Dokumen ini memberikan informasi mengenai produk, proses pembuatan, harga, cara memesan, pembayaran, penghantaran, dan hukum memakai produk D'Azza Collection. Produk utamanya adalah telekung dewasa dan kanak-kanak serta kain sarong, diproduksi secara manual dengan kualitas tinggi. Pembeli dapat memesan secara online, melakukan pembayaran, dan produk akan dihantar dalam tempoh 48 jam.
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
F a q
1. F A Q
Apakah produk-produk yang diurusniagakan oleh DAzza Collection?
Untuk permulaan, produk-produk yang diurusniagakan oleh DAzza Collection ialah telekung dewasa,
telekung kanak-kanak dan kain sarong tenun untuk lelaki.
Selanjutnya, DAzza Collection akan menambah produknya yang merangkumi tudung (untuk dewasa
dan kanak-kanak), selendang, kain sulam, mini telekung, baju kurung kanak-kanak, kain songket, beg
tangan dan brooch.
Produk DAzza Collection diperbuat dari mana?
Untuk telekung, ianya didatangkan dari Bukit Tinggi, Padang yang terkenal dengan seni sulam
menyulam.
Mengapa produk DAzza Collection didapati lebih mahal?
DAzza Collection amat mengutamakan kualiti. Produk-produk yang disediakan diperbuat secara
manual oleh mereka yang pakar dalam bidang ini.
Bolehkah saya menempah dalam volume yang besar?
Tempahan dalam volume yang besar adalah tertakluk pada jumlah stok yang ada. Jika perlu, kami
akan mendapatkan bekalan dari sumber dan ini akan mengambil masa antara 3 hingga 4 minggu.
Bolehkah saya mendapat potongan harga jika saya menempah dalam volume yang besar?
Perkara ini boleh dipertimbangkan tertakluk pada produk yang ditempah.
Bolehkah pembeli melihat dan meneliti secara fizikal produk yang hendak dibeli?
Pembeli dibenarkan untuk melihat dan meneliti secara fizikal produk yang hendak dibeli jika harga
produk tersebut melebihi RM 800.00 atau ditempah dalam kuantiti yang melebihi 20 helai. (Dalam hal
ini, pembeli dikehendaki datang ke Shah Alam).
Bagaimanakah cara membuat tempahan?
Pembeli dikehendaki mematuhi tatacara berikut dalam membuat tempahan.
- Tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan (klik BORANG TEMPAHAN)
- Mengisi semua ruangan yang terdapat dalam borang berkenaan dengan maklumat yang benar.
- Setelah lengkap diisi, klik HANTAR.
Bagaimanakah cara membuat pembayaran?
- Pihak DAzza Collection akan menyemak sama ada produk yang dikehendaki ada dalam stok.
- Jika produk yang dikehendaki ada dalam stok, maka pembeli akan dihubungi untuk pembeli memasukkan
harga produk yang dikehendaki ke dalam akaun bank DAzza Collection. Pembeli dikehendaki mengirim bank-in
slip kepada DAzza Collection sebagai bukti.
- Jika produk yang dikehendaki tiada dalam stok, maka pembeli boleh memilih produk lain atau menunggu
produk yang dikehendaki tiba (lazimnya mengambil masa tiga minggu). Sebaik sahaja produk tersebut tiba,
maka tindakan selanjutnya adalah seperti di atas.
Dalam tempuh berapa harikah pembeli akan mendapatkan produk yang ditempah?
Semua tempahan akan diproses dalam tempuh 48 jam setelah bayaran penuh diterima.
Penghantaran produk akan dibuat dengan segera pada hari bekerja keesokannya.
Bagaimanakah cara penghantaran produk kepada pembeli?
- DAzza Collection akan mengirim produk yang dikehendaki melalui Pos Laju atau syarikat penghantaran
swasta atau melalui lain-lain medium penghantaran yang dipersetujui antara pembeli dan pembekal dalam
tempoh 48 jam kepada pembeli pada hari bekerja. Kos penghantaran produk akan ditanggung oleh pihak DAzza
Collection kepada pembeli yang bermastautin di Semenanjung Malaysia sahaja
- Bagi pembeli yang bukan pemastautin di Semenanjung Malaysia, caj penghantaran akan dikenakan kepada
pembeli tertakluk pada kadar yang ditentukan oleh pihak Pos Laju atau syarikat penghantaran swasta atau
melalui lain-lain medium penghantaran yang dipersetujui antara pembeli dan pembekal.
