Dokumen ini membahas kurikulum pendidikan musik untuk tingkat empat sekolah dasar di Malaysia. Dokumen ini menjelaskan tujuan kurikulum untuk mengembangkan keterampilan kognitif dan musik siswa, memberi mereka pengalaman bermusik, dan mempelajari membaca dan menulis notasi musik. Kurikulum ini terdiri dari empat modul: pengalaman musikal, produksi musik, apresiasi musik, dan membaca serta menulis notasi musik.
1 of 42
Download to read offline
More Related Content
Dskp pendidikan muzik tahun 4
1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENDIDIKAN MUZIK
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
DRAF
TAHUN EMPAT DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
2. DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
3. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN MUZIK
TAHUN EMPAT
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
5. iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
6. iv
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
7. v
K A N D U N G A N
RUKUN NEGARA
iii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
iv
KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK
1
MATLAMAT
1
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH
2
FOKUS MATA PELAJARAN
2
ORGANISASI KANDUNGAN
3
PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4
KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT
Objektif Pendidikan Muzik Tahun Empat
13
Modul 1 : Pengalaman Muzikal
14
Modul 2 : Penghasilan Muzik
21
Modul 3 : Apresiasi Muzik
22
Modul 4 : Membaca Dan Menulis Notasi Muzik
23
Glosari
29
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
8. DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
9. KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK
Kurikulum Pendidikan Muzik Tahap Dua merupakan program pembelajaran untuk tiga tahun persekolahan iaitu dari Tahun Empat hingga Tahun Enam di sekolah rendah. Kurikulum ini merupakan kesinambungan program pembelajaran Dunia Muzik Tahap Satu (Tahun Satu hingga Tahun Tiga). Kurikulum Pendidikan Muzik Tahap Dua memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Pada tahap ini juga, murid berpeluang untuk mempelajari pembacaan dan penulisan notasi muzik secara konvensional seterusnya mempraktikkan kemahiran tersebut menerusi permainan alat muzik. Bagi mencapai tujuan yang dihasratkan, kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan kepada empat modul kurikulum iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik, dan Membaca dan Menulis Notasi Muzik.
MATLAMAT
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk melahirkan insan kreatif yang berpengetahuan serta dapat menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzik.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
10. 2
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut;
i. mengaplikasi pengetahuan muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,
ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzik,
iii. menghasilkan idea muzik kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,
iv. membaca dan menulis notasi muzik,
v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan daripada aspek muzikal karya muzik yang didengar; dan
vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzik.
FOKUS MATA PELAJARAN
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina berasaskan EMPAT modul kurikulum dengan peratus pengagihan kandungan seperti berikut;
Modul Pengalaman Muzikal (60%)
Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Murid berpeluang untuk memainkan rekorder sebagai alat muzik berpic.
Modul Penghasilan Muzik (20%)
Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzik yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.
Modul Apresiasi Muzik (10%)
Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan kepada muzik daripada pelbagai budaya. DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
11. 3
Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10%)
Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik dalam permainan alat muzik.
ORGANISASI KANDUNGAN
Dokumen ini disusun berasaskan EMPAT modul kurikulum seperti berikut:
i. Pengalaman Muzikal
ii. Penghasilan Muzik
iii. Apresiasi Muzik
iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik
Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hirarki tetap. Susunan ini bertujuan untuk memudahkan kandungan kurikulum diorganisasikan. Guru boleh memulakan pengajaran tanpa terikat dengan susunan modul. Guru juga boleh menggabung jalin kandungan antara modul. Setiap modul kurikulum di bina berasakan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Standard Kandungan
Standard Kandungan merujuk kepada ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Setiap pernyataan di dalam Standard Kandungan merupakan perkara spesifik yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
12. 4
Standard Pembelajaran
Standard Pembelajaran merujuk kepada kemahiran yang perlu dikuasai murid bagi satu tahun persekolahan. Setiap pernyataan di dalam Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria kualiti pembelajaran yang dihasratkan dan boleh diukur.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
13. 5
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta seperti Jadual 1.
