1. Sumbangan teknologi terhadap kelestarian dan keruntuhan tamadun
manusia dan membuat ulasan tentang pendekatan yang sesuai
dijalankan di Malaysia demi memastikan kesinambungan tamadun
dapat diwarisi kepada generasi yang seterusnya.
Pada asasnya, sejarah itu tidak lebih daripada berita-berita perang, jatuh bangunnya
sesebuah kerajaan.Namun secara umumnya tamadun ditakrifkan sebagai
pencapaian manusia dalam bidang kebendaan disamping tidak mengabaikan aspek-
aspek kerohanian yang menjadi panduan ke arah kesempurnaan kehidupan di dunia
dan di akhirat.
Kamus Dewan mentakrifkan tamadun sebagai kebudayaan, kemajuan atau
perdaban.Manakala peradaban berasal daripada perkataan adab yang merujuk
kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan) dan istilah barat ditakrif juga
sebagai telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), iaitu bertamadun.
Pengertian tamadun dari perspektif barat yang berasal daripada istilah civitas
yang bermaksud bandar. Civilization pula ialah sesuatu yang berkaitan dengan
manusia dan masyarakat. Manakala civic pula membawa maksud kehidupan rasmi
dan hal ehwal bandar. Dalam Bahasa Melayu, perkataan tamadun membawa tiga
elemen yang berbeza iaitu peradaban, kebudayaan dan juga kemajuan.
Sebenarnya perkataan 'tamadun' dari sudut etimologi berasal daripada perkataan
maddarm dalam bahasa Arab. Maddana yang merupakan kata kerja merujuk
kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi
pekerti. Daripada perkataan maddana ini diterbitkan perkataan madani yang
merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan
pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji.Kedua-dua
perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang
bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.Pengertian tamadun
berdasarkan etimologi seperti yang dikemukakan, secara tidak langsung
menekankan dua perkara yang penting dalam memberi takrifan yang lengkap
terhadap tamadun.
2. Pentakrifan tamadun yang lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara
tersebut yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan
perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan
sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan,
pemikiran dan kemajuan yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan
peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang
terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa. Perkataan
bahasa Arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun lalah hadarah
yang berasal daripada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di
bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi.Tamadun juga disamakan pengertiannya
dengan peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada
kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat.
1.1 TEKNOLOGI
Kemajuan teknologi dalam sesebuah tamadun menyumbang kepada pembangunan
sesebuah tamadun itu. Sejarah kemajuan tamadun Cina juga dapat dilihat jelas
melalui sumbangan tamadun tersebut dalam beberapa bidang seperti astronomi
dibuktikan dengan adanya penciptaan katalog bintang, bidang matematik iaitu
penggunaan Sempoa dan bidang perubatan menerusi penemuan teori Yin dan
Yang. Antara tokoh perubatan yang terkenal ialah Hua Tua iaitu seorang pakar
bedah yang berjaya menghasilkan anastesia serta Choa Yuan Fang yang
menghasilkan karya perubatan berkaitan dengan penyakit mata, kudis buta dan
sebagainya. Selain itu, tamadun Cina turut telah menunjukkan perkembangan
tamadunnya dalam bidang optik iaitu melalui prinsip fokus, imej dari kanta cekung,
bidang kimia dan teknologi Cina dengan adanya abah-abah yang diikat pada dada,
kereta sorong, kain sutera dan lain-lain.
Selain itu, interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah
sehinggalah kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali-
sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275-
1292.Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan
3. seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat.Ilmu
mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa
masuk dari negara China.
Dalam tamadun Jepun, bidang perindustrian yang dimajukan adalah tekstil, simen ,
kaca dan lain-lain. Pada zaman Meiji, beliau menggalakkan para cendekiawan
mereka cipta alat-alat elektrik, hasil ilham dan pengubahsuaian dari Barat.Ini
merupakan salah satu zaman yang paling gemilang dalam sejarah Jepun.Dibawah
pemerintahan Meiji, Jepun telah diubah kepada sebuah negara yang moden dan
berkuasa.Justeru itu, Jepun telah memperkenalkan pelbagai barangan elektrik
menerusi syarikat terkenal Toshiba.Mata wang Yen juga turut diperkenalkan.
