2. Perkembangan teknologi
Teknologi semakin canggih dan berubah dengan cepat.
Terdapat banyak teknologi modan yang boleh membantu PdP di
dalam bilik darjah. Sebagai contoh, penggunaan komputer dan laman
web dalam menyampaikan sesuatu topik.
Imej yang dipancarkan ke papan putih lebih dianamik dan menarik
berbanding cara lama iaitu gambar dari buku teks.
3. Keperluan semasa/ keselamatan
Perubahan kurikulum, sebagai contoh daripada KBSR kepada KSSR
adalah untuk memenuhi keperluan semasa.
Perubahan ini adalah untuk membantu para pelajar yang dihasilkan
untuk menjadi warganegara yang bukan sahaja berilmu malah
berkemahiran tinggi bagi menyaingi penduduk global yang lain.
Kita tidak mahu rakyat kita ketinggalan dan tidak mempunyai
pengetahuan yang terkini.
Sebagai contoh, kemahiran menggunakan teknologi.
Para Pelajar boleh mendapatkan maklumat di luar rangkuman bilik
darjah malah, mahupun sekolah.
Maklumat adalah terkini namun guru yang ada membantu dalam
membimbing memilih maklumat yang sesuai.
4. Faktor dasar kerajaan
Perubahan kurikulum harus berubah seiring dengan
dasar kerajaan yang ditampilkan oleh kerajaan.
Mengelakkan pertindihan misi dan visi negara dan
pendidikan negara.
Sebagai contoh, Kurikulum Standard Sekolah
Rendah(KSSR) diwujudkan dan ditambah elemen ke
empat iaitu menaakul adalah selari dengan dasar
kerajaan unutk melahirkan masyarakat Malaysia yang
mempunyai minda kelas pertama.
Mempunyai nilai murni di samping kecanggihan
teknologi.
5. Idea-idea yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan juga
boleh menolong ahli-ahli pembentuk kurikulum
memperbaharui kurikulum yang ada.
Apabila komputer telah diperkenalkan dalam sisitem
pendidikan maka didapati banyak kurikulum yang telah
dibentuk telah dirompak untuk dibawa masuk ilmu komputer
ke dalam kurikulum.
6. Budaya Masyarat
Menurut Kamus Dewan (2005), budaya diklasifikasian sebagai satu
cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi
system sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Budaya ialah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan
jiwa. Peggerak ini dimiliki oleh semua individu dan melaluinya sesuatu
perkara itu dapat dilaksankan.
Ini bermaksud bahawa kemampuan seseorang menggunakan segala
tenaga sama ada berbentuk fizikal mahupun rohani, ke arah
menggerakkan jiwa bagi mencapai hasrat yang diingin.
Hasrat dan nilai yang diingini itu pula seharusnya tidak bercanggah
dengan kehendak masyarakat dan diterima serta dipersetujui untuk
diamalkan bersama. Nilai tersebut akan membentuk norma dalam
masyarakat.
7. Perubahan kurikulum disebabkan oleh perubahan budaya masyarakat
mengikut masa.
Sebagai contoh, bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian
masyarakat, kurikulum juga perlu menekankan aspek-aspek ini.
Menghormati kaum, bangsa dan agama orang lain.
Bertolak ansur dan mempunyai nilai-nilai murni bagi membentuk imej
negara Malaysia yang majmuk dan boleh menjadi contoh kepada
negara lain.
Taraf kematangan masyarakat juga boleh mempengaruhi kehendak
mereka.
Masyarakat yang sudah mempunyai taraf pendidikan yang tinggi
tentulah memerlukan kurikulum yan lebih baik daripada semasa
masyarakat tersebut belum berkedudukan demikian.
8. Brainstorming:
Hubungkaitkan salah satu faktor yang mempengaruhi
perubahan kurikulum mempengaruhi faktor lain yang
mempengaruhi perubahan kurikulum. Cth:
Perkembangan teknologi mempengaruhi keperluan
semasa/ keselamatan dalam perubahan kurikulum
Dasar kerajaan mempengaruhi budaya masyarakat dalam
perubahan kurikulum