- DAzza Collection akan mengirim Slip Penghantaran (Delivery Slip) kepada pembeli untuk membolehkan
pembeli memantau pergerakan produk berkenaan (Tracking purposes).
2. Pihak manakah yang akan menanggung kos penghantaran?
Kos penghantaran produk akan ditanggung oleh pihak DAzza Collection kepada pembeli yang bermastautin di
Semenanjung Malaysia sahaja
Jika produk yang diterima tidak menepati saiz pembeli, bolehkah DAzza Collection
menggantikannya dengan saiz yang lain?
Produk-produk yang dipaparkan dalam laman web kami adalah untuk mereka yang berukuran
standard. Jika saiz badan pembeli agak besar, maka tempahan khas perlu dibuat. Dalam hal ini
pertukaran saiz tidak akan dilayan.
Bolehkah pembeli mengambil secara langsung produk yang ditempah dari DAzza Collection?
Pengambilan secara langsung boleh dipertimbangkan dalam dua kategori:
1. Kepada pembeli yang tinggal dalam lingkungan 5 km dari Pusat Bandar Shah Alam, Selangor.
2. Mereka yang membeli dalam volume yang besar (10 unit ke atas).
Adakah tempoh jaminan dalam penggunaan produk DAzza Collection?
Seperti juga lain-lain produk pakaian yang anda beli di mana-mana kedai, ianya tidak menentukan
tempoh jaminan (warranty period). Ianya tertakluk bagaimana anda mencuci,menjaga dan
menyelenggaranya.
Apakah hukum orang lelaki memakai kain tenun sutera BHS yang merupakan produk DAzza
Collection ?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Emas dan sutera dihalalkan bagi wanita daripada
umatku dan diharamkan ke atas lelaki daripada umatku." (Hadis riwayat An-Nasaie)
Tentang orang lelaki memakai kain sutera, secara umumnya masalah ini boleh dibahagikan kepada
tiga.
Menurut pendapat dalam mazhab Syafie dan majoriti ulama yang lain. [an-Nawawi; Raudhah at-
Talibin: 66/2], [Ibn Qudamah, al-Mughni; 422/1]:
1. Jika peratusan suteranya lebih banyak, maka ianya haram dipakai.
2. Jika peratusan suteranya lebih sedikit dari campuran yang lain, maka hukumnya harus
memakainya.
3. Jika peratusan sutera dan campuran yang lain sama banyak, maka diperselisihkan oleh para
ulama dalam hal ini. Namun pendapat yang dilihat lebih selamat untuk diamalkan ialah tidak
diharuskan bagi lelaki memakainya.
Ibnu Hajar Asqalani pula berkata : Jumhur ulama berpendapat tentang bolehnya lelaki memakai
sutera apabila campurannya lebih banyak daripada sutera tersebut. (Fathul Bari Juz 10 hal 294).
Secara umumnya pembahagian ini berlaku berdasarkan sutera pada kain itu tidak terzahir iaitu
campuran yang lain lebih menonjol berbanding suteranya. Kerana itu ianya dibenarkan. Dalam lain
perkataan, Islam menghalalkan kaum lelaki memakai kain sutera campuran dan mengharamkan
kaum lelaki memakai sutera tulen.
Merujuk kepada kain tenun sutera BHS, syarikat ini mengeluarkan beberapa jenis kain yang salah
satunya ialah jenis Klasik KDT (Kain Dua Teropong) seperti yang dipamirkan oleh DAzza Collection.
Kain jenis ini bukan dibuat dari sutera tulen sebaliknya dari cotton yang dirawat demikian rupa hingga
menghasilkan kain cotton yang lembut dan berkilat seperti sutera. Proses ini disebut mercerised.
Waullahualam.