1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.
Misi Kementerian Pendidikan
Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang
mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi asirasi dan kehendak
individu, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Sekolah
1. Mewujudkan suasana sekolah yang ceria, selesa dan mesra untuk membolehkan
anak murid menimba ilmu sambil mempelajari nilai-nilai yang murni. Dengan
adanya anggapan bahawa sekolah adalah rumah kedua mereka, anak murid
akan suka ke sekolah dan menjauhkan diri daripada terlibat dalam kegiatan
sosial yang berunsur negatif.
2. Menggalakkan anak murid mengamalkan semangat berpasukan yang jitu untuk
mewujudkan "Masyarakat Penyayang" di sekolah.
3. Melatih murid-murid bertindak dengan cepat dan penuh keyakinan terhadap
segala proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P), di samping bersedia
menghadapi sebarang cabaran dan rintangan, selaras dengan falsafah kerja
yang diilhamkan oleh Guru Besar, iaitu "Work Samrt, Masa Jimat. Act Fast, Hati
Puas".
2. 4. Berusaha memupuk minat belajar yang berterusan di kalangan anak murid,
selain menyalurkan semangat mencintai diri, mencintai keluarga, mencintai
sekolah dan mencintai negara di sanubari setiap anak murid.
5. Membimbing anak murid supaya menjadi golongan yang berinisiatif serta
berfikiran lebih kreatif dan inovatif.
6. Membimbing anak murid agar berjaya meningkatkan prestasi akademik dan
kokurikulum agar dapat melengkapkan diri sebagai bakal pemimpin yang sihat,
yang berilmu, yang bermoral, yang bermaklumat terkini dan yang
berkemahiran atau berkepakaran.
7. Melatih anak murid agar peka terhadap perubahan dan perkembangan semasa,
khususnya dalam bidang sains dan teknologi baru.
8. Memupuk minat anak murid dalam bidang kebangsaan seperti muzik, senilukis
& kraf tangan, tarian & nyanyian, senaman dan sebagainya.
9. Memastikan semua anak murid berupaya menguasai kemahiran 3M, iaitu
membaca, menulis dan mengira dengan sempurna, di samping menguasai
kemahiran berkomputer sepanjang 6 tahun belajar di sekolah ini.
10. Mendidik anak murid supaya dapat membantu merealisasikan matlamat dan
cita-cita Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020 negara kita.