1. FORMAT PENULISAN PROPOSAL
KEPERLUAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL)
1. Tajuk kajian
2. Nama Pengkaji/Ahli Kumpulan Pengkajidan Nama Sekolahyang lengkap.
3. Latar Belakang Kajian/RefleksiPengajarandan PembelajaranLalu
4. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian
5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian
6. Kumpulan Sasaran
7. Tindakan/IntervensiYang Dicadangkan
8. Bahan-BahanYang Di Perlukan
9. JadualPelaksanaanKajian
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAPLIKASIKAN
FORMULA
PENDARABAN 2 DIGIT DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH
¡°PISTOL & HAMMER ON THE STAIRS ¡±
Oleh:
Suhaili Binti Rahmat
SK Taman Perling,
Jln Persisiran Perling 1, Taman Perling ,
81200 Johor Bahru, Johor
2. 1. REFLEKSI PENGAJARAN DANPEMBELAJARANLALU
Masalah sifir ialah masalah utama bagi pelajar dalam membuat pengiraan Matematik. Bagi
pelajar-pelajar saya di tahun 4, mereka ini tahu menggunakan penguasan sifir tetapi bagi kelas yang
lemah mereka lambat untuk menghafal sifir. Walaupun mereka lambat yang penting mereka tahu
menggunakan sifir itu. Yang menjadi masalah saya sekarang ialah apabila saya mengajar topik hasil darab
2 digit bagi kelas 4 cerdik iaitu kelas pertengahan ada antara murid nya yang pandai , sederhana dan
lemah. Mereka ini tahu sifir, masalahnya adakala mereka keliru tentang cara atau langkah-langkah yang
perlu dijalankan untuk mendapatkan jawapan tersebut.
Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya memberi soalan
berbentuk 1 digit ramai pelajar dapat menjawab dengan tepat dan cepat. Oleh itu saya berpendapat untuk
mencari hasil darab 2 digit pasti mudah. Malangnya sangkaan saya meleset apabila saya beri mereka
soalan darab 2 digit mereka tercengang-cengang. Tidak dinafikan ada antara murid yang tahu tetapi
majoritinya tidak pasti.
Saya cuba menerangkan di papan hitam. Ada antaranya faham dan ada antaranya masih keliru.
Saya bagi latihan tubi kepada mereka dan saya dapati separuh antaranya tidak faham. Saya terangkan
semula berulang-ulang kali dan akhirnya saya dapati 10 orang daripada 32 orang pelajar dari kelas 4
Cerdik masih lemah dalam pendarapan. 2 digit. Hal ini saya buktikan dalam ujian formatif 1 yang lalu.
Mereka hanya menulis soalan dalam bentuk lazim tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan langkah-
langkah pendaraban yang saya terangkan. Saya rasa kecewa sekali kerana telah berulang kali saya
terangkan langkah-langkahnya. Saya bertanya kembali kepada diri sendiri mungkin cara penerangan saya
tidak difahami oleh mereka.
Ada juga saya bertanyakan kepada rakan-rakan guru Matematik yang lain. Apakah cara yang
mereka lakukan dan kenapa sebilangan mereka ini masih tidak dapat menjawab soalan pendaraban 2
digit. Antaranya menyatakan mereka malas berfikir, tidak membuat latihan yang diberikan dan tidak
mahu hafal sifir.
Saya telah berusaha dengan pelbagai kaedah tetapi sesetengah murid ini masih lambat dan lemah
dalam pengiraan. Oleh itu saya berfikir sekiranya saya tidak mancari cara yang betul atau formula yang
senang bagi mereka untuk mendarab 2 digit pasti masalah ini akan berlanjutan dan akan meyebabkan
kemerosotan markah mereka.
3. 2. FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan hasil darab 2 digit adalah
kerana :
(a) murid kurang cekap dalam penguasaan sifir.
(b) Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian.
(c)
Masalah ini berlaku dikalangan murid adalah kerana mereka tidak mahu dan malas menghafal sifir,
keliru apabila terdapat hasil darab yang memerlukan pengumpulan semula dan kadang-kala mereka lupa
langkah-langkahnya disebabkan tidak membuat latihan yang diberikan guru.
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk. Murid akan terus keliru dan lupa langkah-
langkah yang harus diselesaikan. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana
soalan yang dikemukakan kebiasaannya dianggap mudah sahaja.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba menerapkan unsur berbentuk mainan dalam
pengajaran dan pembelajaran.Kaedah yang saya jalankan ialah ¡°Pistol dan Hammer on the
stairs¡±. Murid akan menggunakan bentuk pistol dan hammer yang dibina untuk mengaplikasikan formula
hasil darab 2 digit.
3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan pelajar diharap akan mencapai objektif berikut:
(i) Objektif Umum
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengaplikasi formula pendaraban 2 digit bagi
murid tahap 2.
(ii) Objektif khusus
? Murid dapat membina dan mengaplikasi formula hasil darab 2 digit dengan betul menggunakan bentuk
¡±Pistol dan Hammer¡±.
? Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil darab 2 digit.
? Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk permainan.
4. KUMPULAN SASARAN
4. Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar daripada 30 orang pelajar tahun 4 Cerdik yang terdiri daripada :
3 orang pelajar India
1 orang pelajar Cina
6 orang pelajar Melayu
5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah yang telah dibuat adalah berdasarkan seperti berikut:
(i) Pemeriksaan buku sifir.
(ii) Ujian Pra
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
(i) Pemeriksaan buku sifir
Sebelum memulakan P&P saya akan memberi murid 5 soalan sifir hasil darab 2 digit. Antara soalan yang
diberikan ialah 2 soalan mudah iaitu sifir di bawah 30 dan 3 soalan sukar iaitu sifir lebih daripada 30.
Contoh soalan yang diberikan ialah:
a. 2321 X 12 d. 5241 X 65
b. 1245 X 24 e. 3282 X 97
c. 1437 X 38
Analisis yang didapati daripada soalan sifir adalah seperti berikut :
Peratus markah murid dalam soalan sifir
Markah Bil murid Peratus
Lulus (3-5 markah ) 20 67%
Gagal (0-2 markah ) 10 33%
(ii) Ujian Pra
5. Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 10 orang yang sentiasa mendapat 0-2 markah di
dalam soalan sifir. Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan mereka dalam
mengira hasil darab 2 digit.
Analisis daripada ujian Pra.
Didapati terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah:
(a) penguasaan sifir yang kurang cekap.
(b) Mendarab angka ¡±puluh¡± dahulu contohnya 305 x 24 (mereka mendarab 2 dahulu)
(c) Meletakkan jawapan pertama selari dengan jawapan kedua
Contohnya : 365
Kesilapan ditemui
X 24
1460
730
2190
(d) Pengumpulan semula nombor yang salah.
5.3 Tindakan yang dicadangkan
Setelah analisis tinjauan dijalankan, saya akan mengumpulkan murid kumpulan sasaran saya untuk
memperkenalkan kaedah terbaru iaitu menggunakan teknik ¡±pistol dan hammer on the stairs¡± untuk
mencari hasil darab 2 digit. Terdapat 2 aktiviti yang saya rancangkan dan murid perlu lakukan iaitu:
(i) Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer.
(ii) Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. ( mengisi nombor
dan menyesesaikannya)
Bil soalan betul Bil muird
5 -
4 -
3 -
2 -
1 6 ( 60%)
0 4 (40%)
6. 5.4 Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan
(i) Aktiviti 1 : Membina pistol dan hammer
Bahan : gunting, pisau lipat , pembaris , magik pen / pensil , 4 kertas
transparent yang berlainan warna.
Langkah 1
Setiap murid akan menggunakan 4 kertas ¡°transparent¡± yang berlainan warna.
Murid akan membuat kotak yang sama besar pada setiap kertas tersebut.
Murid melakar ¡°pistol¡± dan ¡°hammer¡± menggunakan 2 kertas ¡°transparent¡± yang berlainan warna.
Kemudian gunting.
Langkah 2
Gunting bahagian tengah setiap kotak untuk dijadikan lubang nombor.
Langkah 3
7. ? Menggunakan kertas transparent yang lain pula lakarkan ¡°stairs¡± dan ¡°answer box¡±.
? Lubangkan bahagian tengah kotak.
(ii) Aktiviti 2 : Menembak dan memahat dengan tepat. (mengisi nombor dan
menyelesaikannya).
Setelah pistol dan hammer dibina, murid akan memulakan aktiviti kedua dengan menembak dan memahat
pada sasaran yang tepat ( mengisi nombor dan menyelesaikan masalah hasil darab 2 digit ). Langkah-
langkahnya ialah :
Langkah 1
Guru akan memberikan soalan dalam bentuk ayat matematik (mathematics sentences) untuk
diselesaikan oleh murid.
contoh:
3 4 2 x 1 2 = ?
Murid akan mula mengisikan nombor pada pistol dahulu.
Cara dan pengisian nombor :
Letakkan ¡°pistol¡± di atas sehelai kertas dan mulakan dengan mengisi nombor di dalam kotak ¡°pistol¡± .
Kemudian selesaikan jawapan.
8. Langkah 2
Seterusnya, letakkan bentuk ¡°hammer¡± pada kertas yang sama, bertindan dengan ¡°pistol¡± .
Mula mengisi nombor.
Selesaikan jawapan.
Nota:
Pada langkah ini,murid hanya perlu mengisi satu nombor sahaja lagi kerana barisan nombor pertama
telah diisi oleh bentuk ¡° pistol¡±.
Langkah 3
Setelah jawapan ¡°pistol¡± dan ¡°hammer¡± dapat diselesaikan, murid akan menggunakan bentuk ¡°stairs¡±
untuk di isikan dengan jawapan yang telah dibuat.
contoh : jawapan ¡°pistol¡± = 684
jawapan ¡°hammer¡± = 342
9. Langkah 4
Langkah akhir ialah dengan menggunakan kotak jawapan ( answer boxes ).
Cari hasil tambah bagi jawapan ¡°pistol¡± dan ¡°hammer¡±.
Isikan di dalam kotak jawapan.
6. Bahan yang digunakan
Bahan yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :-
? Gunting,
10. ? pisau lipat ,
? pembaris ,
? magik pen / pensil
? kertas A 4
? transparent yang berlainan warna
7. Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil Aktiviti Tempoh
Pelaksanaan
1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 1 minggu
2 Menulis proposal kajian 2 minggu
3 Merancang tindakan ¨C individu/kumpulan 1 minggu
4 Melaksanakan tindakan ¨C aktiviti 1 1 minggu
5 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 2 minggu
6 Melaksanakan tindakan ¨C aktiviti 2 1 minggu
7 Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 2 minggu
8 Ujian untuk mengesan perubahan murid 1 minggu
9 Refleksi kajian 1 minggu
10 Menulis laporan kajian 2 minggu
11 Pembentangan dapatan kajian untuk makluman panitia/sekolah. 1 minggu