Dokumen ini membahas isu-isu etika yang terkait dengan profesi keguruan, termasuk akuntabilitas, integriti, kesantunan, kepedulian, penampilan, larangan berniaga di sekolah, kerja sambilan, pengurusan masa dan keuangan. Dokumen ini menjelaskan definisi dan prinsip-prinsip setiap isu etika serta memberikan panduan bagi guru dalam mematuhi kode etik profesi.
1 of 21
More Related Content
Edu3108 tajuk 3 isu-isu etika guru nota
1. EDU 3108
ASAS KEPEMIMPINAN DAN
PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
Nordin Tahir
JIP, IPG Kampus Ipoh
2. TAJUK 3
ISU-ISU ETIKA GURU
8/2/2011 Nordin Tahir 2
3. Akauntabiliti Guru
• Akauntabiliti atau kebertanggungjawaban seseorang
guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab
terhadap profesion perguruan, tanggungjawab terhadap
negara dan tanggungjawab terhadap sekolah,
masyarakat dan diri sendiri.
• Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap
tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau
menyampaikan kurikulum yang telah disediakan kepada
murid-murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan.
8/2/2011 Nordin Tahir 3
4. Integriti Guru
• INTEGRITI - mengikut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka adalah kejujuran dan
ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan.
• Ia juga merangkumi keikhlasan,
keterbukaan, amanah, berpegang kepada
prinsip, sukar dipengaruhi dan boleh
dipercayai.
8/2/2011 Nordin Tahir 4
5. Integriti Guru
Institut Intergriti Malaysia (2004), -
• Kualiti unggul yg wujud secara keseluruhan & padu kpd
individu & organisasi.
• Intergriti berlandaskan etika & cerminan etika dlam
tindakan sehari-hari.
• Sebagai penjawat awam, intergriti guru bermakna bhw
guru perlu melaksanakan amanah & kuasa yg
dipertanggungjawabkan mengikut kepentingan umum.
• Perlu telus & tulus, memikul t/jawab terhadap ketua, org
bawahan & kpd pihak lain.
• Penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasanya
utk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kroni.
8/2/2011 Nordin Tahir 5
6. Integriti Guru (PIPP)
• Dalam teras Membina Negara Bangsa, integriti menjadi asas kepada
pembentukan masyarakat negara bangsa yang hendak dilahirkan.
Masyarakat Bangsa Malaysia yang ingin diwujudkan dalam teras ini
adalah sebuah masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik
dan cintakan negara.
• Melalui teras Membangunkan Modal Insan, hasrat kementerian
adalah untuk melahirkan masyarakat yang berpegang kepada sistem
nilai, berdisiplin, bersahsiah mulia, berakhlak tinggi dan mempunyai
jati diri yang kukuh.
• Dalam teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan, integriti disentuh
dalam konteks amanah kepimpinan sekolah, guru, ibu bapa dan
pelajar bagi mewujudkan sekolah npersekitaran kondusif kepada
setiap warganya.
8/2/2011 Nordin Tahir 6
7. Integriti Guru
• Dalam teras Merapatkan Jurang Pendidikan, integriti merupakan asas
kepada kecekapan sistem penyampaian bantuan dan pembelaan terhadap
golongan yang miskin, berkeperluan khas dan yang tinggal di lokasi yang
lebih terkebelakang dan terpencil.
• Dalam teras Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti merupakan
dorongan dalaman agar guru melaksanakan amanah mendidik anak
bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri.
• Manakala dalam teras terakhir, iaitu teras Melonjakkan Kecemerlangan
Institusi Pendidikan, integriti wajar menjadi pegangan kepada kepimpinan
sekolah kluster agar autonomi yang diberikan dapat digunakan dengan
penuh berakauntabiliti.yang cemerlang, beraspirasi nasional dan yang
mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan.
8/2/2011 Nordin Tahir 7
8. Kesantunan Guru
• Perlakuan atau t/laku yg mampu menjalin hubungan yg
baik antara satu sama lain dan menjadikan sesuatu
pergaulan itu berada dlm keadaan harmoni & mesra.
• Perlakuan verbal & non verbal
• Zaaba (Jurnal Malayan Branch, 1950),
- Pengawalan suara penting:-
- tidak boleh menjerit & meninggikan suara
- Tidak membolot sidang perbualan &
- Bercakap terlalu banyak ttg diri sendiri
- Memuji diri sendiri
8/2/2011 Nordin Tahir 8
9. Kesantunan Guru
• Merupakan tatacara berkomunikasi secara lisan.
• Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut norma-norma budaya yg
ada dlm masyarakat setempat.
• Kesantunan berbahasa bagi guru termasuklah:-
- Kata2 jujur, ikhlas & benar
- Intonasi suara yg sesuai & menjauhi intonasi tinggi
- Memilih penggunaan kata ganti nama diri serta sapaan yg tepat &
menghormati pihak yg mendengar
- Tidak membolot perbualan & tidak mencelah percakapan org lain
- Mementingkan diri dan pandangan sendiri shj.
- Menggunakan kata2 tersirat & tidak menyinggung
- Perlakuan lain spt gaya berpakaian, cara duduk, cara berhubung
dgn pihak lain spt senyum, salam menyapa & beramah tamah.
8/2/2011 Nordin Tahir 9
10. Ciri Kesantunan Guru
• Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang & sanggup berkorban.
• Bersyukur & bert/kasih atas nikmat yg diperoleh.
• Berani, tegas & mampu membetulkan perkara keji yg
berlaku.
• Menghargai & menghormati pihak lain
• Tidak menyakiti hati pihak lain
• Peramah, pemurah & bersedia membaiki kelemahan diri
8/2/2011 Nordin Tahir 10
11. Kepedulian Guru
Hall, George & Rutherford, 1977:-
• Perwakilan komposit perasaan, pemikiran, dan perhatian yang
diberikan kepada sesuatu isu/tugas
Van den Berg & Ros ( 1999):-
• Persoalan2 keraguan & kemungkinan tentangan pihak guru apabila
menghadapi situasi baharu atau tuntutan yg kian mencabar.
• Gabungan perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru
terhadap isu yang dihadapi semasa melaksanakan tugasnya.
Havelock (1995):-
• Merupakan kuasa2 yg akan menggerakkan suatu proses perubahan
yg terancang.
8/2/2011 Nordin Tahir 11
12. Kepedulian Guru
• Guru perlu :
a) Sedar atas perubahan
b) Minat pada perubahan
c) Mengenali pembawa perubahan
d) Mengurus perubahan
e) Menilai kesan perubahan
f) Bekerjasama dengan rakan
g) Membuat penambahbaikan
• Tumpuan perhatian terhadap pelajar
• Memenuhi keperluan pelajar
• Mementingkan perkembangan pelajar dr segi rohani, intelek, emosi
& jasmani
• Mengeratkan hubungan dgn pelajar, prihatin & mendengar
pandangan pelajar
• Mewujudkan suasana kondusif, memahami pelajar secara individu,
berempati & memenuhi keperluan akademik & emosi pelajar
8/2/2011 Nordin Tahir 12
13. Kepedulian Guru
• Fuller, Parsons & Watkins (1974) mengkategorikan kpd 3 prgkat:-
i. Penyempurnaan diri
ii. Tugas-tugas pengajaran
iii. Impak pengajaran
• Kepedulian dari segi penyempurnaan diri
- urus hal kehidupan seharian
- jangan sampai masalah kehidupan mengganggu tugas
• Kepedulian terhadp tugas pengajaran
- ambil peduli tentang bahan, kaedah dan beban p & p
- bimbang terhadap perasaan murid terhadap guru
• Kepedulian terhadap impak pengajaran
- yakin terhadap kebolehan pelajar
- guru lebih fokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan
8/2/2011 Nordin Tahir 13
14. Penampilan Guru
• Stewart (2005) – Tret-tret perwatakan & personaliti yg
dianggap perlu utk kejayaan sebagai seorg guru spt t/jwb,
kreativiti, empati & profesionalisme.
• Ciri-ciri peribadi yg dimiliki oleh guru spt sikap, kepercayaan,
minat, apresiasi dan nilai-nilai.
• Penting bagi pendidik guru mengetahui & memahami
penampilan guru yg efektif supaya mrk dpt mencipta
pengalaman yg akan membantu membentuk ciri-ciri pelajar
serta membantu pelajar meneroka penampilan utk mengajar.
• Crick et al., (2004) - Penampilan merangkumi gabungan
pengalaman lampau, hubungan sosial, nilai, sikap &
kepercayaan.
