Transform any presentation into a summarized study guide, highlighting the most important points and key insights.
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
Faktor Peningkatan Gejala Ragut
1. Isi
Masyarakat yang kurang prihatin
Kurang didikan agama dan keruntuhanakhlak
Desakanhidup yang serbakekurangan
Karangan
Faktor peningkatangejalaragut..
Apakah yang dimaksudkan dengan ragut? Menurut kamus dewan, ragut
bermaksud tindakan menarik, merabut, dan mencabut dengan paksa atau
dengan kekuatan. Marcapada ini, pidana ragutdi peringkatlokal semakin
membimbangkan. Lebih ruwetlagi, kes-kes ragutacapkaliberakhir dengan
kematian. Jikatidakkeranaangin,masakan pokokbergoyang? Terdapatbeberapa
faktor yang mendorong pidana ragutini.
Tidak dapat disangkalkan lagi, sikap masyarakatyang kurang prihatin
seolah- olah memberi laluan kepada para peragut. Hal ini kerana mereka tidak
mematuhi keselamatan ketika berada di tempat awam. Mereka sering
menunjuk-nunjuk barang berharga sepertibarang kemas dan wang disamping
membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut. Selain itu, mereka
juga sering berjalan mengikut arus trafik. Natijahnya, mangsa gagalmengesan
peragut yang datang dariarah belakang.
Seperti yang kita maklum, jenayah ini turut berlaku disebabkan kedaifan
mereka terhadap perspektif agama dan akhlak. Dasawarsa ini, semakin ramai
oarang yang runtuh akhlak dan agamanya terjebak dalam kancah kejahatan.
Mereka juga menjauhi ajaran agama yang dianggap menyekatkebebasan
mereka. Bagi mereka, meragut bukanlah satu dosa yang perlu difikirkan
sedangkan diri mereka bergelumang dengan pelbagai dosa besar yang lain
seperti berzina, membunuh dan sebagainya.
Jenayah ragut ini juga disebabkan oleh desakan hidup para peragut itu
sendiri. Seperti yang kita tahu, dalam era globalisasiini, cabaran dalam peluang
pekerjaan semakin tinggi. Statistik menunjukkan 90% peragutmerupakan
golongan penganggur. Sebagai contoh belakangan ini, seorang graduan
2. universiti telah bertindak meragut rantai milik seorang pekerja kilang kerana
mendakwa dirinya lapar .
Akhirulkalam, kita perlu memikirkan trauma yang akan dialami oleh
mangsa ragutyang berpotensimenjejaskan kehidupannya. Janganlah kita
bersikap sambalewa persis peribahasa melepaskan batuk di tangga. Sementara
itu pihak kerajaan harus mencarialternatif untuk menangani isu pembuangan
kerja ketika kegawatan ekonomi untuk memastikan jenayah ini tidak merebak.
Bukan itu sahaja, semua pihak harus mengamalkan usaha
yang pragmatis bagaikan ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni sebelum
kudis menjadi tokak kerana sesal dahulu pendapatan, sesalkemudian tiada
gunanya.
(264 p.p.)