2. PENGENALAN
• Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan
perdamaian kerana perkataan Islam sendiri bermaksud aman
dan perdamaian. Oleh itu, Islam tidak menggalakkan
peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas
wilayah atau negara lain tanpa mempunyai sebab yang
munasabah.
• Namun apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam,
umat Islam wajib mengangkat senjata utk mengelak maruah
dipermainkan oleh pihak tertentu seperti mana ayat al-Quran
melalui Surah al-Baqarah, ayat 190. Melalui ayat ini, jelas
menunjukkan Allah SWT membenarkan berperang sekiranya
diserang oleh pihak musuh spt kafir Quraisy Makkah yg
memusuhi Islam, Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.
3. • Perjuangan inilah dikatakan jihad iaitu berjuang krn Allah SWT
dan konsep ini berjaya melahirkan individu yg benar-benar
mempunyai jati diri dan mampu mempertahankan agama Islam.
• Peperangan dlm Islam dilakukan mempunyai tujuan spt
mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan;
mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan negara;
mencari keamanan, menegakkan keadilan; dan melindungi hak
asasi kehidupan dan melindungi rumah ibadat.
• Dalam Islam, peperangan mempunyai etikanya yg mampu
memupuk disiplin tentera Islam.
4. ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM
• Secara umumnya, etika peperangan dlm Islam terbhg kpd 3
mengikut situasi iaitu etika sebelum peperangan, semasa
peperangan dan selepas peperangan.
• Islam telah mengariskan prinsip-prinsip umum dlm berjihad
atau berperang yg mesti dipatuhi oleh tentera Islam ketika
berperang. Etika utama peperangan dlm Islam ialah mematuhi
perintah Allah SWT serta mencari keredhaan-Nya.
• Islam membenarkan umat Islam berperang dgn tujuan utk
mempertahankan diri apb diserang oleh musuh dan utk
menyebarkan dakwah Islam. Namun, peperangan merupakan
jalan terakhir utk menyebarkan Islam.
5. • Oleh itu, sebelum berperang org kafir hendaklah diseru atau
diajak kpd Islam, berdamai atau berperang. Ini dilakukan oleh
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq ketika menggempur wilayah
Hirah.
• Islam juga hanya membenarkan umatnya memulakan
peperangan sekiranya diserang oleh musuh terlebih dahulu. Ini
berlaku ketika Perang Badar iaitu tentera Islam hanya
menunggu serangan drp musuh yg menceroboh barulah
peperangan dimulakan.
• Dlm ekspedisi ketenteraan juga, tentera Islam tidak boleh
memerangi musuh yg tdk memiliki kekuatan dan daya usaha
spt kanak-kanak, kaum wanita, org cacat atau lumpuh, paderi
atau pendeta.
6. • Berdasarkan etika inilah maka mrk tidak dikenakan jizyah di
zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin krn mrk dianggap tdk
mendatangkan ancaman kpd negara Islam.
• Etika seterusnya, tentera Islam juga dilarang merosakkan harta
benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dlm
keadaan darurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan
keamanan dan kesejahteraan kpd masyarakat seluruhnya. Ini
terbukti ketika Nabi Muhammad SAW mengepung kota Taif
iaitu harta musuh Islam langsung tdk diusik.
• Tentera Islam juga tdk boleh memerangi org yg sudah
menyerah, kafir dhimmi atau mrk yg sudah mengikat perjanjian
damai serta mengaku taat setia kpd pemerintah Islam.
7. • Tentera Islam juga dilarang melakukan sebarang perbuatan yg
boleh mengaibkan musuh spt tentera tdk boleh mencencang
mayat atau musuh yg terbunuh seperti mana yg telah dilakukan
oleh Hindun binti Utbah terhadap mayat Saidina Hamzah ketika
Perang Uhud.
• Islam juga dikehendaki tentera Islam wajib atau mematuhi
sebarang perjanjian damai yg dimenterai. Sebagai contoh,
Perjanjian Hudaibiyah yg dimenterai pada 6H telah dipatuhi
oleh Nabi Muhammad SAW walaupun perjanjian itu seolah-olah
memberi kelebihan kpd musuh. Akibat pelanggaran perjanjian
inilah telah membolehkan Nabi Muhammad SAW mengetuai
tentera Islam membuka Kota Makkah pada 8H.
8. • Etika seteruanya dlm peperangan ialah tentera Islam
dikehendaki memberikan layanan yg baik terhadap tawanan
perang bukannya menyeksa atau membunuh mereka. Ini
merupakan salah satu cara berdakwah yang dianjurkan oleh
Nabi atau Islam.
• Sebagai contoh, dlm Perang Badar sahabat Nabi telah
mencadangkan agar musuh yg ditawan dibunuh sahaja ttp
Rasulullah tdk menerima cadangan tersebut. Malah baginda
menggunakan cara diplomasi iaitu tawanan perang harus
menebus diri dgn ilmu pengetahuan iaitu dgn mengajar ilmu
pengetahuan kpd kanak-kanak Madinah atau menebus diri dgn
sejumlah wang tertentu. Kaedah baginda ini ternyata tlh
berjaya menarik ramai musuh atau tawanan perang memeluk
Islam.
9. • Tentera Islam juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW supaya
patuh kpd ketua dan tdk boleh meninggalkan medan
peperangan melainkan dgn keizinan ketua. Islam juga
membenarkan tentera Islam melakukan helah dlm peperangan
krn perbuatan itu termasuk dlm strategi peperangan.
• Tentera Islam juga diajar melakukan pengagihan harta
rampasan perang dilakukan secara adil mengikut ketetapan
Allah SWT dlm al-Quran. Harta-harta yg diperolehi dlm
peperangan bukan menjadi milik Rasulullah SAW ttp mesti
diagihkan secara sama rata dlm kalangan tentera yg terlibat
dlm peperangan tersebut.
10. STRATEGI PEPERANGAN DI ZAMAN NABI
MUHAMMAD SAW DAN ZAMAN KHULAFA’
AL-RASYIDIN
• Ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar
as-Siddiq tdk mempunyai organisasi ketenteraan yg khusus
dan tidak ada org tetap yg menguruskan hal pertahanan dan
ketenteraan.
• Angkatan tentera Islam dibentuk apb keadaan memerlukan dan
mrk tidak dibayar gaji, cuma akan menerima habuan drp harta
rampasan perang (ghanimah). Mrk berperang secara suka rela
dgn niat berjihad pada jalan Allah SWT.
11. • Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, organisasi ketenteraan
telah diwujudkan dan semakin berkembang. Antaranya
diwujudkan al-Diwan (daftar tentera); membahagikan tentera
kpd 2 iaitu tentera Nizomi (sepenuh masa) dan tentera
sukarela; dan memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun.
• Dalam peperangan, penyusunan tentera Islam adalah
berdasarkan sistem berbaris (al-saf) yg diasaskan oleh baginda
Nabi. Sebagai contoh dlm Perang Badar tentera Islam dibhg
kpd 2 barisan iaitu barisan hadapan terdiri tentera pejalan kaki
dan penunggang kuda bersenjatakan tombak,pedang dan
perisai. Manakala barisan belakang terdiri pasukan pemanah
dan perisai.
• Sistem ‘Arif pula diperkenalkan apabila bilangan tentera Islam
bertambah iaitu tentera Islam dibhg kpd kelompok kecil yg
mengandungi 10 org tentera dan diketuai oleh seorg ‘Arif.
12. • Sistem ‘Arif pula diperkenalkan apabila bilangan tentera Islam
bertambah iaitu tentera Islam dibhg kpd kelompok kecil yg
mengandungi 10 org tentera dan diketuai oleh seorg ‘Arif.
• Di zaman Khalifah Umar al-Khattab iaitu dlm Perang Yarmuk,
tentera Islam telah disusun menggunakan sistem ‘al-Kurdus’ yg
ditiru drp sistem penyusunan tentera Byzantine. Setiap kurdus
(unit) mengandungi antara 300-600 org iaitu terdiri drp pasukan
berkuda, pemanah dan tentera biasa.
• Pada peringkat awal tentera Islam hanya terdiri drp tentera
darat shj. Tentera laut mula ditubuhkan pada zaman Khalifah
Uthman bin Affan dan diteruskan pada zaman pemerintahan
Islam yg seterusnya.
13. • Tentera Islam mempunyai senjata dan alat kelengkapan perang
busur dan panah, pedang, tukul besi(diwarisi dari Parsi),
kapak, menjaniq (alat melontar), kereta kebal (al-dabbabah),
baju besi, perisai, parit dan kuasa semula jadi dan haiwan.
• Kemenangan tentera Islam dalam setiap peperangan berpunca
drp pelaksanaan pelbagai strategi bagi menewaskan musuh,
sama ada cara bertahan, menunggu ketibaan musuh atau
menyerang mengikut sittuasi dan keadaan.
