ni hasil kerja kakak aku.... kebanyakannya aku yang buat~
1 of 10
Downloaded 36 times
More Related Content
Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"
1.  Kepentingan Pengambilan Makanan Yang
Berkhasiat Kepada Ibu Dan Fetus
 Kesan Rokok Terhadap Fetus
 Kepentingan Mengelak Daripada Mengambil
Bahan Yang Memudaratkan Fetus
2. Bagi seseorang ibu yang telah hamil, pengambilan makanan yang
berkhasiat adalah amat penting. Ini adalah bagi tujuan kesihatan
kepada ibu dan juga bayi yang sedang dikandungkan. Selain
daripada itu, ibu hamil juga perlulah mendapatkan nutrisi yang
betul dengan mencukupi bagi memastikan pertumbuhan dan
perkembangan bayi yang sihat.
3. 1. Zat Besi
Ibu yang hamil perlu memastikan ada mengambil Zat Besi yang
mencukupi. Ini kerana ia dapat membantu mencegah anemia dan
juga membantu membina sel-sel darah. Ibu boleh mendapatkan Zat
Besi daripada sumber seperti Telur dan Sayuran Hijau
2. Vitamin D
Vitamin D juga tidak kurang pentingnya. Vitamin D berfungsi untuk
membantu menyerap kalsium dan fosforus yang diperlukan oleh
badan untuk menguatkan tulang dan gigi. Sumber Vitamin D adalah
makanan seperti hati dan minyak hati ikan.
3. Protein
Protein membantu dalam membina sel-sel baru untuk pertumbuhan.
Sumber protein adalah seperti daging merah dan kacang.
4. Asid Folik
Ini adalah antara makanan yang paling diperlukan oleh ibu ketika
hamil, iaitu Asid Folik. Asid Folik membantu untuk menentang
penyakit. Sumber asid folik adalah seperti susu.
4. Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi
kesan buruk kepada kandungan, terutamanya bagi ibu yang
sedang mengandung. Antara kesannya adalah seperti bayi mati
dalam kandungan, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi
dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.
5. Asap rokok mengandungi lebih daripada 4 000 bahan kimia
merbahaya dan sekurang-kurangnya 60 agen penyebab
kanser. Asap rokok yang meresap melalui darah akan
melimpahi aliran darah yang menjadi satu-satunya sumber
oksigen dan nutrien bagi bayi.
Dalam lebih 4 000 bahan kimia berbahaya ini, terdapat 2 yang
paling utama iaitu nikotin dan karbon monoksida. Kedua-dua
bahan ini boleh mengurangkan bekalan oksigen
mencukupi kepada bayi.
Nikotin dapat menyempitkan saluran darah sekali gus
membuatkan bayi terpaksa bernafas dengan menggunakan
aliran darah yang kecil dan penuh tekanan. Lebih
menyedihkan adalah sel darah merah yang sepatutnya
mengangkut oksigen juga terpaksa membawa bersama
karbon monoksida.
6. Kekurangan bekalan oksigen dapat merencatkan perkembangan fetus.
Secara purata, merokok semasa kehamilan akan menggandakan peluang
untuk bayi lahir lebih awal atau pun mempunyai berat yang kurang.
Kelahiran anak pramatang yang berpunca daripada merokok
Selain daripada itu, perkembagan anggota badan bayi juga boleh terjejas.
Peparu bayi mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya
ketika awal kelahiran. Sekiranya mereka sudah mula bernafas dengan
tanpa menggunakan bantuan, berkemungkinan besar mereka akan terus
menghadapi masalah pernafasan seperti asthma.
Paling menyedihkan adalah apabila tabiat buruk ini memberi kesan
kepada perkembangan otak bayi. Anak yang dilahirkan daripada seorang
ibu yang merokok kebiasaannya akan menghadapi masalah pembelajaran,
lembam, masalah sikap dan tahap IQ yang rendah.
7. Adalah sangat penting bagi bakal ibu mengamalkan gizi seimbang yang
terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Vitamin dan
mineral yang mencukupi adalah sangat baik kepada ibu dan fetus nya.
Selain itu, para ibu juga perlu menjauhkan diri daripada asap rokok,
alkohol dan dadah kerana bahan-bahan ini boleh menjejaskan
perkembangan fetus.
8. 1. Rokok
Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan
buruk kepada kandungan. Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam
kandungan, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga boleh
menyebabkan kecacatan kepada bayi.
2. Alkohol
Alkohol juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi yang sedang
dikandungkan. Ini kerana kandungan alkohol dapat menyebabkan
kerosakan kepada otak bayi. Selain daripada itu bayi juga terdedah kepada
SIndrom Alkohol Fetal.
3. Ubat/ Dadah
Penggunaan ubat atau dadah yang terlarang juga mampu membahayakan
bayi yang dikandung. Bayi boleh mendapat kecacatan selain daripada
memberi kekacauan fizikal dan pembelajaran kanak-kanak itu nanti.
9. 01. Boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi
Kandungan asap rokok yang terdiri daripada pelbagai jenis toksik dan bahan
beracun yang merbahaya boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen
yang sampai kepada bayi. Perkara ini boleh menyumbang kepada bayi yang
cacat.
02. Merosakkan otak bayi
Alkohol dan dadah boleh memberi kesan yang terus kepada perkembangan
otak bayi yang sihat. Kandungan berbahaya pada kedua bahan ini boleh
menjejaskan proses pembelajaran bayi tersebut apabila meningkat kanak-kanak.
Perkara ini sudah tentu akan memberi lebih banyak kesan buruk
kepada bayi tersebut.
03. Boleh membunuh bayi dalam kandungan
Kandungan bahan berbahaya dalam asap rokok, alkohol dan dadah juga boleh
menyebabkan kematian bayi ketika masih berada dalam kandungan.
Pembentukan dan tumbesaran yang berlaku dalam keadaan yang tidak sihat
boleh mengakibatkan banyak perkara negatif kepada bayi. Tahap paling
kronik kesan bahan berbahaya tersebut adalah apabila boleh mengakibatkan
kematian kepada bayi tersebut.