KBAT
Penerangan Mengaplikasi
ï‚· Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara Menganalisis
ï‚· Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan Menilai
ï‚· Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi Mencipta
ï‚· menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif
Jadual 1: Penerangan KBAT
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata pelajaran.
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
14. 6
PENTAKSIRAN
Pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannya melalui aktiviti pentaksiran. Pencapaian murid ditaksir untuk mengetahui kadar penerimaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran muzik yang diajar. Perkara ini memerlukan aktiviti pentaksiran yang dilakukan semasa atau di penghujung aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Petunjuk pencapaian murid haruslah dengan evidens yang dapat menyatakan tahap pencapaian mereka. Tahap pencapaian ini mestilah dinyatakan dengan jelas dan menjadi landasan yang kukuh kepada guru untuk melanjutkan aktiviti pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi.
Evidens tidak semestinya dalam bentuk penulisan murid. Aktiviti amali yang menunjukkan murid telah mencapai Standard Pembelajaran yang ditetapkan juga boleh diterima. Sebagai contoh, untuk menilai keupayaan murid memahami konsep tempo cepat dan lambat atau pic tinggi dan rendah. Guru boleh mentaksir pemahaman elemen tersebut secara pemerhatian semasa murid melakukan pergerakan ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Apa yang penting, semua pemerhatian guru terhadap aktiviti murid perlu direkodkan dalam borang pemerhatian atau senarai semak. Oleh yang demikian, guru hendaklah merancang dengan teliti
kaedah yang sesuai untuk mentaksir murid bagi memastikan pentaksiran yang relevan dan menepati tujuan.
Standard Prestasi
Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan.
Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang disusun secara hirarki di mana Tahap Penguasaan 1 menunjukkan pencapaian terendah sehingga pencapaian tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Setiap pernyataan Tahap Penguasaan ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentu untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid. Tafsiran umum pernyataan Tahap Penguasaan tersebut adalah seperti di Jadual 2.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
15. 7
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
1
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif
serta boleh dicontohi.
Jadual 2 : Tafsiran Umum Standard Prestasi
Standard Prestasi Pendidikan Muzik
Standard Prestasi Pendidikan Muzik dirangka berdasarkan standard prestasi umum seperti di Jadual 2. Standard Prestasi ini diwujudkan sebagai instrumen rujukan guru bagi menentukan pencapaian murid dalam mata pelajaran Pendidikan Muzik. Untuk menambahkan kefahaman guru, penerangan tentang Tahap Penguasaan 1 hingga 6 dijelmakan dalam tiga domain iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Berdasarkan domain tersebut, guru akan lebih memahami kandungan kurikulum dan memastikan tiada domain yang terabai dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya Standard Prestasi Pendidikan Muzik ini, diharapkan guru dapat mentafsir murid dengan penuh yakin, tepat dan berintegriti demi kemajuan dan perkembangan murid dalam melahirkan insan yang seimbang. DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
16. 8
Standard Prestasi Pendidikan Muzik TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
1
Kognitif
- Melakukan aktiviti meniru/ mengajuk. (Modul Penghasilan Muzik)
- Mengetahui muzik yang didengar. (Modul Muzik Apresiasi)
- Mengetahui notasi muzik. (Modul Membaca dan menulis notasi muzik)
Psikomotor (Kemahiran memainkan alat muzik, menyanyi dan melakukan gerakan)
- Bernyanyi/ Bermain alat muzik dengan cara mengajuk. (Modul Pengalaman Muzikal)
- Melakukan pergerakan dengan cara meniru. (Modul Pengalaman Muzikal)
Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)
- Menerima nilai murni dalam aktiviti muzik.
