Perubatan Islam berteraskan al-Quran dan sunnah. Ia menekankan etika seperti menghormati hak pesakit, memberi manfaat, mengelak mudarat, dan memberi layanan sama rata. Prinsip utama etika perubatan Islam ialah menjaga nyawa dan kesihatan.
2. DEFINISI & CIRI-CIRI
Bersifat sejagat, mencakupi segala hal,sesuai dalam semua keadaaan dan
berkembang maju dalam kerangka yang dibentuk oleh al-quran dan as-sunnah
Berteraskan wahyu dan tauhid kepada Allah s.w.t.
Perubatan moden hanya berdasarkan ilmu sains semata-mata dan hanya
bergantung kepada kekuatan akal fikiran dan usaha manusia tanpa mempunyai
sebarang matlamat akhirat.
Perlu berteraskan bukti-bukti penyelidikan terkini serta sesuai dengan sifat Islam
yang menjadikan ilmu sebagai agama.
3. TIBB NABAWI
Perkataan atau perbuatan yang dilakukan Nabi
Muhammad s.a.w berkaitan dengan penyakit, rawatan
dan penjagaan pesakit.
Melibatkan hadis berkaitan dengan perubatan dan
rawatan perubatan yang dilakukan ke atas nabi @
sahabat dan rawatan yang dilakukan ke atas orang lain
yang tidak pernah dilarang nabi
Menyentuh 2 aspek: pencegahan dan penyembuhan
4. ETIKA PERUBATAN ISLAM
Islam tidak memisahkan etika dan sistem perubatan seperti mana yang diamalkan
dalam sistem perubatan Barat.
Seorang doktor yang benar-benar memahami Islam secara automatik akan
mempunyai etika yang baik dalam rawatan dan seharian hidupnya.
Syariat Islam tidak membezakan di antara perlakuan peribadi dengan tugas
merawat pesakit. Akhlak dan tingkah laku doktor semasa merawat atau tidak
melawat pesakti haruslah sama.
Ini kerana matlamat akhir kedua-duanya adalah untuk mendapatkan keredhaan
Allah s.w.t
5. PRINSIP-PINSIP ETIKA PERUBATAN ISLAM
TERAS: Al-Quran, sunnah dan ijttihad ulama’. Namun, atas dasar menjaga nyawa
dan kesihatan, beberapa asas fiqah yang lebih fleksibel dapat digunakan
Ini kerana, dasar utama ilmu perubatan adalah menyelamatkan nyawa dan
menjaga kesihatan.
6. ETIKA YANG PERLU DIIKUTI DOKTOR
1. Ciri-ciri peribadi seorang doktor
2. Tanggungjawab kepada pesakit
3. Tanggungjawab kepada masyarakat
4.Tanggungjawab kepada doktor lain
5.Tanggungjawab kepada rakan sekerja
7. 1. CIRI-CIRI PERIBADI DOKTOR
Lemah-lembut, bersikap baik, mempunyai belas ihsan kepada pesakitnya dan tidak
menagih alkohol.
Perlu menjaga keterampilan diri dan pergaulan.
Mudah memaafkan dan tidak berdendam serta berperanan menjadi pendamai
dalam pertelingkahan.
8. 2. TANGGUNGJAWAB KEPADA PESAKIT
Doktor perlu mengelak daripada menentukan jangka hayat pesakitnya kerana itu
adalah urusan Allah.
Sentiasa bersabar dlm melayan karenah pesakit dan berlemah-lembut dalam
menyantuni mereka.
Melayan mereka sama rata tanpa mengira darjat, tahap pendidikan serta kekuasaan
mereka.
Doktor perlu bersegera apabila diperlukan terutamanya ketika kecemasan.
Doktor perlu berterima kasih dengan bayaran yang diterima dan jangan terlampau
memikirkan imbuhan yang diberikan pesakit (IKHLAS :P)
Menjaga batas-batas pergaulan dengan pesakit berlainan jantina dan menjaga
rahsia pesakit.
9. 3. TANGGUNGJAWAB KEPADA MASYARAKAT
Doktor tidak boleh melakukan perkara yang boleh merosakkan reputasi anggota
masayarakat
Doktor tidak boleh memperlekehkan pegangan agama atau pon kepercayaan orang
lain.
10. 4. TANGGUNGJAWAB KEPADA DOKTOR LAIN
Saling menghormati antara satu sama lain.
Doktor tidak dibenarkan memburukkan orang lain demi meningkatkan imej diri
sendiri.
Sekiranya doktor lain tersalah dalam melakukan diagnosis atau cadangan rawatan,
doktor tidak dibenarkan memperkecilkan doktor itu. Sekiranya rawatan itu
mungkin membahayakan pesakit, maka menjadi tanggungjawab doktor itu untuk
membetulkannya.
11. 5. TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKAN SEKERJA
Apabila didapati rakan sekerja melakukan kesalahan,
tidak seharusnya dia dimarahi di depan khalayak
ramai. Namun, mereka perlu diajak berbincang secara
tertutup dan tidak memalukan mereka.
12. PERKARA ASAS DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJWAB MERAWAT
PESAKIT.
1. MENGHORMATI DAN MENJAGA HAK-HAK
PESAKIT
2. MEMBERI MANFAAT
3.TIDAK MENDATANGKAN KEMUDARATAN
4. MEMBERIKAN KEADILAN
13. MENGHORMATI DAN MENJAGA HAK PESAKIT
Dilayan dengan penuh kehormatan sehingga mereka meninggal dunia.
Hak-hak mereka bagi mendapat rawatan terbaik dan bersesuaian perlu diberikan
tanpa mengira latar belakang agama, keturunan atau status sosial mereka.
Kehormatan diri pesakit perlu sentiasa dipelihara.
Berhak mendapat maklumat yang benar dan adil sebelum membuat keputusan
Pandangan pesakit dihormati dan diambil kira semasa doktor melaksanakan tugas
seorang doktor.
Hak-hak beragama haruslah sentiasa dihormati dan dipelihara
14. 2. MEMBERI MANFAAT
Perlu memastikan semua rawatan dan sebarang
tatacara yang dilakukan ke atas pesakit terbukti
bermanfaat dan mampu menyelamatkan nyawa dan
kesihatan pesakit
Tujuan dan prosedur dijalankan bagi mencapai
kesejahteraan pesakit
15. 3. TIDAK MENDATANGKAN KEMUDARATAN
Tidak dibenarkan memberikan ubat dan dadah kepada pesakit yang
mendatangkan mudarat kepada mereka.
Dilarang melakukan prosdur yang sengaja mendedahkan pesakit dalam bahaya.
Namun, ia tidak bermaksud doktor tidak dibenarkan melakukan prosedur yang
berisiko.
Mengelakkan kemudaratan adalah perkara pertama yang kita perlu dahulukan
berbanding manfaat yang diperolehi.
16. 4.MEMBERIKAN KEADILAN
Rawatan yang diberikan kepada pesakit dilakukan
tanpa mengira bangs, agama, sosial status dan
sebagainya.
Keperluan mendapatkan perubatan adalah berteraskan
kepada keperluan perubatan