1. a. Faedah mudah
Ialah faedah yang dibayar ke atas modal sahaja.
b. Faedah kompaun
Ialah faedah atas faedah.
Apakah yang dimaksudkan dengan Faedah Kompaun?
Bagi menggambarkan keadaan ini, katalah anda memasukkan wang berjumlah
RM10,000 ke dalam akaun bank pada awal tahun yang memberikan faedah simpanan
sebanyak 5% setahun. Pada akhir tahun, anda akan memperolehi faedah sebanyak
RM500.
Jika sekiranya anda mengekalkan wang dalam akaun berserta faedahnya selama
setahun lagi, pada akhir tahun kedua, anda akan memperolehi faedah sebanyak RM525.
Macam mana boleh dapat? Senang aje .... RM10,500 X 0.05 = RM525. Jadi dalam
akaun, dah ada RM11,025. Bagi tahun kedua, anda bukan sahaja mendapat faedah ke
atas pelaburan asal malahan faedah ke atas faedah pada tahun sebelumnya.
Ini yang dikatakan Faedah Kompaun iaitu faedah ke atas faedah. Kenapa faedah
kompaun penting kepada pelabur jangka panjang? Dengan mengekalkan pelaburan
sebanyak RM10,000 dalam akaun, katalah selama 10 tahun dengan kadar faedah 5%
setahun, pada penghujung tahun ke-10, nilai pelaburan itu tadi akan menjadi
RM16,288.95. Oooiiii .... banyaknya. Bukankah ini sesuatu yang menakjubkan?
Posted 23rd February 2010 by Master Sallehudin