2
Kognitif
- Mengetahui dan memahami elemen muzik. (Modul Penghasilan Muzik)
- Mengetahui dan memahami muzik yang didengar. (Modul Muzik Apresiasi)
- Mengetahui dan memahami notasi muzik. (Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik)
Psikomotor (Kemahiran memainkan alat muzik, menyanyi dan melakukan gerakan)
- Bernyanyi/ Bermain alat muzik. (Modul Pengalaman Muzikal)
- Melakukan pergerakan berdasarkan elemen muzik. (Modul Pengalaman Muzikal)
Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)
- Menerima nilai murni dan mempamerkan dalam aktiviti muzik.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
17. 9
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
3
Kognitif
- Menghasilkan muzik dengan mengaplikasikan elemen muzik. (Modul Penghasilan Muzik)
- Mengetahui, memahami dan menyatakan ciri muzik yang didengar. (Modul Muzik Apresiasi)
- Mengetahui, memahami dan menulis semula notasi muzik pada baluk. (Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik)
Psikomotor (Kemahiran memainkan alat muzik, menyanyi dan melakukan gerakan)
- Bernyanyi/ Bermain alat muzik dengan mempraktikkan elemen muzik. (Modul Pengalaman Muzikal)
- Melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar. (Modul Pengalaman Muzikal)
Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)
- Mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik.
4
Kognitif
- Mengaplikasikan pengetahuan muzik untuk menghasilkan muzik. (Modul Penghasilan Muzik)
- Membicarakan muzik yang didengar atau ditonton dengan mengaplikasikan pengetahuan muzik. (Modul Muzik Apresiasi)
- Menulis notasi muzik pada baluk. (Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik)
Psikomotor (Kemahiran memainkan alat muzik, menyanyi dan melakukan gerakan)
- Bernyanyi/ Bermain alat muzik dengan mempraktikkan elemen muzik dengan betul. (Modul Pengalaman Muzikal)
- Melakukan pergerakan mengikut tema berdasarkan muzik yang didengar. (Modul Pengalaman Muzikal)
Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)
- Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
18. 10
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN
5
Kognitif
- Mengimprovisasikan idea muzik untuk menghasilkan karya muzik. (Modul Penghasilan Muzik)
- Membicarakan muzik pilihan sendiri dengan mengaplikasikan pengetahuan muzik. (Modul Muzik Apresiasi)
- Menulis notasi muzik pada baluk dengan betul dan tepat. (Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik)
Psikomotor (Kemahiran memainkan alat muzik, menyanyi dan melakukan gerakan)
- Bernyanyi/ Bermain alat muzik/ dengan mengaplikasikan elemen muzik secara konsisten. (Modul Pengalaman Muzikal)
- Membuat interpretasi melalui pergerakan terhadap muzik yang didengar. (Modul Pengalaman Muzikal)
Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)
- Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik dan menjadi contoh kepada murid lain.
6
Kognitif
- Mencipta karya muzik. (Modul Penghasilan Muzik)
- Membuat penilaian muzik pilihan sendiri dengan mengaplikasikan pengetahuan muzik untuk mengenal pasti identiti utama muzik tersebut. (Modul Muzik Apresiasi)
- Menulis notasi muzik pada baluk dengan betul dan tepat secara konsisten. (Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik)
Psikomotor (Kemahiran memainkan alat muzik, menyanyi dan melakukan gerakan)
- Bernyanyi/ Bermain alat muzik dengan mengaplikasikan elemen muzik secara ekspresif dan konsisten. (Modul Pengalaman Muzikal)
- Merancang dan melakukan pergerakan kreatif dari muzik yang didengar. (Modul Pengalaman Muzikal)
Afektif (Dinilai semasa aktiviti pengalaman muzikal)
- Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik serta menjadi contoh dan boleh menunjuk cara kepada rakan yang lain.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
20. DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
21. 13
OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT
Kurikulum Pendidikan Muzik Tahun Empat bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut;
i. menyanyikan lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic, sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo.
ii. memainkan alat perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan skor mengikut tempo,
iii. melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar,
iv. memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan skor,
v. menghasilkan idea muzik menggunakan vokal dan alat perkusi,
vi. mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar,
vii. menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter; dan
viii. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzik.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
22. 14
MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL (60%)
Murid menyanyikan lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo.
