2. Isi kandungan
Sejarah dan Perkembangan
Kejohanan
Peralatan/Keperluan
Perbezaan antara bola sepak dan
futsal
Pengelolaan pertandingan
khuzairi@uniten.edu.my
3. Sejarah dan Perkembangan
Futsal adalah permainan bola yang dimainkan oleh dua
pasukan, yang masing-masing dianggotai oleh lima orang.
Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan.
Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan
memiliki pemain simpanan.
Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman
yang terletak di bawah naugan FIFA yang dimainkan di
seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain
Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi
setiap separuh masa
khuzairi@uniten.edu.my
4. Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah,
memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya
daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.
Futsal dipopularkan di Montevideo, Uruguay pada tahun
1930 oleh Juan Carlos Ceriani.
FUTSAL berasal dari perkataan fut=futbol (bolasepak dalam
bahasa Brazil) sal=sallon (dewan tertutup dalam bahasa
Brazil)
Sukan FUTSAL adalah permainan yang merupakan pecahan
daripada sukan bola sepak.
khuzairi@uniten.edu.my
5. Ianya mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-
an di Brazil.
Ketika itu, sukan bola sepak merupakan sukan yang
dianggap sebagai satu ideologi dan dianggap sebagai Tuhan
ke-2 ketika era tersebut.
Bandar Rio De Janeiro di Brazil amat pesat membangun
dengan kapasiti penduduk yang melebihi kadar
kependudukan optimum Negara Brazil.
Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun
1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama.
Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya
diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran
juara disapu habis Brazil.
khuzairi@uniten.edu.my
6. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan
Amerika pertama tahun 1980 dan menjuarainya lagi pada
perebutan berikutnya tahun 1984.
Kejuaraan Dunia Futsal yang pertama diadakan atas bantuan
FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan
FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982,
berakhir dengan Brazil di posisi pertama.
Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia
kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan
dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988
di Australia.
khuzairi@uniten.edu.my
7. Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS
pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di
Rohnert Park,California.
khuzairi@uniten.edu.my
8. Di Malaysia, Penubuhan unit futsal bermula di Persatuan
Bola sepak Malaysia (FAM) pada tahun 2000 yang diketuai
oleh Encik Jey Singh Mutthiah dengan jurulatih pertama
skuad futsal Malaysia ialah Encik Bhawandi Hiralal.
Justeru, ramai penganjur kejohanan mengambil kesempatan
mengadakan pertandingan baik secara tertutup mahupun
bersifat terbuka.
Perkembangan ini semakin meluas dengan penubuhan unit
atau jawatankuasa Futsal Persatuan Bola Sepak Negeri.
khuzairi@uniten.edu.my
9. Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut membantu
perkembangan ini dengan membina gelanggang
futsal di setiap parlimen seluruh Malaysia mulai
tahun 2010.
Permainan ini mula diminati terutamanya di Lembah
Klang pada tahun 2001 apabilaSports Planet mula
beroperasi di Sunway dan Shah Alam.
Kemudian, permainan ini terus berkembang dengan
pesat di negeri-negeri lain sehingga kini selari
dengan perkembangan Street Soccer. Dengan
adanya pusat-pusat permainan futsal ini di beberapa
lokasi strategik menjadikan sukan ini semakin
popular terutama dikalangan remaja dan belia.
10. Kejohanan
Kejohanan varsiti futsal
Kejohanan metro futsal
SUKIPT
MASUM
Liga Futsal Kebangsaan
khuzairi@uniten.edu.my
12. Gelanggang futsal
Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar
gelanggang bola baling dan boleh disesuaikan.
Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput
sintetik,alas sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh
menyerap lantunan
khuzairi@uniten.edu.my
14. Ukuran: panjang 25-42 m x lebar 15-25 m
Garis kawasan: garisan selebar 8 cm, iaitu garisan sentuh di
tepi, garisan gol di hujung, dan garis melintang tengah
gelanggang 3 m bulatan tengah.
Zon penalti: luas berukuran 6 m dari setiap pos
Garisan penalti: 6 m dari titik tengah garis gawang
Garisan penalti kedua: 12 m dari titik tengah garis gawang
Zon penggantian: luas 6 m (3 m pada setiap sisi garis tengah
gelanggang).
Gawang: tinggi 2 m x lebar 3 m
Permukaan gelanggang: halus, rata, dan tak abrasif
khuzairi@uniten.edu.my
15. Gawang Gol
Gawang harus ditempatkan pada bahagian tengah. Gawang
terdiri dari dua tiang gawang (goal post) yang sama dari segi
sudut dan dihubungkan dengan puncak tiang oleh palang
gawang secara horizontal (cross bar).
khuzairi@uniten.edu.my
16. Bola Futsal
Dibuat dari kulit atau bahan sintetik
Berbentuk sfera
Size 4 untuk dewasa
Size 3 untuk junior
Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 440 gms.
Ciri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa
khuzairi@uniten.edu.my
17. Kasut Futsal
Kasut Futsal disebut juga Futsalor, Tapaknya dibuat
daripada bahan getah supaya sesuai dengan semua
permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat.
Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan
hujung kasut.
khuzairi@uniten.edu.my
18. Pakaian
Pakaian futsal mestilah sesuai dan ringan.
Senang menyerap peluh.
khuzairi@uniten.edu.my
19. Penghadang Kaki
Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap
pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.
Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri
daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper,
Puma, Jordan, Converse danlain-lain. Ia dibuat daripada
kepingan plastik disaluti penebat seperti getah atau span
dan bahan fabrik yang sesuai.
khuzairi@uniten.edu.my
20. Glove(goalkeeper)
Melindungi tangan dari tercedera
Diperbuat dari getah dan kulit lembut sesuai dengan
lantunan bola.
khuzairi@uniten.edu.my
23. Pengelolaan pertandingan
Pertandingan Kalah Mati
Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas dikelolakan.
Pemenang akan terus bertanding manakala yang kalah akan
tersingkir. Sistem ini sangat sesuai dalam mengelolakan
pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan
masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan
sumber manusia. Sistem ini bukan cara yang terbaik untuk
mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.
Kelebihan
Boleh dijalankan dalam masa yang singkat;
Cepat memilih pemenang;
Boleh dijalankan dengan peralatan yang terhad;
seronok untuk ditonton; dan
Penyertaan ramai.
khuzairi@uniten.edu.my
24. Kelemahan
Pasukan yang menjadi johan, boleh jadi bukan yang
benar-benar terbaik.
Separuh daripada pasukan akan terkeluar selepas
pusingan pertama; dan
Kemungkinan ada di antara pemain dari pasukan yang
kalah langsung tiada peluang bermain.
Cara mengira bilangan pasukan atau peserta menunggu (bye).
Bilangan menunggu (bye) dalam sistem pertandingan ini boleh
dikira dengan menggunakan angka ganda dua iaitu angka 2, 4, 8,
16, 32 dan seterusnya.
Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka yang lebih dari 7 ialah 8.
Maka 8 tolak 7 ialah 1. Ini bermakna ada 1 pasukan menunggu
(bye).
khuzairi@uniten.edu.my
26. Sistem Pertandingan Liga
Pertandingan Liga memberi peluang penyertaan yang
maksimum untuk setiappasukan yang bertanding. Semua
pasukan akan bertanding dengan setiap ahlidalam
kumpulan pertandingan.
Sistem liga ini dianggap lebih adil kepada pasukanyanng
bertanding dan dapat menghasilkan pasukan yang benar-
benar baik. Sistem liga sesuai untuk pertandingan yang
mempunyai bilangan peserta atau pasukanyang tidak begitu
banyak kerana ianya memerlukan tempoh kejohanan yang
panjang.
khuzairi@uniten.edu.my
27. Dalam pertandingan Liga, penentuan pasukan-pasukan teratas
atau pemenang akan mengikut susunan hirarki berikut:-
Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi
Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang terbanyak,
(jika seri)
Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang
terbanyak,( jika seri)
Pasukan yang mendapat jumlah kemenangan yang
terbanyak,( jika seri)
Pasukan yang menang dalam perlawanan dengan pihak
lawannya,( jika seri)
Jika seri, pasukan pemenang akan diputuskan oleh pihak
penganjur dan keputusan ini adalah muktamad
khuzairi@uniten.edu.my
29. Sistem Pertandingan separa liga
Pertandingan separuh liga diadakan dalam beberapa
kumpulan secara liga pada peringkat awal dan dilaksanakan
secara kalah mati pada peringkat separuh akhir/akhir .Johan
dan naib johan setiap kumpulan akan bertemu di peringkat
separuh akhir/akhir.
khuzairi@uniten.edu.my