2. Dilaksanakan selepas Pemberontakan Boxer 1901 gagal
mencapai matlamatnya untuk mengusir orang-orang asing dari
Negara China.
Antara cadangan pembaharuan ialah:
- Penubuhan sekolah-sekolah awam yang moden.
- Pembinaan sekolah-sekolah tentera berdasarkan model
sekolah tentera Barat.
- Merombak semula Peperiksaan Perkhidmatan Awam
3. - Menghantar pelajar-pelajar ke lar negara untuk
mempelajari ilmu Barat.
- Menggalakkan pertumbuhan industri dengan
penubuhan sekolah-sekolah teknologi.
Gabenor General Liu-Kun-I dan Chang Chih-
tung telah mengemukaan tiga pucuk surat
peringatan kepada pihak istana pada bulan
Julai 1901.
Gerakan pembaharuan meliputi pendidikan,
ketenteraan, perlembagaan, ekonomi, sosial
dan pentadbiran.
4. PENDIDIKAN
Matlamat utama pembaharuan dalam pendidikan adalah
untuk melatih pegawai-pegawai kerajaan yang lebih
cekap.
Pada tahun 1904, sistem pendidikan moden
diperkenalkan oleh Kerajaan Manchu berdasarkan model
pendidikan Jepun.
Sistem pendidikan merangkumi 4 tahap:
- Sekolah rendah(4 tahun)
- Sekolah menengah(5 tahun)
- Sekolah tinggi/maktab(3 tahun)
- Universiti Peking(3 tahun)
Tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam Kerajaan
yang berdasarkan sistem kitab-kitab klasik Cina
dimansuhkan
5. Sukatan pelajaran moden yang mengandungi sejaran
Cina dan Eropah, sistem kerajaan serta ilmu sains dan
teknologi Barat diperkenalkan.
Pada tahun 1906, Kementerian Pendidikan ditubuhkan
untuk menguruskan pelaksanaan sistem pendidikan dan
menyelia sekolah-sekolah.
Kerajaan Manchu menghantar ramai pelajar untuk
menuntut di luar negara.
Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan
menyebabkan banyak sekolah dan maktab didirikan di
China.
Menjelang tahun 1909-1910 terdapat 57267 buah
sekolah di China.
6. KETENTERAAN
Kerajaan Manchu menjalankan pembaharuan dalam
bidang ketenteraan bagi mengukuhkan sistem
pertahanan negara.
Kerajaan melantik Yuan Shih-Kai untuk merancang
dan melaksanakan program-program ketenteraan.
Antara langkah-langkah pembaharuan yang
dilaksanakan oleh beliau dalam bidang ketenteraan
ialah:
- merombak struktur angkatan tentera berdasarkan
model ketenteraan Barat.
-membesarkan dan memodenkan angkatan tentera
darat.
- memperkenalkan senjata moden dari Barat.
-memperkenalkan pasukan tentera kerahan
berdasarkan sistem ketenteraan Jerman.
7. Sekolah-sekolah tentera modeh ditubuhkan untuk melatih
anggota tentera.
Kerajaan juga menggaji pakar-pakar tentera dari Jepun
dan Jerman untuk melatih angkatan tentera negara.
Pegawai-pegawai tentera dihantar ke luar negara
terutamanya Jepun dan Jerman untuk menjalani latihan.
Pada tahun 1909, seramai 700 pegawai tentera China
dihantar ke Jepun untuk menjalani latihan ketenteraan.
Pada tahun 1906, Kementerian Pertahanan telah
ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal ketenteraan.
Kementerian Pertahanan telah merancang untuk
menubuhkan Angkatan Tentera Darat Nasional yang
mempunyai 36 bahagian.
8. PERLEMBAGAAN
Kerajaan Manchu mengambil langkah-langkah untuk
memperkenalkan sistem pemerintahan berperlembagaan.
Maharani Dowager Tzu His ingin memperkenalkan
pemerintahan berperlembagaan bagi menyekat
penjajahan kuasa-kuasa asing.
Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 5 orang
anggota di bawah pimpinan Tsai Tse ditubuhkan untuk
mengkaji perlembgaan negara-negara asing.
Anggota jawatankuasa tersebut dihantar ke Jepun,
Britain, Perancis, Belgium, Austria dan Italy untuk
mengkaji perlembgaan negara-negara tersebut.
Pada tahun 1908, Kerajaan Manchu meluluskan undang-
undang bagi penubuhan Majlis Perhimpunan Wilayah.
9. Majlis Perhimpunan Wilayah yang mengadakan
persidangan pertama pada tahun 1909, telah
mengemukakan tuntutan untuk menubuhkan sebuah
Parlimen.
Ekoran daripada tuntutan tersebut, Perhimpunan Nasional
yang terdiri daripada 200 orang ahli telah ditubuhkan.
Separuh daripada ahli Perhimpunan Nasional dilantik oleh
Majlis Perhimpunan Wilayah.
Pada tahun 1913, Kerajaan Manchu menubuhkan sebuah
Parlimen ekoran desakan daripada Perhimpunan Nasional.
10. EKONOMI
Kerajaan menubuhkan Kementerian Perdagangan di
Peking pada tahun 1903.
Kerajaan telah menukarkan nama kementerian tersebut
menjadi Kementerian Pertanian, Perindustrian dan
Perdagangan.
Maktab-maktab teknikal didirikan di wilayah untuk
memberi latihan kepada penduduk tempatan dalam
bidang perusahaan.
Kerajaan memberi galakan kepada pengusaha-
penguasaha tempatan menubuhkan kilang-kilang.
Antara tahun 1903-1908, 130 buah kilang didirikan oleh
penguasaha tempatan di China.
Pada tahun 1905, Yuan Shih-kai mengadakan satu
pameran perindustrian di Tientsin.
11. Menjelang tahun 1911, kerajaan telah membina landasan
kereta api sepanjang 9600 km.
SOSIAL
Kerajaan Manchu telah melaksanakan beberapa
pembaharuan dalam bidang sosial.
Antara pembaharuan yang dilakukan ialah;
-1902: larangan keatas perkahwinan antara orang Manchu
dengan orang Cina ditarik balik.
-1906: larangan terhadap amalan menghisap candu dalam
kalangan kakitangan kerajaan dan orang awam yang
berumur di bawah 60 tahun.
Kerajaan Manchu juga menghapuskan amalan mengikat
kaki dalam kalangan wanita Cina.
12. PENTADBIRAN
Kerajaan Manchu telah melaksanakan beberapa
pembaharuan dalam bidang pentadbiran.
Kementerian-kementerian baharu telah ditubuhkan untuk
menjalankan pemerintahan secara birokratik dan teratur
Antara penubuhan kementerian oleh Kerajaan Manchu
ialah:
- Kementerian Luar Negeri(1901)
- Kementerian Polis(1905)
- Kementerian Angkatan Tentera Darat(1906)
- Kementerian Kewangan(1906)
13. PENUTUP
Kerajaan Manchu melancarkan Gerakan
Pembaharuan untuk memodenkan China pada 29
Januari 1901.
Pembaharuan yang dilaksanakan meliputi aspek
pendidikan, ketenteraan, perlembagaan, ekonomi,
sosial dan pentadbiran.