Murid memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan skor mengikut tempo.
Murid melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar.
Murid memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan skor mengikut tempo. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
1.1
Menyanyikan lagu daripada pelbagai repertoir.
1.1.1 Bernyanyi dengan pic yang betul.
- kawalan not
pendek
1.1.2 Bernyanyi lagu pusingan.
1.1.3 Bernyanyi solfa do, re, mi , fa , so.
- menyanyi solfa dalam pelbagai corak irama
Bernyanyi dengan cara mengajuk pic.
Bernyanyi dengan pic dan sebutan yang betul.
Bernyanyi dengan pic, artikulasi dan dinamik.
Bernyanyi dengan pic, artikulasi, dinamik yang betul.
Bernyanyi dengan pic, artikulasi, dinamik yang betul secara konsisten.
Bernyanyi dengan pic, artikulasi, dinamik yang betul secara ekspresif dan konsisten.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
23. 15
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
1.1.4 Mengaplikasi legato dan staccato dalam nyanyian.
1.1.5 Bernyanyi dengan dinamik.
- lembut (p)
- kuat (f )
- sederhana kuat (mf)
1.1.6 Bernyanyi dengan sebutan yang betul.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
24. 16
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
1.2 Memainkan alat perkusi
1.2.1 Memainkan corak irama berdasarkan skor.
1.2.2 Memainkan alat perkusi dalam pelbagai tempo.
1.2.3 Memainkan alat perkusi dengan dinamik berdasarkan skor.
- lembut (p)
- kuat (f)
- sederhana kuat (mf)
Memainkan alat perkusi dengan cara mengajuk corak irama dan dinamik.
Memainkan alat perkusi dengan corak irama dan dinamik mengikut tempo.
.
Memainkan alat perkusi dengan corak irama dan dinamik mengikut tempo berdasarkan skor.
Memainkan alat perkusi dengan corak irama dan dinamik yang betul mengikut tempo berdasarkan skor.
Memainkan alat perkusi dengan corak irama dan dinamik yang betul mengikut tempo berdasarkan skor secara konsisten.
Memainkan alat perkusi dengan corak irama dan dinamik yang betul mengikut tempo berdasarkan skor secara ekspresif dan konsisten.
2 3 4
4 4 4
- meter DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
25. 17
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
1.3
Bergerak mengikut muzik.
1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan muzik yang didengar.
- ekspresi diri
- melodi
Cadangan Aktiviti:
- bergerak berdasarkan situasi, tema atau puisi
Meniru pergerakan berdasarkan melodi.
Melakukan pergerakan yang ditetapkan berdasarkan melodi.
Melakukan pergerakan yang ditetapkan berdasarkan melodi dan ekspresi diri.
Melakukan pergerakan mengikut tema yang diberi berdasarkan melodi dan ekspresi diri.
Membuat interpretasi dan ekspresi diri melalui pergerakan terhadap muzik yang didengar.
Merancang pergerakan kreatif dari muzik yang didengar dan melakukan pergerakan secara ekspresif.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
26. 18
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD
PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN
1 2 3 4 5 6
1.4
Memainkan
rekorder
secara
ensembel.
1.4.1 Memainkan not
G , A , B , D’ dan C’
dengan ton yang baik.
G A B C’ D’
- memainkan not
- penjarian not G , A , B
, C’ dan D’
- pernafasan
- perlidahan (dengan
sebutan tu)
- embouchure
- postur
Memainkan
rekorder
dengan cara
meniru
teknik
permainan
rekoder.
Memainkan
rekoder
dengan
penjarian dan
perlidahan
yang betul.
