Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
1. Isi
Kawan
Institusi kekeluargaan
Media massa
Kelonggaran kawalan disiplin sekolah
Karangan
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Apakah yang dimaksudkan dengan buli? Menurut kamus dewan, buli bermaksud tindakan memeras ugut, mengejek, menghina dan memukul yang dilakukan oleh pemangsa terhadap mangsanya. Dalam era globalisasi ini, kes buli dalam kalangan pelajar di negara semakin meningkat. Saban hari, terpapar di rubrik- rubrik akhbar berita mengenai kes buli. Hal ini telah menimbulkan kebingungan terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang. Peribahasa ini menunjukkan setiap masalah yang timbul pasti ada puncanya. Terdapat beberapa punca yang dikenal pasti menyumbang kepada berlakunya masalah ini.
Tidak dapat dinafikan lagi, pelajar yang membuli pelajar lain pastinya lahir dalam keluarga yang bermasalah. Kegagalan ibu bapa dalam membentuk sebuah intitusi keluarga yang bahagia menjadi faktor utama masalah ini. Hal ini menyebabkan anak- anak senantiasa berada dalam keadaan tertekan. Sebagai jalan penyelesaian, mereka akan membuli pelajar lain untuk melepaskan geram.
Selain itu, kawalan disiplin sekolah semakin longgar. Peranan pengawas sebagai polis sekolah sudah basi dan ketinggalan zaman. Pengawas sekolah hanya melaksanakan tugas seperti melepaskan batuk di tangga. Hal ini memberi kesempatan kepada pelajar- pelajar nakal untuk terus bermaharajalela sekaligus menyebabkan peningkatan masalah disiplin bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Para pelajar yang hanya berusia setahun jagung mudah terpedaya dengan pengaruh rakan sebaya. Setiap tingkah laku rakan akan menjadi ikutan pelajar bagaikan span yang menyerap air. Jika rakannya seorang pembuli, pelajar tersebut juga akan mengikut gaya mereka agar diterima masuk ke dalam kumpulan mereka. Jika hal ini dibiarkan berlarutan, lebih ramai lagi pelajar akan menjadi mangsa buli dan kegiatan buli akan terus merebak seperti penyakit berjangkit.
Media massa turut menyumbang kepada peningkatan masalah ini. Remaja dasawarsa ini terutamanya remaja lelaki gemar menonton filem berunsur keganasan yang mempunyai aksi- aksi yang lasak. Filem- filem sebegini selalu menayangkan adegan yang menunjukkan kepuasan watak apabila dapat mencenderakan musuhnya. Babak- babak seperti ini yang mudah menjadi ikutan remaja yang masih menggalas tanggungjawab sebagai pelajar sekolah.
Intihanya, terdapat beberapa faktor telah dikenal pasti mempengaruhi kejadian buli. Semua pihak terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Hal ini kerana anak diibaratkan sebagai kain putih, ibu bapa yang memainkan tanggungjawab dalam mencorakkanya. Bukan itu sahaja,pelajar juga perlu berfikir secara kritis dalam menentukan hala tuju kehidupanya. Bak kata peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.