Dokumen ini memberikan maksud setiap rangkap dalam Gurindam Dua Belas Fasal ke Tiga. Gurindam ini menekankan pentingnya menjaga dan mengawal seluruh anggota tubuh dan budi pekerti, seperti mata, telinga, lidah, tangan, perut, hati, dan kaki untuk mengelakkan diri daripada berbuat dosa dan perkara yang merugikan.
Convert to study guideBETA
Transform any presentation into a summarized study guide, highlighting the most important points and key insights.
1 of 10
Download to read offline
More Related Content
Gurindam 12 fasal 3 maksud
1. CIKGU SHAMSUL BIN PONIJAN
SMK SEG HWA (CF)
SEGAMAT, JOHOR.
GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
maksud setiap rangkap
2. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
Objektif: Dapat mengetahui maksud
Gurindam dua belas fasal ke tiga.
3. GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
RANGKAP 1
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
MAKSUD
Apabila seseorang itu dapat menjaga/ mengawal
penglihatan dengan baik, keinginan terhadap
sesuatu dapat .
Contoh :semasa pergi membeli-belah.
4. RANGKAP 2
Apabila terpihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
MAKSUD
Sekiranya seseorang berjaya menjaga
pendengaran dengan baik, perkara-perkara yang
tidak baik tidak akan didengari.
Contoh: orang mengumpat dan mengata.
GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
5. RANGKAP 3
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
MAKSUD
Sekiranya seseorang menjaga percakapan dengan baik,
maka banyak manfaat / kebaikan akan diperolehi.
Contoh: bercakap dengan sopan, ramai orang akan suka.
GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
6. RANGKAP 4
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
MAKSUD
Segala perbuatan dan tingkah laku perlu dijaga agar tidak
melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan tidak
senonoh.
Contoh: membuli, jenayah dan maksiat.
GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
7. RANGKAP 5
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
MAKSUD
Sekiranya seseorang tidak dapat mengawal nafsu makan,
maka perangai buruk akan terserlah.
contoh: sedawa, mengantuk, tidur.
GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
8. RANGKAP 6
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
MAKSUD
Perlunya kebijaksanaan mengawal hati dan nafsu
kerana sering menyebabkan seseorang hilang
pertimbangan.
Contoh: marah, panas baran, terlalu kecewa.
GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
9. RANGKAP 7
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
MAKSUD
Bijak menentukan pergi ke sesuatu tempat kerana
sekiranya silap destinasi akan memberi kerugian kepada
diri.
Contoh : tempat berbahaya, kelab malam, tempat sunyi.
GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA
10. TEMA
Tema gurindam ini ialah kepentingan memelihara
anggota diri dan budi pekerti mulia. Anggota diri sekiranya
dapat dijaga dengan baik dapat mengelakkan daripada
melakukan perkara-perkara yang buruk dan keji seperti
perbuatan menipu, mengumpat dan melakukan jenayah.
GURINDAM DUA BELAS FASAL KE TIGA