1. BMM 3105
Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis, Pahang
3. Senarai Kandungan
PRINSIP Objektif Kod Etika :
ETIKA
RUKUN ETIKA
1. Mengetahui masalah moral
dan isu etika komputer
ISU ETIKA
2. Memahami prinsip etika
CIRI PROFESIONALISME komputer
KOD ETIKA 3. Memahami etika profesional
KERANGKA KOD
Teknologi Maklumat
4. Mengetahui fungsi kod etika
KOD ETIKA PROFESIONAL
profesional
MASALAH MORAL & ETIKA 5. Keperluan etika komputer
4. Prinsip
 1. Keseimbangan
Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik
daripada risiko dan keburukan.
 2. Keizinan termaklum
Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham
dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah
faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang
timbul.
5. Prinsip
 3. Keadilan
Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara
adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama
risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut
menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil
untuk kedua belah pihak.
 4. Meminimumkan risiko
Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko
yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang
diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada
risikonya.
6. Etika
 Etika komputer umumnya ialah satu bidang tentang
penggunaan komputer yang betul (panduan)
 Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat,
harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang
membabitkan etika penggunaan komputer dalam era
maklumat.
Penggunaan TM + tidak bertanggungjawab = isu etika/natijah
7. Rukun Etika
1. Tidak menggunakan komputer untuk
membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
8. Rukun Etika
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang
tidak dibeli secara sah.
7. Tidak menggunakan sumber daripada komputer
orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk
diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem
yang dibangunkan.
9. Isu Etika
1. Tidak nampak kesan dan masalah moral dari
aspek sosial pengkomputeran.
2. Pengetahuan dan penggunaan yang kurang
mendalam dalam komputer berbanding
dengan mereka yang sememangnya dalam
bidang pengkomputeran.
10. Isu Etika
3. Kurang arif tentang undang-undang siber.
4. Orang awam tidak menerima impak yang
hebat apabila berlaku isu berkaitan dengan
etika komputer.
5. Kurangnya pendedahan dalam pengaruh,
kegunaan dan kuasa yang ada pada komputer.
11. Ciri Profesionalisme
1. Harus ada pekhidmatan penting dalam
matlamat yang jelas untuk masyarakat dan
negara.
2. Menggunakan banyak keupayaan dan
kebolehan intelek semasa menjalankan tugas.
3. Mendapat latihan yang khusus dalam sesuatu
bidang kemahiran ikhtisas pekerjaan itu dalam
jangka masa tertentu.
12. Ciri Profesionalisme
4. Harus ada kuasa autonomi semasa menjalankan
tugas kerana anggota dalam sesuatu kumpulan
profesional itu ialah pakar dalam bidang tertentu.
5. Mementingkan mutu perkhidmatan dan dedikasi
dengan tidak mementingkan keuntungan wang
(gaji) semasa menjalankan tugas.
6. Mempunyai tatasusila perkhidmatan yang harus
dipatuhi oleh setiap anggota dalam kumpulan
profesion itu.
13. Kod Etika
1. Inspirasi dan panduan.
2. Pencegahan dan disiplin.
3. Memelihara maruah profesion.
4. Memelihara keharmonian.
5. Sokongan.
15. Kerangka Kod Etika: Kebersendirian
1. Apakah maklumat tentang seseorang yang boleh
atau perlu diberitahu atau diketahui oleh orang
lain.
2. Apakah jenis pengawasan yang boleh dilakukan
oleh majikan ke atas kaki tangan.
3. Apakah perkara yang boleh disimpan secara
peribadi yang tidak boleh dipaksakan untuk
dimaklumkan kepada pihak lain.
4. Apakah maklumat tentang individu yang perlu
disimpan dalam pangkalan data. Sejauh manakah
selamatnya maklumat tersebut?
16. Kerangka Kod Etika: Ketepatan Maklumat
1. Siapa bertanggungjawab tentang ketulenan,
kesetiaan, ketepatan maklumat yang
dikumpul.
2. Bagaimana memastikan meklumat diproses
dengan sempurna dan dipersembahkan
dengan tepat kepada pengguna?
3. Siapa yang dipertanggungjawabkan bagi ralat
dalam maklumat, bagaimana pihak yang
terjejas boleh dipampas?
17. Kerangka Kod Etika: Hak Milik
1. Siapa memiliki maklumat
2. Apakah harga yang adil dan berpatutan sebagai pertukaran
maklumat.
3. Bagaimana mengendalikan cetak rompak perisian yang
dilindungi hak cipta.
4. Bilakah seseorang boleh menggunakan pangkalan data yang
mempunyai hak milik.
5. Bolehkah komputer korporat digunakan untuk tujuan peribadi.
6. Bagaimana pakar yang menyumbang ilmu pengetahuan untuk
mencipta sistem pakar harus diberi pampasan.
7. Bagaimana akses kepada saluran maklumat diperuntukkan.
18. Kerangka Kod Etika:Capaian
1. Siapa yang dibenarkan mengakses maklumat.
2. Berapa bayaran perlu dikenakan kerana
membenarkan capaian maklumat.
3. Bagaimana capaian kepada komputer disediakan
kepada kaki tangan yang tidak berupaya.
4. Siapakah yang diberi peralatan yang diperlukan
untuk mencapai maklumat.
5. Adakah hak yang dimiliki oleh individu atau
organisasi untuk mendapat keistimewaan
memperoleh maklumat dan di bawah keadaan apa
dan jaminan apa?
19. Kod Etika Profesional
1. Mengelakkan kemusnahan dan kemudaratan
kepada sesiapa misalnya menyebarkan virus.
2. Menyumbang kepada masyarakat seperti mereka
bentuk produk baru yang memudahkan
penggunaan berkomunikasi.
3. Menghormati sesuatu yang dianggap rahsia dan
tidak menyebarkannya.
4. Bersikap adil dan tidak menindas.
5. Menghormati hak cipta orang lain.
6. Menghormati hak kebersendirian orang lain.
20. Masalah Moral & Etika
 Pengertak (Cracker)
Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer
dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat
keuntungan.Cracker tidak menulis program untuk membangunkan
perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain
untuk tujuan kemusnahan.
 Penyalahgunaan Internet
Konsep langit terbuka yang dilaksanakan di negara kita telah membawa
banyak implikasi buruk kepada para pengguna internet terutamanya
dalam kalangan remaja.
21. Masalah Moral & Etika
 Virus
Penyebaran virus boleh menyebabkan kerosakan pada sistem,
data,perisian melumpuhkan rangkaian komputer.
 Hak Cipta
Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah
salah dari undang-undang hak cipta.Keizinan daripada yang sah adalah
diperlukan.
 Perisian Cetak Rompak
Maklumat yang diperolehi tidak mendapat kebenaran pemilik asal dibuat
cetakan secara tulisan dan audio visual.