KSSR berdasarkan enam tunjang termasuk tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai yang penting bagi membentuk sahsiah pelajar agar menjadi individu yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Tunjang ini memberi penekanan kepada pembelajaran agama dan nilai murni melalui subjek seperti Pendidikan Islam dan Moral.
1 of 1
Download to read offline
More Related Content
Forum 3 krp3013.2
1. Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi;
Kerohanian; Sikap dan Nilai, Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan
Teknologi; dan Keterampilan Diri. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang
terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. KSSR menyepadukan beberapa
disiplin ilmu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan,
bermakna dan berkesan.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Transformasi
system pendidikan di Malaysia adalah bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara.
Antara enam tunjang di dalam KSSR ialah tunjang kerohanian, sikap dan nilai . Tunjang
kerohanian , sikap dan nilai adalah penting dan seiring dengan kehendak falsafah
pendidikan Negara .Tunjang kerohanian, sikap dan nilai adalah merupakan pembentukan
asas kepada sahsiah seseorang pelajar. Melalui tunjang ini pelajar akan dibentuk untuk
menjadi seorang yang patuh kepada ajaran agama, berperibadi mulia, mempunyai pemikiran
yang rasional , dapat memberi dan menerima serta menghormati hak orang lain.
Kerohanian dapat dipupuk melalui pendidikan Agama Islam, Sikap dan nilai pula dapat
diperolehi dalam semua subjek lain kerana KSSR mempunyai elemen merentas kurikulum
(EMK).Tunjang ini perlu diberi perhatian dan dibangunkan dengan berkesan supaya insan
yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya
mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang
menepati identiti Malaysia. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan
kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan,
sikap & nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai.
Pada masa yang sama, pengajaran guru sewajarnya dapat membolehkan murid
memperoleh ilmu pengetahuan, mengembangkan daya kreativiti, mengaplikasi pelbagai
kemahiran dan mengamalkan nilai murni. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard.