Dalam slide ini, kami bincang mengenai pembangunan bandar Bangi-Kajang bagi 30 tahun akan datang untuk merealisasikan wawasan kami iaitu mewujudkan sebuah bandar yang berteknologi, mesra alam, dan mempunyai masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing serta berdisiplin dalam setiap perkara yang dilakukan.
Dokumen ini memberikan ringkasan tentang tugasan mengambil gambar kesan negatif pembangunan terhadap alam sekitar seperti pencemaran air, udara, bunyi, dan tanah. Siswa diminta mengambil gambar-gambar kesan tersebut yang diambil sendiri dan mengunggahnya.
Gambar-gambar bandar yang berpusatkan rumah ibadah seperti Masjid Nabawi di Madinah, The Great Mosque of Makkah, St. Basils Cathedral di Moscow, K旦lner Dom di Cologne, Todaiji di Nara, Temple of Heaven di Beijing, Swaminarayan Akshardham di New Delhi, dan Kuil Kailasanathar di Kanchipuram.

Dokumen tersebut membandingkan amalan terbaik alam sekitar di Jerman dan Kuala Lumpur. Di Jerman, sistem "Green Dot" dan kitar semula botol berjaya mengurangkan sampah. Sistem basikal elektrik Uber membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas. Di Kuala Lumpur, pengangkutan awam dan taman botani dilindungi untuk mengekalkan ekosistem. Kedua-dua negara menggalakkan amalan lestari.
1. LMCP 1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
[BANGI-KAJANG 30 TAHUN AKAN DATANG]
GIAM KAI YAN A165881
KOAY KIAN YEW A165404
PROF. DATO IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
2. BANGI-KAJANG dalam 30 tahun
Dalam masa 30 tahun, Bangi-Kajang akan berada pada tahun 2048, 2 tahun
sebelum tahun 2050, tahun Transformasi Nasional 50 akan berakhir dan
negara dilihat telah menapak ke era baru dimana kita berdiri sama tinggi
dengan negara-negara maju di dunia ini.
Masa hadapan kini telah menjadi semakin laju dalam transformasinya,
dimana menjelang tahun 2048, banyak konsep bandar yang kita ada
sekarang mungkin boleh dikatakan telah lapuk ditelan zaman.
3. Ladang tegak mini di setiap kediaman
Ladang tegak kini semakin meluas seantero dunia, dengan kewujudan
mereka di negara negara beriklim sejuk (Rusia) dan juga negara
Khatulistiwa (Singapura).
Namun, pada tahun 2048, setiap rumah akan mempunyai satu ladang
tegak mini yang boleh menampung keperluan sayur-sayuran
kediaman itu sendiri.
Bangunan flat mungkin wujud lagi pada tahun 2048, maka ladang
tegak yang lebih besar boleh dibina di aras-aras yang tidak
berpenghuni untuk mewujudkan satu ekonomi kecil di situ disamping
mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang tinggal di
situ.
4. Ladang tegak
Ladang tegak untuk bangunan flat,
kilang, gudang dan mana-mana fasiliti
bersaiz besar.
Ladang tegak mini untuk kediaman,
sekolah, kedai.
5. Pengangkutan
Kajang-Bangi merupakan sebuah bandar yang mempunyai sistem
pengangkutan yang baik (MRT, Komuter, Tol).
Pada tahun 2048, kami melihat bahawa pengangkutan rel awam
masih berfungsi, tetapi telah dinaiktaraf untuk menjadi lebih maju
dan efisien.
Perubahan radikal mungkin dapat dilihat pada jalan raya, dimana
jalan raya banyak laluan dibina untuk membolehkan kereta dron dan
kereta dipandu manusia bergerak dengan pantas dan selamat.
6. Konsep pengangkutan
Jalan raya pelbagai laluan dibina untuk meningkatkan perhubungan.
Laluan paling kiri dikhaskan untuk kereta dipandu manusia ; Laluan tengah dikhaskan kepada kereta
dron ;Laluan paling kanan dikhaskan kepada kenderaan kecemasan dan kereta dron.
Semua kenderaan bergerak pada kelajuan tinggi dan akan berhenti di hab transit untuk menaiki
pengangkutan rel ataupun untuk berjalan kaki ke destinasi.
Hab transit dibina di kawasan aktiviti tinggi yang berada berdekatan kawasan perumahan.
7. Kediaman
Pada tahun 2048, dijangka teknologi hijau telah menjadi cukup murah
dan maju untuk menjana kuasa yang mencukupi untuk aktiviti
manusia seharian.
Setiap kediaman akan mampu menjana tenaga elektrik yang
mencukupi untuk kegunaan seharian penghuni rumah itu.
Teknologi hijau yang dimaksudkan ialah sel fotovoltaik generasi
hadapan dan bateri berkapasiti tinggi yang dapat menyimpan tenaga.
8. Sel fotovoltaik dan bateri berkapasiti tinggi
Sel fotovoltaik lutsinar boleh dipasang
sebagai atap rumah atau tingkap yang
membolehkan pencahayaan semula jadi
untuk memasuki rumahdan juga menjana
tenaga elektrik di rumah.
Bateri berkapasiti tinggi membolehkan
tenaga elektrik yang dijanakan oleh sel
fotovoltaik lutsinar untuk disimpan dan
digunakan pada waktu malam. Bateri
berkapasiti tinggi ini juga boleh mengecas
kenderaan elektrik atau hibrid.