Memainkan
frasa lagu
mengikut
tempo
berdasarkan
skor.
Memainkan
melodi atau
melodi
kaunter
dengan ton
yang baik
mengikut
tempo
berdasarkan
skor.
Memainkan
melodi dan
melodi
kaunter
dengan ton
yang baik
mengikut
tempo
berdasarkan
skor.
Memainkan
melodi dan
melodi
kaunter
dengan ton
yang baik
mengikut
tempo secara
ekspresif
berdasarkan
skor.
, , ,
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
27. 19
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
1.4.2 Memainkan rekorder berdasarkan skor.
- memainkan frasa lagu
- memainkan melodi kaunter
- memainkan melodi
1.4.3 Memainkan rekorder mengikut tempo.
- cepat
- lambat
1.4.4 Mengaplikasikan dinamik dalam permainan rekoder
- lembut (p)
- kuat (f)
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
28. 20
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
1.5
Menghayati
nilai murni menerusi aktiviti muzikal.
1.5.1 Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.
Menerima nilai murni dalam aktiviti muzik.
Menerima nilai murni dan mempamerkan dalam aktiviti muzik.
Mengamal- kan nilai murni dalam aktiviti muzik.
Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik.
Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik dan menjadi contoh kepada murid lain.
Sentiasa mengamalkan nilai murni dalam aktiviti muzik serta
menjadi contoh dan boleh menunjuk cara kepada rakan yang lain.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
29. 21
MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK (20%)
Murid menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif.
2.1.1 Menghasilkan kesan bunyi menggunakan perkusi.
2.1.2 Mencipta corak irama mudah.
2.1.3 Mencipta dan menyanyikan melodi mudah.
- mengajuk melodi
- mengimprovisasi ‘jawapan’ kepada ‘soalan’ melodi yang diberikan
Mengajuk corak irama dan melodi yang didengar.
Mengenal pasti kesan bunyi yang didengar.
Mengaplikasi- kan pengetahuan muzik yang sesuai untuk menghasilkan kesan bunyi.
Mengaplikasi- kan pengetahuan muzik untuk menghasilkan kesan bunyi berdasarkan situasi yang diberi.
Meng- imrpovisasi idea muzik yang diberi untuk menghasilkan karya muzik.
Mencipta karya muzik untuk mengiringi persembahan
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
30. 22
MODUL 3 : APRESIASI MUZIK (10%)
Murid mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
3.1
Menghayati muzik daripada pelbagai repertoir.
Contoh:
- Muzik Popular
- Muzik Tradisional Malaysia
- Muzik Klasik Barat
- Muzik Asia
3.1.1 Mengenal pasti muzik yang didengar.
Ciri muzik:
- Alat Muzik
(contoh: alat bertali, tiupan)
- Cara Persembahan
Mengecam muzik yang didengar atau ditonton.
Menyatakan cara persembahan muzik yang didengar atau ditonton.
Mengenal pasti ciri muzik yang didengar atau ditonton secara berpandu.
Membicara- kan muzik yang didengar atau ditonton dengan mengaplikasi- kan pengetahuan muzik.
Membicara- kan muzik pilihan sendiri yang didengar atau ditonton dengan mengaplikasi- kan pengetahuan muzik.
Membuat penilaian muzik pilihan sendiri yang didengar atau ditonton dan mengenal pasti identiti utama muzik tersebut.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
31. 23
MODUL 4 : MEMBACA DAN MENULIS NOTASI MUZIK (10%)
Murid menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter.
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD
PEMBELAJARAN
STANDARD PRESTASI
TAHAP PENGUASAAN
1 2 3 4 5 6
4.1
Membaca dan
menulis notasi
muzik.
4.1.1 Menulis symbol muzik.
- baluk
- garis bar
- klef trebel
- garis penamat
(double bar line)
4.1.2 Menama dan menulis not
G, A, B, C’, D’ pada
baluk.