• Antara strategi yg digunakan pada zaman Nabi Muhammad
SAW dan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin ialah menguasai
tempat strategik, kaedah bertahan, menempatkan pasukan
pemanah di atas bukit, kaedah penyamaran, mementerai
perjanjian persahabatan dgn musuh, strategik mengepung dll.
14. STRATEGI ATAU TAKTIK YANG DIGUNAKAN DALAM
PEPERANGAN DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN
KHULAFA’ AL-RASYIDIN
1. Menguasai Tempak Strategik
• Kaedah ini merupakan satu cara di mana tentera Islam akan
menguasai tempat strategik seperti menguasai kawasan punca
air. Ini akan menyebabkan pihak musuh akan terputus bekalan
air sehingga memaksa pihak musuh menceroboh kubu
pertahanan tentera Islam.
• Kaedah ini telah memberikan kemenangan kpd tentera Islam
seperti dalam Perang Badar (2H) dgn tentera Quraisy Makkah,
walaupun tentera Islam hanya 313 org shj berbanding tentera
Quraisy Makkah berjumlah 1000 org.
15. 2. Kaedah Bertahan
• Kaedah ini mula dilakukan apb seorg sahabat iaitu Salman al-
Farisi mencadangkan sebuah parit digali bagi melindungi Kota
Madinah drp serangan musuh Islam.
• Kaedah ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika
Perang al-Ahzab (Khandak) iaitu tentera Islam hanya 1000 org
utk berhadapan dgn tentera musuh seramai 10 000 org. Parit
telah digali utk menghalang tentera musuh memasuki Kota
Madinah dan tentera Islam hanya bertahan dlm kota shj.
• Oleh kerana pihak musuh tdk pernah lagi menghadapi taktik ini
telah menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-
hara. Ribut yg diturunkan oleh Allah SWT telah
memecahbelahkan tentera musuh.
16. 3. Menempatkan Pasukan Memanah Di Atas Bukit
• Dlm Perang Uhud, Nabi Muhammad SAW telah menggunakan
strategi meletakkan pasukan pemanah di kawasan tinggi iaitu
Bukit Uhud bagi memberi perlindungan kpd pasukan infantri.
• Strategi ini ternyata telah berjaya mengalahkan musuh iaitu
pasukan memanah tentera Islam diketuai oleh Abdullah bin
Zuber berjaya dgn mudah mengalahkan tentera musyrikin
Makkah yg diketuai oleh Khalid al-Walid.
• Akibat tidak mematuhi arahan ketua akhirnya tentera Islam
telah kalah dlm Perang Uhud ekoran mereka meninggalkan
kedudukan di atas bukit utk memunggut rampasan perang.
Tentera musuh telah mengambil kesempatan utk menyerah
balas sehingga tentera Islam kucar-kacir.
17. 4. Kaedah Penyamaran
• Dlm kaedah ini seorang tentera Islam dihantar utk menyamar
bagi merisik maklumat drp tentera musuh. Ketika Perang
Khandak (Ahzab), seorg sahabat iaitu Nu’aim bin Mas’ud telah
dihantar utk memecahbelahkan benteng pertahanan serta
kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yg akhirnya menyebab-
kan berlaku pertelagahan sesama mereka.
• Tentera yg menyamar ini juga akan melaporkan kekuatan dan
kelemahan musuh yg bakal bakal dihadapi oleh tentera Islam.
Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu akan bermesyuarat dgn
para sahabat sebelum berhadapan dgn musuh. Begitu juga
dgn tindakan Nabi Muhammad SAW yg hanya memakai pakaian
biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan
sebagaimana tentera biasa.
18. 5. Mementerai Perjanjian Persahabatan Dengan Musuh
• Perjanjian persahabatan dgn musuh juga merupakan salah
satu strategi perang spt Perjanjian Hudaibiyah antara
Rasulullah dgn pihak Quraisy Makkah.
• Pada peringkat awal, para sahabat mempertikaikan tindakan
baginda krn menerima syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah.
Walau bagaimanapun baginda tetap menerima syarat perjanjian
tersebut krn baginda dpt menjangkakan bhw kemenangan akan
berpihak kpd Islam nanti.
• Akhirnya, pihak Quraisy telah mencabuli syarat perjanjian
tersebut. Ini telah memberi peluang kpd baginda Nabi dan
tentera Islam yg berjumlah seramai 10 000 org utk bertindak
balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa pertumpahan
darah.
19. 6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka
• Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang lari ke sempadan
mereka juga merupakan salah satu strategi yg digunakan oleh
tentera Islam seperti larangan oleh Nabi Muhammad SAW
sewaktu Perang Mu’tah. Strategi ini juga diteruskan oleh
pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin.
• Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam ter-
perangkap dgn strategi musuh yg akan mengorbankan lagi byk
nyawa atau syuhada. Antara yg terkorban dlm perang ini ialah
Ja’afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.
20. 7. Strategi Mengepung Dan Menyerang Secara Bertubi-Tubi
• Dlm Perang Taif, tentera Islam telah menggunakan strategi
mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi ke atas
pertahanan musuh yg dipimpin oleh Malik bin Auf.
• Melalui kaedah ini, tentera Islam akan mengepung kota atau
sesuatu kawasan buat seketika sehingga berjaya memutuskan
bekalan makanan dari tempat musuh dan bertindak
melancarkan serangan.
• Semasa perang ini, Nabi Muhammad SAW juga memaklumkan
kpd penyokong Bani Thaqif bahawa kebun mrk akan dibakar
seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah
pemerintahan kerajaan Islam.
21. 8. Perang Satu Lawan Satu
• Strategi perang satu lawan satu merupakan satu lagi kaedah yg
digunakan oleh tentera Islam dan juga bangsa Arab lain
sebelum berperang secara besar-besaran.
• Kaedah ini sebenarnya akan menyemarakkan lagi semangat
para pejuang lain seperti mana yg digunakan ketika Perang
Badar. Dlm perang ini, 3 org sahabat Nabi telah keluar utk
mencabar 3 org Quraisy sebelum berlakunya perang secara
besar-besaran.
22. 9. Merahsiakan Jumlah Musuh
• Bagi menjaga moral tentera Islam supaya tidak terjejas ketika
berperang, kaedah merahsiakan jumlah sebenar musuh telah
dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
• Kaedah ini juga akan dapat merangsangkan perjuangan para
sahabat utk berjuang bermatian-matian demi agama, diri dan
negara.
23. 10. Menyusun Tentera Berasaskan Sistem al-Saf
• Mengikut kaedah ini, tentera Islam dibhgkan kpd beberapa
barisan atau saf bergantung kpd jumlah tentera yg ada. Barisan
pertama biasanya diletakkan tentera berjalan kaki (infantri) dan
diikuti oleh pasukan pemanah.
• Tentera berkuda pula dijadikan tentera sokongan utk
menguatkan lagi jentera serangan dan memantapkan benteng
pertahanan.
24. 11. Membina Bandar atau Pusat Tentera.
• Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, beberapa bandar atau
pusat tentera telah dibina spt di Iraq, Syam, Mesir dan kawasan
lain berhampiran sempadan bagi mengelakkan pencerobohan
pihak musuh.
• Pusat tentera ini akan dilengkapi dgn kubu atau benteng
pertahanan di samping memperluaskan dakwah Islamiah dan
mempergiatkan lagi aktiviti ketenteraan di kawasan
berhampiran.
• Tentera-tentera ini akan sentiasa menjalani latihan dan tidak
dibenarkan melibatkan diri dlm kegiatan lain.
25. 12. Menggunakan Helah
• Utk menimbulkan perasaan takut dan gerun pihak musuh,
tentera Islam mestilah kelihatan dan kedengaran hebat. Ketika
peristiwa pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW telah
memerintahkan tentera Islam supaya menyalakan unggun api
yg byk dan dipacakkan di tanah atau diikat pada pokok kayu.
Ini telah menakutkan musuh dan mrk telah berundur krn
menyangkakan unggun api itu ialah jumlah tentera Islam.
• Rasulullah SAW juga telah memerintahkan supaya peralatan
perang digilat supaya berkilat dan boleh memantulkan cahaya
utk menakutkan musuh.
• Rambut tentera Islam yg beruban juga dihitamkan supaya
musuh menyangkakan tentera Islam kesemuanya muda dan
mempunyai kekuatan yg luar biasa.
26. KESIMPULAN
• Dgn adanya strategi dan taktik peperangan yg diperkenalkan
oleh Nabi Muhammad SAW telah menguatkan kedudukan
pemerintahan dan pentadbiran Islam di Madinah. Kekuatan dan
keunggulan tentera Islam telah menyebabkan Islam dapat
berkembangan luas di Sem. Tanah Arab.
• Strategi dan taktik yg digunakan oleh tentera Islam adalah
berkonsepkan wahyu yg diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW.
Kemudian kaedah ini telah digunakan oleh pemerintah Khulafa’
al-Rasyidin terutama oleh Khalifah Umar al-Khattab.
• Ini telah membawa perkembangan Islam keluar Sem. Tanah
Arab spt Palestin, Parsi, Afrika Utara dan Syria.