1. 1
DRAF TUGASAN PEERS
1. Bincangkan tentang kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam Kurikulum Pendidikan Kesihatan, serta implikasinya ke atas perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif murid.
Pengenalan
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
Menurut Azlina Roszy Mohd Ghaffar menyatakan bahawa Dr. Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak Di dalam Islam) telah merakamkan tujuh tanggungjawab pendidikan iaitu :
1. Tanggungjawab pendidikan keimanan (aqidah) 2. Tanggungjawab pendidikan akhlak 3. Tanggungjawab pendidikan jasmani 4. Tanggungjawab pendidikan mental 5. Tanggungjawab pendidikan rohani 6. Tanggungjawab pendidikan sosial 7. TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN SEKS / PENDIDIKAN KESIHATAN / PENDIDIKAN REPRODUKTIF
Dasar PEERS
2. 2
Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan merupakan dasar mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan social terpakai kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. PEERS merupakan asas kukuh kepada perkembangan serta pembangunan insan sihat berakhlak mulia dan saling menghormati. Pelaksanaan dasar ini turut mengambil kira kepelbagaian agama, budaya serta nilai hidup masyarakat di Malaysia.
Matlamat PEERS
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kebangsaan (PPK) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011, antara matlamat PEERS ialah :
a. membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat
b. bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang
yang berkualiti.
Objektif PEERS
a. mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;
b. mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit;
c. menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
Fokus PEERS
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah 35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah. Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu :
3. 3
a. Modul 1 : Kesihatan Fizikal
Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan.
b. Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.
c. Modul 3 : Kesihatan Persekitaran
Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas.
Kelebihan / Kepentingan PEERS
a. Mohd Adha Mohd Zain
ï‚· ia membantu meningkatkan kefahaman pelajar tentang kesihatan reproduktif sebenar.
ï‚· menyelitkan budaya, adab ketimuran dan batasan agama dapat membantu mengurangkan masalah keguguran anak dan seks bebas
ï‚· pendedahan awal di sekolah mampu menangani masalah kehamilan dan keguguran anak yang kian meningkat dalam kalangan remaja.
ï‚· para pelajar akan memahami kepentingan menjaga kehormatan tubuh mereka.
b. Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak
ï‚· Memberi kesedaran dan membantu murid membantuk pandangan positif mengenai kesihatan reproduktif dan social.
4. 4
ï‚· Menyediakan maklumat perlu diketahui supaya murid mengambil berat kesihatan seksual selain membantu memperoleh kemahiran membuat keputusan bijak serta bertanggungjawab pada masa kini dan masa depan.
Kesan Perkembangan Kognitif Murid
a. Mohd. Fadzly Mohd. Izab
ï‚· Bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka membesar dengan pengetahuan penting yang diperlukan seterusnya mampu menghindari mereka daripada gejala sosial.
Kesan Perkembangan Psikomotor Murid
Kesan Perkembangan Emosi / Afektif (Sikap) Murid
a. Raja Kamariah Raja Khalid
Dalam perkembangan mental kanak kanak, selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkahlaku emosi juga penting. Tingkahlaku emosi dan perasaan kanak kanak boleh diklasifikasikan dalam dua cara yang paling umum iaitu:
i. Faktor luaran iaitu kanak kanak sering menunjukkan reaksi emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata kata dan sebagainya.
ii. Faktor dalaman iaitu perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkahlaku emosi yang berubah ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan rakan sebaya.
Emosi adalah penggerak pada tingkahlaku kanak kanak dan merupakan cara yang termudah untuk kanak kanak melahirkan apa yang mereka fikirkan dan apa yang mereka rasa. Segala situasi yang berlaku dikeliling dan juga perubahan biologi yang mereka lalui akan bertindak untuk mewujudkan tingkahlaku emosi seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan sebagainya.