Seterusnya, teknologi juga sedikit sebanyak menyumbang pada pembinaan bandar
terancang menjadi keunggulan sesebuah tamadun.Kemajuan tamadun India
sebenarnya telah lama bermula dengan adanya pembukaan bandar terancang yang
pertama di dunia iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa yang telah dibina pada tamadun
Hindus.Bermula daripada detik tersebut bidang seni tamadun Hindus mahupun India
semakin berkembang maju.Seni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah dapat
dipisahkan.Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang-bidang
kesenian seperti seni halus, tarian, drama, seni bina dan seni ukir serta seni
lukis.Contohnya, pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India
berkembang maju.Tiang Asoka merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan
seni ukir India.Pada zaman Gupta, senibina dan seni ukir mencapai
kegemilangannya.Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva adalah
antara lambang kemegahan seni bina India.Ukiran Gua Ajanta dan Ellora serta duit
syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya. Di India
Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava menunjukkan corak
seni bina dan seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada zaman Chola, kuil
Brigathiswarar yang dibina di Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina
bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri dalam seni bina India.
Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman tamadun cina
dahulu yang masih wujud sehingga kini sangat berkurangan.Ini disebabkan
sebahagian besar bahan-bahan yang digunakan iaitu kayu tidak dapat bertahan
4. lama kerana pengaruh iklim dan cuaca. Dalam seni bina Cina, tembok merupakan
antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok
yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa,
kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan
yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian
kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki
atau lebih. Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga
untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.tamadun Cina pula,
teknologi pembinaan seperti yang digunakan dalam pembinaan Tembok Besar
China bagi mempertahan serangan orang Gasar dan pembinaan kuil Pagoda
berbentuk octagon merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai
sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina.
Lebih-lebih lagi, budaya ilmu juga turut berkembang dalam tamadun Islam.Teknologi
mengikut perspektif Islam adalah penting dalam usaha pengukuhan budaya Iqra
dan budaya Qalam. Sebagai contoh, teknologi kertas yang diimport daripada negara
China ke negara Islam melalui Samarkand sekitar tahun 704, kesinambungan
daripada itu, pembinaan kilang kertas di Samarkand semakin berkembang pesat
atas permintaan terhadap kertas yang tinggi. Keadaan ini berlangsung sehingga
sebuah kilang dan gudang pengeluaran kertas dibina di Baghdad pada tahun
794.Manakala teknologi dakwat pula didakwa telah diketahui dan dikuasai oleh Islam
lebih awal lagi. Mungkin juga diperkenalkan oleh orang Mesir kepada orang Arab
melalui perdagangan sebelum atau pada waktu turunnya ayat 1-5 surah al-Qalam.26
Kedua-dua teknologi tersebut merupakan pemangkin utama dalam perkembangan
budaya ilmu dalam ketamadunan Islam.
Di samping itu, teknologi juga telah meningkatkan lagi kemajuan dalam
pengangkutan dan pelayaran. Contohnya, dalam tamadun Cina penciptaan kereta
sorong membantu menjimatkan tenaga manusia. Penciptaan layar kapal untuk
pelayaran jarak jauh. Dalam Tamadun Cina, penemuan tentang gejala magnet
aruhan (induced magnetism) dalam kurun ke-6, pengherotan (declination) dan juga
kekutuban magnet (polarity) pada kurun ke-8 dan ke-9, telah membuahkan
5. penghasilan kompas oleh orang cina dan digunakan semasa pelayaran. Kompas
yang pertama juga dicipta oleh penduduk China.Sebernanya, tujuan utama
penciptaan tersebut adalah untuk keagamaan sahaja.Kompas itu diperbuat daripada
kayu dan sebatang sudu magnet.
