1. KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
ANJURAN
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 2017
1.0 PENGENALAN
Mural merupakan cara menggambar atau melukis di atas permukaan yang luas seperti
dinding, tembok dan permukaan jalan raya. Ia adalah satu bentuk seni yang semakin
digemari pelbagai golongan. Lukisan mural bersifat bebas dan penggunaan media seperti
cat tembok, cat kayu atau sebarang bahan pewarna seperti kapur tulis dan sebagainya
dapat menghasilkan gambar. Karya lukisan mural yang dihasilkan dapat memberi satu
impak dan memberi makna terhadap lukisan yang dihasilkan. Kebanyakan lukisan mural
di Malaysia terdapat di bangunan-bangunan terutama pejabat, sekolah, tadika, lorong dan
sebagainya.
Sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan
seseorang insan. Selain itu, sekolah juga merupakan institusi formal pertama di mana
murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat
pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi
sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
Sehubungan itu, bagi memupuk minat setiap murid di sekolah Panitia Pendidikan Seni
Visual akan menjalankan projek keceriaan lukisan mural bertemakan seni dan muzik.
Projek keceriaan ini merupakan salah satu projek yang akan dijalankan oleh Panitia
Pendidikan Seni Visual. Projek ini sekaligus dapat menguji kreativiti guru di samping
dapat melihat komitmen guru dalam menjayakan sesuatu projek.
2. 2.0 RASIONAL
Keceriaan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek
melukis mural ini dijalankan berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan
yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang
ceria akan memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif merupakan satu agenda yang penting
dalam rutin seharian di sekolah. Projek keceriaan yang dirancang bertemakan Seni dan
Muzik bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah iaitu murid-murid,
guru-guru dan staf sokongan tentang jalinan hubungan antara semua kaum dapat
memupuk perpaduan sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
3.0 MATLAMAT
3.1 Lukisan mural dapat memupuk nilai murni dalam kalangan murid di sekolah.
3.2 Memperindah dan menceriakan dinding ruang bangunan sekolah dengan lukisan
mural.
3.3 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara tidak
langsung.
3.4 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan warga sekolah di sekolah.
4.2 Meningkatkan keceriaan sekolah yang dapat memberangsang suasana pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.
4.3 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan murid dan
warga sekolah.
4.4 Memberi guru ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran dan bakat
secara kreatif.
3. 5.0 TEMPAT
5.1 Dinding laluan bilik seni.
6.0 TARIKH, TEMPAT DAN TEMPOH PELAKSANAAN
Anjuran : Panitia Pendidikan Seni Visual
Tarikh : 12 -28 Februari 2017 ( 2 Minggu )
Tempat : Laluan Seni
7.0 TEMA LUKISAN MURAL
7.1 1 Seni dan Muzik
8.0 ANJURAN
8.1 Panitia Pendidikan Visual
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA
SEUNIT (RM) KUANTITI JUMLAH
1 Cat Pelaka
Biru
Hitam
Kuning
Putih
Hijau
Unggu
Merah
RM18.00
RM 28.00
6 X 18.00
2 x 28.00
RM 108.00
RM 56.00
4. 10.0 IMPLIKASI KEWANGAN
10.1 Peruntukan Panitia Pendidikan Seni Visual.
11.0 PENUTUP
11.1 Program Keceriaan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat
Panitia Pendidikan Seni Visual. Selain itu, ianya adalah untuk merealisasikan
visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam usaha melahirkan individu
yang cemerlang di dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya.
Melalui program keceriaan ini juga diharap objektif penganjur dapat
memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan warga sekolah di sekolah.
Sekaligus mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik akan
dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak.
Disediakan oleh ,
..............................................
Guru pelatih
Program Keceriaan,
SK Sultanah Asma
Disemak oleh,
.................................................................
( Datin Asiah binti Mat)
Panitia Pendidikan Seni,
SK Sultanah Asma
2 Berus Cat
Berus besar
Berus kecil
RM 8.50
RM 2.00
4 x RM 8.50
4 x RM 2.00
RM 42.00
JUMLAH RM 216.00
6. PELAN TINDAKAN
Carta Gantt
CARTA GANTT PROJEK KECERIAAN SEKOLAH
SK SULTANAH ASMA
TAHUN 2017
BIL PERKARA TINDAKAN
BULAN
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
7. 4.0 LAPORAN PELAKSANAAN
4.1 Objektif Impak
a) Memupuk nilai murni dalam kalangan murid dan warga sekolah di sekolah.
b) Meningkatkan keceriaan sekolah yang dapat memberangsang suasana pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.
c) Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan murid dan
warga sekolah.
d) Memberi guru ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran dan bakat
secara kreatif.
Pada ..............., Panitia Pendidikan Seni Visual SK Datuk Akhir Zaman, Rantau telah
menganjurkan program keceriaan lukisan mural bertemakan 1 Malaysia di tangga blok D
bagi memenuhi perancangan aktiviti panitia bagi tahun 2015. Program ini telah dilaksanakan
dengan lancar dan berkesan mengikut tempoh pelaksanaan yang telah dirancangkan. Semua
guru Panitia Pendidikan Seni Visual telah mengambil bahagian dalam menyiapkan lukisan
mural. Projek ini juga telah mendapat kerjasama daripada murid Tahun 4 dan 5 serta AJK
PIBG di sekolah.
Projek ini juga merupakan aktiviti yang melibatkan AJK Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG). Ia merupakan salah satu aktiviti yang perlu dijalankan setiap bagi
meningkatkan keceriaan sekolah mengikut Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Pendidikan
Seni Visual. Proses membuat lukisan mural ini memerlukan perancangan yang teliti agar
dapat dijalankan dengan baik seperti yang dirancangkan.
Sebelum Pelaksanaan
Program Keceriaan ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia
Pendidikan Seni Visual berpandukan kepada perancangan aktiviti tahunan panitia bagi tahun
2015. Projek keceriaan yang dipilih untuk dijalankan adalah dengan menghasilkan lukisan
mural di dinding sekolah yang masih kosong. Sebelum pelaksanaan aktiviti tersebut, Panitia
Pendidikan Seni Visual bersama-sama Unit 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan)
telah mengadakan Mensyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual kali pertama bagi
membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan bagi meningkatkan keceriaan sekolah.
Barisan pentadbir sekolah yang terdiri daripada Puan Maznah binti Hassan (Guru Besar),
8. Puan Khadijah binti Masrom (GPK 1) dan Puan Nur Sarah binti Abdullah (GPK HEM) juga
turut hadir semasa mesyuarat kali pertama dijalankan. Semua guru yang terlibat dalam
mensyuarat ini telah diberikan surat panggilan mesyuarat secara individu.
Hasil dapatan mesyuarat kali pertama ini, Ahli Jawatankuasa Program dan Ahli
Jawatankuasa Induk telah ditubuhkan. Dalam mesyuarat ini juga, ahli jawatankuasa telah
menetapkan matlamat, rasional, objektif, kumpulan sasaran, tarikh, tempat dan masa program
yang hendak dilaksanakan. Pada peringkat seterusnya, ahli jawatankuasa berkenaan akan
menyediakan kertas cadangan dan anggaran perbelanjaan.
9. LAMPIRAN B : TENTATIF PROGRAM LUKISAN MURAL BLOK TULISAN
HARI PERKARA
2 Julai Jun 2013 Mengambil gambar sebelum dan
membuat cat asas di dinding
8 Julai 2013 12 Julai 2013 Melukis dan mewarna dinding
15 Julai 2013 19 Julai 2013 Melakukan kemasan terakhir serta
mengambil gambar