1. SHT 2123 ASAS ELEKTROMEKANIKAL DAN ENJIN
TAJUK:
PRINSIP ENJIN EMPAT LEJANG
NAMA KUMPULAN:
SITI AISAH BINTI HAJI MUDA
D20081032608
SITI NURUL IHSAN BINTI CHE LAH
D20081032621
ISNIN 8.00PM-10.00PM
2. ENJIN 4 LEJANG
• jenis enjin pembakaran dalaman yang biasa
digunakan pada kenderaan seperti kereta, bas,
lori dan motosikal adalah enjin empat lejang,
sama ada enjin petrol ataupun enjin Diesel.
Satu lejang merujuk kepada gerakan dari titik
tetap atas ke titik tetap bawah atau sebaliknya;
maka enjin empat lejang mendapat namanya
daripada empat lejang yang masing-masing
menjalankan satu fungsi khas iaitu masukan,
mampatan, perolehan kuasa dan penyingkiran
gas ekzos.
3. KITAR OTTO
• Enjin empat lejang yang juga dikenali sebagai enjin
kitar Otto mula dipatenkan oleh Eric B.Davicson dan
Felice Matteucci pada 1854 diikuti dengan prototaip
pertama pada tahun 1860. Ia juga dikonsepkan oleh
jurutera Perancis, Alponse Beau de Rochas pada
tahun 1862 dan secara bebas, oleh jurutera Jerman
Nicolaus Otto pada 1876.
• Kitaran kuasa terdiri daripada mampatan adiabatik ,
penambahan haba seisipadu, pengembangan
adiabatik serta penyingkiran haba seisipadu, diwakili
dengan perwatakan empat lejang, atau gerakan naik-turun
omboh di dalam silinder:
4. PRINSIP ENJIN EMPAT
LEJANG
• LEJANG MASUK
• LEJANG MAMPATAN
• LEJANG KUASA
• LEJANG EKZOS
5. LEJANG MASUK
1. Injap masuk terbuka.
2. Omboh bergerak ke
bawah dan
menyedut campuran
udara-bahan api
(udara sahaja bagi
kes enjin diesel) ke
dalam kebuk
pembakaran.
6. LEJANG MAMPATAN
1. Kesemua injap masukan dan
ekzos tertutup.
2. Omboh bergerak ke atas dan
memampatkan campuran
udara-bahan api (udara
sahaja bagi kes enjin diesel).
3. Pada penghujung lejang
mampatan, palam pencucuh
dinyalakan bagi membakar
campuran udara-bahan api
tetapi dalam enjin Diesel,
minyak diesel disuntik ke
dalam silinder pada
penghujung lejang mampatan.
7. LEJANG KUASA
1. Campuran udara-bahan api
terbakar disebabkan
pembakaran oleh bunga api
palam pencucuh (bagi enjin
petrol) atau suhu tinggi akibat
mampatan udara sehingga
minyak diesel terbakar sendiri
(bagi enjin diesel).
2. Pembakaran campuran
tersebut menyebabkan gas-gas
terbakar di dalam kebuk
pembakaran mengembang
dan seterusnya menolak
omboh ke bawah,
menghasilkan kuasa kepada
enjin
8. LEJANG EKZOS
1. Injap ekzos terbuka.
2. Omboh bergerak ke
atas dan
menyingkirkan gas-gas
ekzos keluar
dari kebuk
pembakaran.
10. PERBEZAAN ANTARA ENJIN PETROL DAN DIESEL
Enjin Petrol
i. Nisbah mampatan rendah (5:1)
ii. Mampatan menaik suhu campuran
udara-bahan api melalui kadar yang
kecil.
iii. Campuran udara-bahan api telah
sedia bercampur sebelum
memasuki silinder.
iv. Campuran udara-bahan api
dinyalakan oleh bunga api.
v. Injap digunakan untuk
memasukkan campuran udara-bahan
api.
vi. Sistem penyalaan diperlukan
vii. Karburetor digunakan untuk
menghasilkan campuran udara-bahan
api.
viii. Enjin petrol lebih bersih dan
senyap
ix. Tidak sesuai membawa muatan
berat.
x. Mudah menjaga keadaan enjin
petrol.
Enjin Diesel
i. Nisbah mampatan tinggi (20:1)
ii. Haba mampatan memanaskan
campuran bahan api kepada suhu
yang tinggi, kira-kira 1000 F
iii. Bahan api diesel disemburkan
berasingan ke dalam silinder yang
mengandungi udara yang telah
dimampatkan.
iv. Campuran bahan api yang dinyalakan
oleh haba mampatan yang terlalu
tinggi.
v. Satu ‘injector nozzle’ digunakan
untuk memasukkan diesel ke dalam
rongga pembakaran.
vi. Pam penimbang masa digunakan
( tiada sistem penyalaan)
vii. Tidak memerlukan karburetor.
viii.Enjin diesel kotor dan bising.
ix. Sesuai untuk membawa muatan berat
bagi jarak atau perjalanan jauh.
x. Susah menjaga keadaan enjin diesel.
11. CIRI-CIRI ENJIN
• Enjin 4 lejang tahan lebih lama dari 2 lejang
♣ Kekurangan sistem pelinciran yang sempurna
pada enjin 2 lejang menyebabkan proses
penghausan lebih cepat.
• Enjin 4 lejang lebih efisyen dalam pengguanaan
bahan api
♣ Enjin 2 lejang terdapat pembaziran bahan api
semasa lejang ekzos.
• Enjin 4 lejang lebih bersih
♣ Enjin 2 lejang menghasilkan pencemaran
kerana terdapat campuran bahan api yang
tidak terbakar terbebas semasa lejang ekzos.