Sumbangan tamadun Islam dalam bidang perubatan.Penemuan cara mengubati
penyakit juga sumbangan teknologi dalam bidang perubatan. Dalam tamadun Islam,
Ibn Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat
beberapa penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan
psikosomatiks (psychosomatic medicine).Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis
melalui denyutan jantung (pulse diagnosis') untuk mengenal pasti (dalam masa
beberapa detik sahaja) ketidakseimbangan yang berkenaan. Diagnosis melalui
denyut jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di
Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani.
Seorang doktor tabii dari Amerika Syarikat (1981) melaporkan bahawa para hakim di
Afghanistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam penentuan penyakit
melalui 'denyutan jantung'. Kaedahnya bukan sahaja mengira berapa denyut jantung
di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai merangkumi sama ada kuat
atau tidak denyutan, masa antara denyutan, kandungan kelembapan di paras kulit
dekat denyutan itu dan sebagainya. Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang
hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihadapi di dalam tubuh si
pesakit.
Seterusnya, sumbangan teknologi juga tidak terhingga dalam bidang
astronomi.Dalam tamadun Islam,Al-Biruni lebih melibatkan dinnya dalam bidang
astronomi namun beliau juga berkemahiran dalam ilmu matematik.Al-Biruni dapat
menguasai geometn, antmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau
Juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.Al-Biruni,
sebagai seorang sarjana dalam bidang sains telah menghasilkan beberapa aspek
mengenainya antaranya trigonometri sfera, aritmetik orang India, cahaya dan bunyi,
graviti, ketumpatan, mekanik, berat dan ukuran, geografi, geodesi dan stratografi
dan sebagainya.Al-Biruni menghasilkan sebuah karya berjudul Maqalid 7lm al-
Haiahfi Basit al-Kurah sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi
6. berjudul al-Tafhim kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang balk serta
mudah difahami. Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau
dilengkapkan lagi.Salah satu daripadanya diberi judul Jamial al Tarq al Sairah fi
Marafah Awtar al Dairah yang membincangkan kaedah-kaedah dalam penemuan
ukur lilit bulatan. Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap
trigonometri sebagai bidang yang terpisah dengan astronomi serta
mengembangkannya dengan cara yang sistematik.
1.2 KELESTARIAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN
Namun demikian, teknologi memainkan peranan penting dalam melestarikan dunia,
tetapiia juga sedikit menyumbang kepada keruntuhan sesebuah tamadun tersebut.
Antaranya ialah teknologi dalam peperangan.Tamadun Cina merupakan bangsa
pertama mencipta serbuk letupan dan meriam yang telah digunakan untuk
menggulingkan pemerintah-pemerintah Mongol oleh Dinasti Ming pada penghujung
abad ke-14. Dari segi peralatan, tentera India mencipta meriam, kayu pelontar,
busar, pedang,tombak dan lembing yang merupakan senjata yang biasa digunakan
oleh askar India. Disebabkan oleh kemajuan dari segi teknologi peralatan
peperangan, ratusan orang terkorban dalam kebanyakan peperangan dalam
sesebuah tamadun tersebut.Peperangan yang berlaku boleh membawa keruntuhan
tamadun.Peperangan yang berlaku di Jepun iaitu perang dunia pertama dan kedua
telah meragut nyawa ribuan orang.Serangan yang dilakukan ke atas Jepun telah
menyebabkan tamadun Jepun mengalami keruntuhan.
Kemajuan teknologi secara tidak langsungnya melahirkan sikap ketamakan dan
kezaliman pemerintah.Dalam tamadun Cina, semasa era pemerintahan Dinasti Sui,
Maharaja Yang Ti telah mengabaikan tanggungjawab dan bertindak keras terhadap
rakyatnya.Beliau memaksa rakyat membina istana-istana raja sebagai tanda
keunggulan dan kemajuan tamadun dalam bidang teknologi.Beliau juga
mengarahkan rakyatnya membina terusan untuk meningkatkan lagi hasil
pertanian.Ketamakannya telah mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan
rakyat.Akhirnya, golongan petani bangkit dan menjatuhkan dinasti tersebut.
7. Teknologi juga memberikan segala kemewahan hidup yang melalaikan pemerintah.
Dalam tamadun Islam , itu merupakan salah satu faktor keruntuhan kerajaan Bani
Abbasiah. Kemewahan hidup yang dikecapi melalaikan pemerintah dengan tugas dn
tanggung jawab kepada Negara. Selain itu, kadang-kala sesetengah peralatan
teknologi tidak bersifat pragmatik ataupun praktikal mengundang kepada sifat
tertutup sesebuah tamadun.Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya
kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka
berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan.Dalam sejarah dapat
dilihat bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari dalam
disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan
sosial.
Dalam tamadun Cina pula, orang Cina lebih mengutamakan teknologi atau alat- alat
penciptaan untuk tujuan pragmatik atau kegunaan berbanding dengan menjalankan
penyelidikan dalam bidang sains untuk maksud pengetahuan yang bersifat asas dan
teoretikal.Golongan China ini telah membawa kesan konservatif terhadap inovasi,
dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan teknik baru kecuali teknik itu
boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi.Para
pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan atau perniagaan
dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia
luar. Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi
sehingga abad ke-20 yang kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah
membangkitkan kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi
moden.
1.3 Pendekatan yang sesuai dijalankan di Malaysia
8. Pencapaian sesebuah tamadun bukan terhenti sekadar bidang teknologi sahaja.
Malah, ia berterusan sehingga bidang bahasa dan kesusasteraan, matematik, dan
sebagainya. Mana-mana bangsa di dunia ini boleh membina ketamadunan yang
besar dan agung jika mereka sentiasa melakukan penerokaan, penemuan,
penciptaan, pengubahsuaiaan, dan pembaharuan kepada setiap hasil.Sebagai salah
satu negara yang bertamadun, Malaysia mewarisi tradisi penemuan, peniruan,
pengkayaan, pembaikan, pembaharuan dan penciptaan yang telah mengakar dan
berkembang berpandukan tamadun manusia. Justeru, adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk memastikan kesinambungan tamadun dapat diwarisi
kepada generasi yang seterusnya di Malaysia.
Antara pendekatan yang sesuai dijalankan di Malaysia ialah dengan mengekalkan
bahasa dan kesusasteraan tamadun masing-masing.Setiap kaum harus diberikan
pendedahan tentang hasil kesusasteraan mereka.Usaha ini dapat direalisasikan
melalui sistem pendidikan di Malaysia.Karya-karya penulisan harus dibukukan
sepertimana al-Quran yang ditulis dijaga, dan dimanfaatkan oleh penganut Islam
pada hari ini. Dalam budaya Cina, sifat bahasa Cina mengekalkan kesinambungan
budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset
budaya masyarakat Cina yang amat bemilai. Langkah-langkah yang perlu diambil
oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai untuk membaca karya sastera
termasuklah peranan pihak kerajaan khususnya penerbitan majalah
kerajaan.Mereka perlu menerbitkan majalah tentang karya dan buku sastera.Pusat
sumber kerajaan boleh mengadakan pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan
pantun pada setiap bulan.Pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus
menerbitkan lebih banyak karya sastera supaya karya tersebut mudah didapati di
pasaran. Secara tidak langsung, ia berkemampuan untuk melahirkan sasterawan
muda di Malaysia.
Selain itu, pihak yang terlibat boleh memberikan pendedahan mengenai cara
perubatan lama yang boleh diguna pakai kepada masyarakat. Tampilnya, sistem
Ayurveda yang masih digunakan hingga sekarang.Kaedah ini diakui
keberkesanannya dan digunakan secara meluas oleh masyarakat dunia. Jika tiada
usaha yang bersungguh-sungguh diambil untuk mengkaji, memelihara dan
9. mengekalkannya, kita akan kehilangan suatu tamadun ilmu yang boleh
dibanggakan. Perkara seperti ini haruslah diketahui dan diamalkan bagi
mengekalkan kesinambungan tamadun.
