Karnival Jom Gerak! adalah program kemasyarakatan tiga hari dua malam di Malaysia yang bertujuan mempromosikan prinsip-prinsip Rukunegara dan kehidupan bersama berbagai kaum di negara ini. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesadaran akan pentingnya kesatuan dan kerjasama antar masyarakat beragam di Malaysia.
1 of 1
Download to read offline
More Related Content
Factsheet karnival jom gerak
1. Sebuah Program Kemasyarakatan Penggerak Malaysia
Karnival Jom Gerak!
( Dari Rakyat, Untuk Rakyat, Kepada Rakyat )
Diuruskan Oleh : Muslim Event Planner Sdn. Bhd.
ï‚· Karnival Masyarakat Secara Santai, Informatif, Aktif, Interaktif
ï‚· 6 Segmen : Jom Santai, Jom Sembang, Jom Bisnes, Jom Sihat, Jom
Nikah dan Jom Beramal
 3 Hari 2 Malam – Jumaat hingga Ahad melibatkan minima 10,000
orang pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat
Dana Diperlukan : RM 500,000.00 + Sumbangan
Dana digunakan untuk membiayai sewaan tempat, booth, bayaran
artis, penceramah, makanan & minuman, penginapan, bahan-bahan
bercetak dan promosi, kos pengurusan dan lain-lain kos berkaitan
program
LATAR BELAKANG
ï‚· Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat yang unik dengan kepelbagaian agama, kaum, etnik dan bahasa
yang disatukan oleh Perlembagaan Malaysia dan Prinsip Rukunegara.
ï‚· Pelbagai masalah dilihat mampu memecah belah serta menggugat kesejahteraan dan keharmonian hidup
bermasyarakat sekiranya tiada diatasi bersama. Sudah sampai masanya, satu usaha promosi yang bersungguh-sungguh
berkenaan prinsip Rukunegara, penghayatan hidup bersama sebagai sebuah bangsa Malaysia yang beragama dengan
mengekalkan segala keunikannya, kesatuan dan kebersamaan anggota masyarakat dalam pembinaan Negara Bangsa
serta kesedaran terhadap ancaman luar yang mengganggu gugat kedaulatan Negara kita digerakkan.
KONSEP KARNIVAL JOM GERAK
ï‚· Sebuah karnival masyarakat yang bertujuan mempromosikan hidup bersama sebagai sebuah masyarakat Malaysia
yang bersatupadu, sejahtera dan maju dengan kehidupan yang lebih mudah, tenang, bahagia dan berjaya dunia dan
akhirat berlandaskan jatidiri masyarakat yang berpegang teguh dengan prinsip rukunegara dan perlembagaan
Malaysia.
IMPAK SOSIAL
Program ini akan menghasilkan impak sosial seperti berikut :
ï‚· Impak Kesedaran : Kesedaran tentang kepentingan hidup bersama sebagai sebuah masyarakat Malaysia yang
beragama, ancaman untuk memecah belahkan kesatuan kita, kaedah dan tindakan yang perlu dilaksanakan.
ï‚· Impak Kesukarelawanan : Impak ini boleh dikira melalui bilangan pendaftaran sebagai pendokong dan sukarelawan
Penggerak Malaysia serta projek yang ingin dijalankan oleh mereka selepas karnival.
ï‚· Impak Ekonomi : Menampung kos dengan pendapatan dari sewaan 50 buah booth pameran/jualan, 8 buah booth
penajaan, geran program oleh kementerian berkaitan, sumbangan kerajaan negeri serta sumbangan kepada Tabung
Transformasi Masyarakat Sejahtera oleh para pengunjung, pihak korporat, swasta, glc dan lain-lain.
ï‚· Impak Kesatuan : Borang Akujanji Perjuangan sebagai tanda kesatuan dan persetujuan untuk hidup dan berjuang
bersama-sama sebagai sebuah keluarga besar masyarakat Malaysia.