8/2/2011 Nordin Tahir 14
15. Penampilan Guru
• Howard (2007) – Menghuraikan 4 ciri utama penampilan & sahsiah
guru yg dpt menghasilkan pembelajaran yg lebih baik iaitu:-
i. Penampilan utk perbezaan
- Guru perlu mempunyai tahap keterampilan berasaskan
budaya iaitu satu kebolehan mengenalpasti & mengiktiraf pelbagai
realiti yg wujud dlm b/darjah yg mempunyai pelbagai budaya.
- Guru perlu tahu menangani perbezaan bangsa, agama,
jantina, warna kulit, konservatif atau liberal dsbnya.
ii. Penampilan utk berdialog
- Mempunyai keinginan & minat utk meneroka persamaan &
perbezaan antara individu.
- Dpt mengenalpasti 2 jenis dialog iaitu dialog profesional
antara rakan sejawat & dialog di dlm b/darjah antara guru & murid.
8/2/2011 Nordin Tahir 15
16. Penampilan Guru
iii. Disilusi (Disillusionment)
- Guru yg dpt meneroka & mengenepikan ilusi (khayalan)
adalah lebih responsif dari segi budaya dlm persekitaran yg
pelbagai.
iv. Demokrasi
- Guru yg efektif dpt mengenalpasti kepentingan demokrasi &
memberikan peluang yg sama kpd pelajar utk melibatkan diri
dlm pelbagai aktiviti p & p.
8/2/2011 Nordin Tahir 16
17. Berniaga Di Sekolah
• Guru sepatutnya melaksanakan t/jwb sebagai pendidik dlm
b/darjah & bukannya menjlnkan perniagaan di sekolah.
• Guru yg berniaga di sekolah melanggar etika perkhidmatan
awam & guru terikat dgn Perintah Am yg bertujuan mengawal
tingkah laku & etika pekerja dlm perkhidmatan awam.
• Guru yg ghairah berniaga di sekolah sehingga mengabaikan
t/jwb mrk perlu diberi teguran oleh pihak pentadbir &
mengambil tindakan sewajarnya agar tidak menjejaskan
profesion perguruan.
8/2/2011 Nordin Tahir 17
18. Kerjaya Sambilan
• Pendidik tergolong sebagai penjawat awam & tertakluk kpd
peraturan Perintah Am Kerajaan.
• Penjawat awam perlu memohon kebenaran utk melakukan
kerja sambilan bagi menambah pendapatan.
• Kelulusan hanya diberikan jika kerja sambilan itu tidak
bercanggah dgn peraturan yg ditetapkan spt tidak dilakukan
dlm waktu bekerja & tidak menjejaskan tugas.
8/2/2011 Nordin Tahir 18
19. Pengurusan Masa
• Good (1973), - Perancangan masa yg berkesan sama ada
secara harian, mingguan atau jangka masa panjang utk
pelbagai aktiviti spt kuliah, belajar, riadah, t/jwab peribadi &
rehat.
• Melibatkan 2 dimensi:-
- Pengurusan masa utk diri guru sendiri
- Menanamkan aspek kepentingan mengurus masa kpd
pelajar.
8/2/2011 Nordin Tahir 19
20. Pengurusan Kewangan
i. Cara menguruskan kewangan semasa bertugas
- Kutipan wang SUWA (Sumber Wang Awam) spt yuran pelajar,
derma, sumbangan orang ramai, sewa harta sekolah spt kantin,
bas & pelbagai hasil jualan drp projek2 sekolah.
- Guru perlu mempunyai akauntibiliti terhadap wang yg dikutip.
ii. Cara menguruskan kewangan diri sendiri & keluarga
- Mengamalkan sifat kesederhanaan & berhemat.
- Berwaspada ketika berbelanja, tidak mengamalkan gaya hidup
yg boros & suka bermegah.
- Harus tahu membezakan antara keperluan & kemewahan.
- Berbelanja secara berhemat sesuai dgn kemampuan diri.
- Perlu menabung utk masa depan diri & keluarga.
8/2/2011 Nordin Tahir 20
21. Tutorial
• Kongsi cerita/isu-isu guru melanggar etika keguruan
dengan rakan sekelas anda.
• Bincang sebab-sebab berlaku ketidakpatuhan etika
keguruan.
• Cadangkan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku
kepada seorang guru yang gagal mematuhi etika,
akauntabiliti dan integriti.
• Bincang/dapatkan maklumat isu-isu melibatkan
penyalahgunaan masa dan wang yang mungkin berlaku
di sekolah. Cadangkan cara – cara mengatasi masalah
tersebut.
8/2/2011 Nordin Tahir 21