- Semibrif
- Minim
- Krocet
- Kuaver
Mengenal
notasi muzik.
Mengetahui
dan
memahami
notasi muzik.
Mengetahui
memahami
dan menulis
semula notasi
muzik pada
baluk.
Menulis
notasi muzik
pada baluk.
Menulis
notasi muzik
pada baluk
dengan betul
dan tepat.
Menulis
notasi muzik
pada baluk
dengan betul
dan tepat
secara
konsisten.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
32. 24
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
4.1.3 Menulis nilai not dan tanda rehat.
Jenis Not
Nilai Not
Tanda
Rehat
semibrif
4
minim
2
krocet
1
atau
kuaver
½
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
33. 25
bilangan not dalam 1 bar
jenis not
4 4
bilangan not dalam 1 bar
jenis not
2 4 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI TAHAP PENGUASAAN 1 2 3 4 5 6
4.1.4 Menulis meter.
- menulis angka atas dan angka bawah bagi meter
Contoh:
Jenis Not
Semibrif
Minim
Krocet
2 4 4 4 DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
34. DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
36. DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
37. 29
GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN EMPAT
PERKATAAN PENERANGAN
Alat Bertali (String Instrument )
Alat muzik yang menggunakan tali untuk menghasilkan bunyi.
Contoh : gitar dan violin
Alat Tiupan (Blowing Instrument)
Alat muzik yang ditiup untuk untuk menghasilkan bunyi.
Contoh: clarinet, flute dan trumpet
Dinamik (Dynamic)
Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah yang digunakan ialah :
Istilah Simbol Makna
Piano
p
Bunyi lembut
Forte
f
Bunyi kuat
Mezzo Piano
mp
Bunyi sederhana lembut
Mezzo Forte
mf
Bunyi sederhana kuat
Embouchure
Teknik bibir atau mulut ketika memainkan alat tiupan.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
38. 30
PERKATAAN PENERANGAN
Irama
Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek.
Contoh irama:
Lagu Pusingan (Round Song)
Lagu yang dinyanyikan secara lapisan. Lagu bermula dengan satu lapisan melodi diikuti oleh
lapisan melodi yang sama dinyanyikan pada tempat permulaan yang berlainan dalam lagu
tersebut.
Legato Lancar/licin
Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur.
Contoh Melodi:
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
39. 31
PERKATAAN PENERANGAN
Mud (Mood)
Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.
Muzik Asia ( Asian Music)
Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah:
a. Ghazal dari Malaysia
b. Gamelan Bali dari Indonesia.
Muzik Instrumental
(Instrumental Music)
Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.
Muzik Klasik Barat
(Western Classical Music)
Muzik yang berasal dari negara Barat.
Contoh: Symphony No. 5 oleh Beethoven.
Muzik Popular (Popular Music)
Muzik semasa yang dikenali ramai.
Muzik Tradisional Malaysia
( Malaysian Traditional Music)
Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia.
Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.
Muzik Vokal (Vocal Music)
Muzik yang mengandungi nyanyian.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
40. 32
PERKATAAN PENERANGAN
Perlidahan (Tonguing)
Teknik tiupan menggunakan lidah untuk mengawal penghasilan ton bagi alat-alat tiupan.
Perkusi (Percussion)
Alat muzik yang dipalu, ketuk atau goncang untuk menghasilkan bunyi.
Contoh: kompang, kerincing, kastenet dan tamborin
Pic (Pitch)
Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.
Postur (Posture)
Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat muzik.
Repertoir Lagu (Repertoire)
Koleksi lagu.
Solfa
Sistem yang digunakan dalam nyanyian untuk mengenal pasti pic tertentu.
Staccato
Tersekat-sekat/terputus-putus.
Tempo (Tempo)
Kelajuan sesuatu karya muzik.
Contoh: Tempo cepat atau lambat.
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
41. DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
42. Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel: 03 8884 2000 Faks: 03 8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk
DSKP Tahun 4 KSSR Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran