetahui dan memahami Menerangkan amalan 4M.
keusahawanan. tentang keselamatan di bengkel.
B2D2 B2D2E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan proses kemasan menggunakan
tentang proses penghasilan projek. syelek.
B2D3 B2D3E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan fungsi tiga alatan tangan
tentang asas elektrik. termasuk pena ujian.
B2D4 B2D4E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan fungsi tiga paip yang
tentang kerja paip. disambung ke tangki simpanan air.
B2D4E2
Menerangkan fungsi enam jenis penyambung
paip.
14
18. B2D5 B2D5E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan fungsi enam bahagian mesin
tentang mesin jahit. jahit.
B2D6 B2D6E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan nisbah campuran medium
tentang medium semaian tanaman semaian.
hiasan.
B2D7 B2D7E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan perniagaan runcit, borong dan
tentang perniagaan. antarabangsa.
B2D7E2
Menerangkan empat jenis milikan perniagaan
dan cirinya berdasarkan modal, bilangan
pemilik dan liabiliti.
B2D8 B2D8E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan tiga aspek pengurusan dalam
tentang penubuhan dan pengendalian dan kawalan perniagaan.
pengendalian perniagaan.
B2D9 B2D9E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan pengelasan dokumen
tentang dokumen perniagaan. perniagaan sebelum, semasa dan selepas
urusniaga.
B2D9E2
Menerangkan empat syarat bayaran
angkutan.
15
19. B2D10 B2D10E1
Mengetahui dan memahami Menerangkan empat daripada pengertian
tentang pengeluaran. berikut iaitu pengeluaran, permintaan,
pengkhususan, ekstraktif, perkilangan,
pembinaan dan perkhidmatan.
B2D10E2
Menerangkan dua daripada kos berikut iaitu
kos bahan, kos upah dan kos overhed.
Menerangkan - secara lisan atau bertulis
16
21. STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
STANDARD
EVIDENCE
Penerangan generik tentang DESCRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap pertumbuhan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
3 Mengaplikasikan Murid boleh: Murid boleh:
pengetahuan dan
Tahu, Faham dan Boleh kefahaman tentang reka B3D1 B3D1E1
Buat bentuk dan teknologi serta Mengaplikasikan pengetahuan Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk
perdagangan dan dan kefahaman tentang reka pernyataan masalah.
keusahawanan. bentuk projek.
B3D2 B3D2E1
Mengaplikasikan pengetahuan Membuat pendawaian plag 3 pin 13A.
dan kefahaman tentang asas
elektrik.
B3D3 B3D3E1
Mengaplikasikan pengetahuan Membuat penyenggaraan perangkap P.
dan kefahaman tentang kerja
penyenggaraan perpaipan.
B3D4 B3D4E1
Mengaplikasikan pengetahuan Menjahit kertas tanpa benang pada garisan
dan kefahaman tentang mesin lurus, berpenjuru dan melengkung.
jahit.
B3D5 B3D5E1
Mengaplikasikan pengetahuan Menyemai keratan batang dalam medium
dan kefahaman tentang semaian.
penyemaian tanaman hiasan.
18
22. B3D6 B3D6E1
Mengaplikasikan pengetahuan Menyediakan penyata aliran tunai.
dan kefahaman tentang
pengendalian perniagaan.
19
24. STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
STANDARD
EVIDENCE
Penerangan generik tentang DESCRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap pertumbuhan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
4 Mengaplikasikan Murid boleh: Murid boleh:
pengetahuan dan
Tahu, Faham dan Boleh kefahaman tentang reka B4D1 B4D1E1
Buat dengan Beradab bentuk dan teknologi serta Mengaplikasikan pengetahuan Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk
perdagangan dan dan kefahaman tentang reka pernyataan masalah mengikut *peraturan.
keusahawanan secara bentuk projek secara sistematik.
sistematik.
B4D2 B4D2E1
Mengaplikasikan pengetahuan Membuat pendawaian plag 3 pin 13A
dan kefahaman tentang asas mengikut *prosedur.
elektrik secara sistematik.
B4D3 B4D3E1
Mengaplikasikan pengetahuan Membuat penyenggaraan perangkap P
dan kefahaman tentang kerja mengikut *urutan.
penyenggaraan perpaipan secara
sistematik.
B4D4 B4D4E1
Mengaplikasikan pengetahuan Menyediakan penyata aliran tunai mengikut
dan kefahaman tentang format yang *betul.
pengendalian perniagaan secara
sistematik.
* Peraturan : Lakaran mesti menggunakan pensel, tidak boleh menggunakan pembaris, lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik
* Prosedur : Mengikut langkah kerja yang betul
* Urutan : Susunan yang teratur
* Betul : Ada penerimaan dan perbelanjaan serta baki. Disediakan mengikut format yang telah ditetapkan
21
26. STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
STANDARD
EVIDENCE
Penerangan generik tentang DESCRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap pertumbuhan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
5 Mengaplikasikan Murid boleh: Murid boleh:
pengetahuan dan
Tahu, Faham dan Boleh kefahaman tentang reka B5D1 B5D1E1
Buat dengan Beradab bentuk dan teknologi serta Mengaplikasikan pengetahuan Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk
Terpuji perdagangan dan dan kefahaman tentang reka pernyataan masalah dengan *daya usaha.
keusahawanan secara bentuk projek secara berinisiatif.
berinisiatif.
B5D2 B5D2E1
Mengaplikasikan pengetahuan Menyediakan penyata aliran tunai mengikut
dan kefahaman tentang format yang betul dan pengiraan yang
pengendalian perniagaan secara *tepat.
berinisiatif.
* daya usaha : lakaran kemas dan bersih
* tepat : pengiraan yang betul mengikut formula (Penerimaan Perbelanjaan = Baki h/b)
23
28. STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN
STANDARD
EVIDENCE
Penerangan generik tentang DESCRIPTOR
BAND BAGAIMANA murid persembahkan APA
tahap pertumbuhan APA murid tahu dan boleh buat
murid tahu dan boleh buat
pembelajaran
6 Mengaplikasikan Murid boleh: Murid boleh:
pengetahuan dan
Tahu, Faham dan Boleh kefahaman tentang reka B6D1 B6D1E1
Buat dengan Beradab bentuk dan teknologi serta Mengaplikasikan pengetahuan Membuat dua lakaran reka bentuk merujuk
Mithali perdagangan dan dan kefahaman tentang reka pernyataan masalah dan melahirkan idea
keusahawanan secara bentuk projek secara kreatif dan baharu dengan nilai tambah.
kreatif dan inovatif. inovatif.
25
29. Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, 2, 5 15, Blok E11,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel. : 03-88843787
Faks : 03-88843783
Web http://www.moe.gov.my/lp
e-mel weblpm@moe.gov.my
26