Pihak sekolah perlu memberi tumpuan sepenuhnyauntuk menarik minat murid ke
arah teknologi dengan memupuk kesedaran teknologi. Kelalaian pelajar terhadap
mata pelajaran Sains perlu dihilangkan dalam diri pelajar. Di sekolah, guru mata
pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan kepada aspek amali dan
penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori.Selain itu, pertandingan reka
cipta sains perlu diadakan dari semasa ke semasa.Aktiviti ini penting untuk
meningkatkan inovasi dan kreativiti pelajar. Usaha ini dipercayai dapat
meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi, sekali gus memupuk
budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini. Kita tidak
harus memandang enteng dan hidup dalam kesenangan sahaja, malah mampu
menghasilkannya bagi mengekalkan kesinambungan tamadun.
Tambahan pula, nilai kekeluargaan perlu dipupuk dalam diri setiap insan.keluarga
merupakan lingkukan yang paling berkesan dan efektif dalam menyebar dan
menyerap nilai-nilai rohani dalam jiwa anak-anak muda.Anak-anak ibarat kain putih,
ibu bapalah perlu mencorakkan warnanya.Mereka perlu menyemai nilai-nilai rohani
di kalangan anak-anak mereka.Justeru itu, setiap tamadun menyarankan
kepentingan nilai kekeluargaan bermula dari tamadun Islam hingga
Jepun.Penubuhan majlis pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di setiap
negeri harus dilaksanakan secara bersepadu di peringkat akar umbi.Kempen
Utamakan Keluarga juga boleh diadakan bagi memastikan kesinambungan kasih
saying.Keutuhan sesebuah keluarga menjadi asas kepada nilai-nilai universal
seperti toleransi, mengelakkan perasaan dengki, sabar, menjaga maruah diri dan
sebagainya.Ini membolehkan masyarakat mewarisi nilai-nilai universal secara
generasi ke generasi dan mengekalkan kesinambungan tamadun.
10. Unsur kesenian juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan
kesinambungan tamadun.Memang tidak dapat dinafikan bahawa segala unsur
pembinaan di Malaysia adalah inspirasi ataupun pemerhatian daripada tamadun
tamadun dahulu.Pembinaan tokong dan masjid yang menyerupai bangunan-
bangunan pada tamadun dahulu adalah salah satu daripada contohnya.Namun,
pembangunan pesat kini kian mengancam seni bina yang kita warisi secara
generasi.Bangunan-bangunan yang dibina lebih dipengaruhi oleh aspek seni bina
barat.Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,
sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar perkara ini boleh
dibasmi hingga ke akar umbi.Pihak kerajaan perlulah mengambil inisiatif bagi
membina hotel-hotel, tempat pelancongan yang mempunyai reka bentuk tamadun
dahulu. Proses pemuliharaan bangunan warisan juga amat digalakkan. Jika tiada
langkah berkesan yang diambil, lambat laun generasi baru Malaysia bukan sahaja
akan kehilangan warisan seni bina, malah tidak dapat mengenali warisan seni bina
bangsa mereka sendiri secara lebih dekat.
Tuntasnya, kemajuan sesebuah tamadun merupakan bukti bahawa sesebuah
masyarakat itu bertamadun. Tamadun hari ini terhutang budi kepada tamadun-
tamadun manusia dahulu kerana ia menjadi asas dan memberikan ilmu
pengetahuan yang tidak terhingga. Kemajuan tamadun-tamadun dahulu merupakan
punca kesenangan dan kemewahan yang kita miliki sediakala. Usaha pasti akan
membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera
untuk mengatasi masalah kesinambungan tamadun yang sudah bersarang lama di
negara kita ini. Generasi muda perlu dibekalkan dengan kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang secukupnya agar kesinambungan kemajuan dapat dikekalkan
untuk masa depan.